Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

TOPIK 4: Pasaran

saingan bahan dan


hasilan pertanian
EKONOMI PERTANIAN (GTN3500)

This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA-NC


OBJEKTIF TOPIK 4

 PELAJAR DAPAT MEMAHAMI KONSEP PASARAN


DAN PERSAINGAN YANG WUJUD DALAM
MEMASARKAN PRODUK
KONSEP HASIL DAN UNTUNG

 KONSEP HASIL
1. Jumlah hasil (Total Revenue)
- Harga didarab dengan jumlah output pasaran
- Jumlah hasil adalah pendapatan kepada firma
- Rumus:
Jumlah hasil = Harga x Output
TR =P XQ
2. Hasil purata (Average Revenue)
- Pendapatan yang diterima daripada setiap unit output
- Jumlah hasil di bahagi dengan jumlah output
- Rumus: Hasil purata = Jumlah hasil
Output
AR = TR
Sambungan….

3. Hasil Sut (Marginal Revenue)


 Perubahan jumlah hasil kesan daripada perubahan satu unit
output.

 Perubahan jumlah hasil dibahagi dengan perubahan jumlah


output.
- Rumus:
MR = Δ TR
ΔQ
KONSEP UNTUNG

1. Untung Perakaunan
- Perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos.
- Kos pengeluaran: upah buruh, sewa kilang/ bangunan, kos bahan
mentah dan bunga atas modal yang dipinjam.
- Kos eksplisit (kos nyata) atau kos perakaunan
- Tidak mengambil kira kos lepas, iaitu bayaran atas penggunaan
faktor pengeluaran kepunyaan pemilik firma (seolah olah
diperolehi secara percuma).
- Rumus:
Untung Perakaunan= Jumlah hasil – Jumlah kos
KONSEP UNTUNG

2. Untung ekonomi
• Perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos eksplisit dan kos implisit, iaitu kos ekonomi.
• Kos implisit ialah kos yang sepatutnya dibayar kepada faktor pengeluaran tetapi tidak diambil kira
dalam kos pengeluaran.
• Contoh: upah yang perlu dibayar kepada pemilik sendiri, sewa yang perlu di bayar atas tanah atau
bangunan milik sendiri & bunga atas modal sendiri.
• Mengambil kira kos faktor milik sendiri kerana penggunaanya melibatkan kos lepas.
• Rumus Untung ekonom:
= Untung perakaunan – Kos implisit
= Jumlah hasil- jumlah kos- kos implisi = Jumlah hasil – (kos eksplisit + kos implisit)
• Untung ekonomi lebih kecil daripada untung perakaunan kerana mengambil kira kos ekslisit
dan kos implisit.
STRUKTUR PASARAN
 Secara umum, ada 2 bentuk pasaran
1. Pasaran persaingan sempurna
2. Pasaran persaingan tak sempurna
- Pasaran monopoli
- Pasaran persaingan monopoli
 Pengelasan firma kepada bentuk & jenis pasaran berasaskan ciri berikut:
- Bilangan firma dalam pasaran
- Jenis barang yang dikeluarkan
- Kuasa menentukan harga di pasaran
- Kebebasan keluar masuk firma dalam pasaran
- Bentuk persaingan
PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

 Definisi:
Pasaran yang mempunyai ramai penjual dan pembeli serta terlibat dalam
pengeluaran barang homogen yang dijual beli pada tingkat harga yang ditentukan
pasaran.
 Ciri –ciri:
1. Ramai pembeli dan penjual
2. Keluaran homogen
3. Firma sebagai penerima harga
4. Firma bebas keluar dan masuk dari pasaran
5. Pembeli dan penjual mempunyai pengetahuan sempurna
6. Mobiliti faktor pengeluaran adalah sempurna
 Contoh:
PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

 Kelebihan:
- Tiada kegiatan saling menyaingi antara pembeli.
- Peniaga tidak mungkin mengadakan persaingan harga dengan maksud merebut pasaran
karena harga pasaran adalah suatu yang harus diterima peniaga.
-Barang yang ditawarkan penjual akan laku berapapun jumlahnya tanpa mengalami
penurunan harga.
-Informasi tentang pasaran telah diketahui oleh pesaing dan usaha untuk menyaingi
perusahaanlain juga tidak menghasilkan apa-apa, karena jumlah saingan sangat tidak
terbatas.
-Pengguna tidak perlu tawar-menawar tentang harga barang karena harga tidak dapat
dipengaruhi oleh sesiapapun.
PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA
 Kekurangan:
- Tidak mendorong inovasi. Di dalam pasaran persaingan sempurna teknologi dapat
ditiru dengan mudah oleh perusahaan lain.

- Membatasi pilihan pengguna karena barang yang dihasilkan firma adalah seratus
peratus sama, sehingga membuatkan pengguna mempunyai pilihan yang terbatas
untuk menentukan barang yang akan digunakan.

- Pengagihan pendapatan yang tidak merata/ tidak seimbang.


PASARAN PERSAINGAN SEMPURNA

 Keadaan keseimbangan jangka pendek


- Dalam jangka pendek bukan semua firma akan mendapat keuntungan seperti yang
dirancang.
- Faktor yang mempengaruhi keuntungan ialah tingkat harga & kos pengeluaran.
- Keadaan yang mungkin dihadapi firma;
1. Untung lebih normal
2. Untung normal
3. Rugi
4. Penutupan firma
Keadaan keseimbangan jangka pendek

1. Untung lebih normal


- Jumlah hasil melebihi jumlah kos
2. Untung normal
- Untung yang memadai bagi sesebuah firma untuk meneruskan operasi
- Pada tahap ini, pasaran tidak menggalakkan kemasukan firma baru
- Kos terhadap untung normal telah mengambil kira kos lepas, ini bermakna firma
masih mendapat untung dan tidak mengalami kerugian
Keadaan keseimbangan jangka pendek

3. Rugi
- Jumlah hasil kurang daripada jumlah kos
- Firma akan meneruskan operasi kerana menanggung kerugian yang minimum,
iaitu kerugian sebahagian kos tetap.
- Menutup operasi hanya akan menyebabkan firma menanggung kerugian yang
lebih besar iaitu kerugian keatas kos tetap.

4. Tutup firma
- Jumlah hasil yang diterima tidak dapat menampung semua kos tetap dan
sebahagian kos berubah
PASARAN MONOPOLI

 Definisi:
Pasaran yang terdiri daripada satu firma sahaja yang mengeluarkan output yang
tidak mempunyai pengganti hampir dan wujud sekatan kemasukan firma ke
pasaran.

 Ciri- ciri:
1. Hanya satu firma di pasaran
2. Keluaran tiada pengganti hampir
3. Penentu harga
4. Terdapat sekatan kemasukan firma di pasaran
5. Tiada persaingan bukan harga
PASARAN MONOPOLI

 Faktor faktor yang mewujudkan monopoli


1. Pemilikan faktor pengeluaran semulajadi
2. Ekonomi bidangan
3. Halangan undang undang
4. Saiz modal yang besar
5. Pemilikan teknologi tertentu
6. Penggabungan
- Penggabungan mendatar
- Penggabungan menegak
- Penggabungan melebar
PASARAN MONOPOLI

 Keadaan keseimbangan pasaran monopoli


1. Keseimbangan jangka pendek
- Firma akan mendapat untung lebih normal.
- Firma akan memperoleh untung lebih normal apabila jumlah hasil melebihi
jumlah kos.
2. Keseimbangan jangka panjang
- Firma akan mendapat untung lebih normal.
- Di sebabkan pasaran monopoli mengeluarkan barangan yang tiada
pengganti hampir dan terdapat halangan kemasukan firma baharu ke pasaran,
firma akan memilih loji yang dapat mengeluarkan output pada kos purata
jangka panjang yang paling rendah bagi memaksimumkan keuntungan.

 Monopoli semulajadi
Perbandingan antara pasaran persaingan sempurna
dengan pasaran monopoli

1. Harga pasaran persaingan sempurna lebih rendah daripada harga pasaran


monopoli.
2. Output pasaran persaingan sempurna lebih tinggi daripada output pasaran
monopoli.
3. Keuntungan yang dinikmati pasaran persaingan sempurna lebih rendah
daripada keuntungan yang dinikmati pasaran monopoli.
4. Lebihan pengguna ialah perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh
pengguna dengan pasaran. Lebihan pengguna pasaran persaingan sempurna
lebih besar daripada lebihan pengguna pasaran monopoli.
Perbandingan antara pasaran persaingan sempurna
dengan pasaran monopoli

5. Lebihan pengeluar ialah perbezaan antara harga pasaran dengan harga yang
sanggup diterima oleh pengeluar. Lebihan pengeluar pasaran persaingan
sempurna ialah lebih kecil daripada lebihan pengeluar pasaran monopoli.
6. Pasaran persaingan sempurna lebih cekap dalam penggunaan sumber berbanding
pasaran monopoli.
7. Pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan dalam pengeluaran kerana
output dikeluarkan pada kos purata minimum manakala pasaran monopoli tidak.
PASARAN PERSAINGAN
BERMONOPOLI
 Definisi:
Pasaran yang terdapat ramai pembeli dan penjual di pasaran yang
membeli dan menjual barang yang berbeza tetapi merupakan barang
pengganti hampir antara satu sama lain.
 Ciri ciri:
1. Ramai pembeli dan penjual
2. Keluaran berbeza; pengganti hampir
3. Menjalankan persaingan bukan harga
4. Firma mempunyai sedikit kuasa untuk menentukan harga
5. Firma bebas masuk dan keluar dari pasaran
PASARAN PERSAINGAN BERMONOPOLI

Keadaan keseimbangan jangka pendek


1. Untung lebih normal (jumlah hasil > jumlah kos)
2. Untung normal (jumlah hasil = jumlah kos)
3. Rugi (jumlah hasil < jumlah kos)
4. Penutupan firma (jumlah hasil <jumlah kos berubah)

Keadaan keseimbangan jangka panjang


Kebebasan firma untuk keluar masuk pasaran akan menyebabkan firma
pasaran persaingan bermonopoli mendapat untung normal sahaja.
PASARAN PERSAINGAN BERMONOPOLI

 Persaingan harga
- Persaingan harga ialah persaingan antara firma menurunkan harga
barangan di pasaran.

 Persaingan bukan harga


- Usaha firma menarik lebih ramai pelanggan membeli produknya
dengan tidak menurunkan harga tetapi menggunakan cara lain bagi
meningkatkan jualan.

- Pasaran persaingan bermonopoli menggunakan persaingan bukan


harga iaitu dengan kaedah; pembezaan produk, pengiklanan, galakan
jualan, penjenamaan dan khidmat selepas jualan.
Persaingan bukan harga

1. Pembezaan produk
- Firma berusaha menghasilkan produk yang berbeza dari segi reka bentuk,
kualiti, jenama, dan corak pembungkusan untuk menarik lebih ramai pelanggan
membeli produknya.

- Firma berusaha menghasilkan produk yang memenuhi citarasa pengguna


dengan memperbaiki kualiti dan rekabentuk produk
Persaingan bukan harga
2. Pengiklanan
- Tujuan pengiklanan ialah untuk memujuk orang ramai membeli sesuatu keluaran.
- Kebaikan:
a. sumber maklumat untuk pelanggan
b. mengurangkan kos pengeluaran
c. keistimewaan & kelebihan produk dapat ditonjolkan
d. menggalakkan sektor komunikasi

- Keburukan:
a. Pengguna akan terperdaya jika maklumat dalam iklan tidak tepat & benar
b. Pengiklanan melibatkan kos yang tinggi
c. Mewujudkan monopoli jika iklan berkesan
Persaingan bukan harga

3. Galakan jualan
- Firma akan memberi tawaran istimewa dan hadiah percuma kepada
pengguna yang membeli keluaran firma pada nilai dan kuantiti tertentu.
- Kaedah ini berkesan untuk meningkatkan jualan dalam jangka pendek.
4. Penjenamaan
- Dapat membezakan keluarannya dengan keluaran firma lain
5. Khidmat selepas jualan
- Contoh: Kemudahan penghantaran secara percuma, jaminan penggantian
atau pembaikan bagi keluaran yang dibeli untuk tempoh tertentu.
- Cara ini dapat meningkatkan jualan
PASARAN OLIGOPOLI

 Pasaran yang mempunyi beberapa firma besar yang menghasilkan keluaran


yang hampir sama.
 Ciri ciri:
1. Terdapat beberapa firma yang saling bergantung,tindakan firma lain
mempengaruhi keuntungan firmanya.
2. Keluaran merupakan pengganti hampir atau homogen.
3. Kuasa mempengaruhi pasaran.
4. Terdapat halangan memasuki industri; undang undang, ekonomi bidaan,
pemilikan sumber semulajadi.
5. Persaingan bukan harga; iklan, promosi, pembungkusan, tawaran hadiah
dsbnya.

You might also like