Saad Bin Abi Waqqas

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KISAH

SAAD BIN
ABI
WAQQAS
SIAPAKAH SAAD BIN ABI WAQQAS?
Nama lengkap beliau adalah Saad bin Malik bin Uhaid bin Abdi Manaf
Az-Zuhri dan biasanya beliau dipanggil sebagai Abu Ishaq.

Digelar sebagai Faris Al-Islam yang mempunyai 3 maksud, iaitu alim,


penunggang kuda dan ksatria Islam.

Dilahirkan pada tahun 23 sebelum Hijrah di kota Mekkah atau


bertepatan pada tahun 595 M. Berasal dari keturunan Bani Zuhrah.

Merupakan bapa saudara nabi Muhammad s.a.w iaitu sepupu ibu nabi,
Aminah binti Wahab.

Seorang pahlawan perang dan pemanah yang hebat.


SIAPAKAH SAAD BIN ABI WAQQAS?
Mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya
pendek, hitam dan lebat.

Sejak kecil lagi beliau sangat minat dengan hobi memanah.


Beliau sangat suka membuat anak panah dan membetulkan
semula panah yang rosak.

Beliau merupakan sahabat nabi yang keempat memeluk agama


Islam ketika berumur 17 tahun dan antara 10 sahabat nabi
yang dijamin syurga oleh Rasulullah.

Dikatakan juga doa Saad antara doa yang dimakbulkan Allah.


KEHIDUPAN SAAD BIN ABI WAQAS
Pekerjaan beliau semasa di kota Makkah adalah pembuat busur
dan anak panah. Sebab itu, dia juga cekap dalam kemahiran
memanah.

Sa'ad juga pernah dipukul dengan teruk oleh para pemuda


Makkah lantaran pengisytiharannya memasuki Islam. Malahan
ibunya juga mengugut untuk membunuh diri dan tidak mahu
makan jikalau beliau tidak mahu menjadi kafir semula, namun
Sa'ad tetap teguh dengan aqidahnya dengan menjawab
"Walaupun ibu mempunyai 1000 nyawa dan nyawa ibu itu ditarik
satu persatu, aku tetap dengan agamaku ini".
BUSUR SAAD BIN ABI WAQQAS
Tersimpan di Muzium
Madinah Al-Munawwarah

Dikatakan saiz busur


besar mencecah tinggi
manusia

Panahnya berat dan


diperbuat daripada besi

Panah Saad selalu tepat


kepada sasaran
SUMBANGAN SAAD BIN ABI WAQAS
Semasa umat Islam masih ditindas di Makkah pada awal
penyebaran Islam, Sa'ad pernah membelasah dan mencederakan
seorang musyrikin, menjadi orang pertama menumpahkan darah
dalam sejarah Islam.

Sa'ad merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai


tentera Islam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan
perang Parsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi
dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang al-Qadisiyyah,
Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.
SUMBANGAN SAAD BIN ABI WAQAS
Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin
Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam
ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana
sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada
pemulaan tamadun Islam di China.

Saad bin Abi Waqqas kemudian menetap di Guangzhou dan ia


mendirikan Masjid Huaisheng yang menjadi salah satu tonggak
sejarah Islam paling berharga di China. Masjid ini menjadi
masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah
melebihi 1300 tahun. Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu.
WAFATNYA SAAD BIN ABI WAQQAS
Pada tahun 674 M, beliau meninggal di rumahnya sendiri yang
terletak di daerah Atiq yang berjarak beberapa kilometer
dari Kota Madinah.

Terdapat riwayat yang mengatakan meninggalnya Saad bin Abi


Waqqas adalah disebabkan oleh racun. Beliau dimakamkan di
pemakaman Baqi yang merupakan pemakaman para sahabat
Rasulullah SAW.

Dikatakan juga makam Saad bin Abi Waqqas ada di


Guangzhou,China. Wallahualam.

You might also like