Skema Modul PDPR Novel Hempasan Ombak

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SKEMA

JAWAPAN
MODUL PDPR
NOVEL
HEMPASAN
OMBAK
BUKU OMG 5.0,
MYTEACH MUKA
SURAT 166-172

1
JAWAPAN PRAKTIS 1

Novel yang saya pelajari ialah Hempasan Ombak karya


Zailiani Taslim.

Nilai murni yang terdapat dalam novel ini ialah nilai


keberanian. Contoh peristiwa yang pertama ialah Farid berani
mengambil tanggungjawab untuk pengurusan Perusahaan Batik
Nusantara.
Seterusnya, contoh peristiwa yang kedua ialah Farid
juga berani mengambil risiko mengeluarkan batik dalam bentuk siap
dipakai dengan menggunakan jenama sendiri.

Selain itu, contoh peristiwa lain yang turut diketengahkan


ialah Farid berani memadamkan kebakaran bengkel dengan
menggunakan alat pemadam api walaupun usahanya itu tidak
membuahkan hasil.

JAWAPAN PRAKTIS 2

Novel yang saya pelajari ialah Hempasan Ombak,


Karya Zailiani Taslim.

Latar tempat yang dapat dikaitkan dengan Farid ialah


Syarikat Batik Nusantara. Sebagai contoh, Farid belajar selok
belok menguruskan perniagaan batik daripada dua orang kakitangan
bahagian pengurusan yang berpengalaman iaitu Tomsiah dan Pak Nik
di syarikat milik keluarganya itu.

Selain itu, latar tempat yang kedua yang dapat dikaitkan


dengan Farid ialah Firma Nadi Zaman. Sebagai contohnya, Farid
berkunjung ke Firma Nadi Zaman untuk menemui pemilik nombor
telefon yang diberikan oleh Tomsiah dan dia menemui Mokhsein,
bekas pekerja ayahnya.

Akhir sekali, rumah keluarga Farid. Sebagai contohnya,


selepas makan malam, Farid bersama ibunya, Hajah Zaoyah dan
Lofti berbincang tentang cara untuk menyelamatkan syarikat agar
tidak terbubar kerana masalah kewangan.

2
JAWAPAN PRAKTIS 3

Novel yang saya pelajari ialah Hempasan Ombak karya


Zailiani Taslim.

Persoalan yang terdapat dalam novel ini persoalan


tanggungjawab dalam melaksanakan amanah. Terdapat tiga
contoh peristiwa persoalan tanggungjawab dalam melaksanakan
amanah.

Contoh peristiwa yang pertama ialah Farid mengambil


alih menguruskan Perusahaan Batik Nusantara setelah bapanya
meninggal dunia.

Contoh peristiwa yang seterusnya yang berkaitan dengan


tanggungjawab melaksanakan amanah ialah Mokhsein membantu
Farid menguruskan dan memulihkan Perusahaan Batik
Nusantara.

Contoh peristiwa yang terakhir ialah Tomsiah


menerangkan kepada Farid keadaan syarikat dan membantu
Farid dalam bahagian pengurusan.

3
JAWAPAN PRAKTIS 4

Novel yang saya pelajari ialah Hempasan Ombak karya


Zailiani Taslim.

Watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah


Hajah Zaoyah. Perwatakan Zaoyah ialah dia seorang yang
rasional. Buktinya, Hajah Zaoyah memberitahu Hanisyah
bahawa orang yang bekerja sambil makan tidak akan
menghasilkan sesuatu yang baik kerana tidak bersungguh-
sungguh.

Selain itu, dia juga seorang yang penyayang. Buktinya,


Hajah Zaoyah bersimpati akan Farid apabila tiada waktu
untuk dirinya sendiri kerana sibuk menguruskan syarikat
warisan ayahnya yang mengalami masalah.

Akhir sekali, Hajah Zaoyah seorang yang


berpandangan jauh. Buktinya, dia bercadang untuk
menggadaikan emas dan tanah untuk memulihkan syarikat
merekayang mengalami masalah kewangan.

4
JAWAPAN PRAKTIS 5

Novel yang saya pelajari ialah Hempasan Ombak


karya Zailiani Taslim.

Tema novel ini ialah kegigihan seorang anak dalam


memajukan perniagaan warisan keluarga.

Antara contoh peristiwa yang menggambarkan


tema ini ialah kegigihan Farid mengusahakan perniagaan
keluarganya walaupun dia tidak mempunyai pengetahuan
dalam bidangtersebut.

Selain itu, Farid juga gigih dan tabah


menempuh halangan kerana wujud persaingan dalam
bidang yang diceburinya.

Akhir sekali, Farid juga gigih berusaha


menyelamatkan bangsal batik miliknya yang dibakar oleh
orang suruhan Mukhtar.

TAMAT

You might also like