KHIDMAT MASYARAKAT BERKAITAN GANGGUAN SEKSUAL diabaikan.
Setiap individu berhak merasa selamat dan
dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan seksual yang tidak diingini.
Gangguan seksual merosakkan kepercayaan
diri, menjejaskan kesihatan mental dan boleh membawa kepada trauma seumur hidup. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan keadilan dan keselamatan.
Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang isu
gangguan seksual dan berikan sokongan kepada mangsa untuk melaporkan kes tersebut.
Hal ini, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama
untuk menjauhkan diri daripada budaya yang membenarkan gangguan seksual. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual, jangan berdiam diri.
Minta bantuan dari pihak berkuasa terutama PDRM, organisasi
sokongan atau keluarga.
Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan gangguan
seksual dan membina Masyarakat yang selamat dan berkeadilan.
Sehubungan dengan itu, mari bersama-sama melindungi hak
asasi setiap individu. PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT BERKAITAN BULI Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah serius dalam masyarakat kita?
Buli tidak hanya merosakkan individu yang terlibat,
tetapi juga memberi impak negative kepada masyarakat secara keseluruhan.
Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam
pada mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar Kita semua memiliki tanggungjawab untuk menghentikan buli.
Mari kita bersama-sama membentuk
masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama, jangan berdiam diri.
Laporkan kepada guru untuk tindakan
awal atau membantu mangsa dengan memberikan sokongan moral. Oleh itu, mari kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas daripada buli.
Sekecil-kecil tindakan kita boleh
menghalang buli daripada terus berleluasa.
Hentikan buli sekarang!
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat
dalam kalangan seluruh masyarakatnya
Memelihara satu cara hidup demokratik
Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak
Membina satu masyarakat progresif yang akan
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN