Karan Gan

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

BDB - bila ,
di mana, berapa

6. K -
Kesimpulan 2.T -tujuan

5. S-Siapa 3. A1 -
4. A2 - Aktiviti 1
Aktiviti 2
1. BDB - bila ,di mana, berapa
BD --
Pada hari Ahad yang lalu, sekolah saya telah
mengadakan/menganjurkan (TAJUK) di dewan /
padang sekolah.
B --
Semua murid/ Seramai 20 orang murid/ 40 orang murid
menyertai/ menyambut aktiviti ini.
2.T - tujuan

T-
Tujuan TAJUK diadakan adalah untuk memberi
pengalaman dan pendedahan kepada murid-murid/
peserta-peserta/ ahli-ahli.
3. A1 - Aktiviti 1
(berkumpul, memberi ucapan, mendengar ucapan)

- Murid-murid berkumpul di dewan/ padang sekolah sebelum


aktiviti bermula.
- Guru Besar, Encik Chan memberi ucapan/ taklimat di atas
pentas.
- Semua murid mendengar ucapan/taklimat dengan teliti.
4. A2 - Aktiviti 2 (aktiviti yang dijalankan )
Aktiviti-aktiviti/ acara-acara yang dijalankan termasuklah
persembahan nyanyian, tarian dan lakonan( sambutan)
100 meter, 200 meter, lompat jauh, lompat tinggi dan sukaneka (hari sukan)
Pertandingan melukis poster, pertandingan mewarna, pameran, ceramah dan kuiz
(kempen)
pertandingan mengarang, pertandingan bercerita, syarahan, kuiz, pameran
(Minggu BM)
pertandingan kawad kaki, pertandingan memasak, pertandingan ikatan dan malam
kebudayaan (perkhemahan)

*Semua pihak bekerjasama untuk menjayakan aktiviti ini.


5. S - Siapa
(menyampaikan hadiah, menerima hadiah, jamuan)

- Guru Besar dan tetamu jemputan menyampaikan hadiah


kepada pemenang-pemenang.
- Semua pemenang menerima hadiah/ sijil/ piala/ pingat
- Semua tetamu dijemput menikmati jamuan ringan di kantin
sekolah.
6.K - Kesimpulan
berakhir, gembira, berharap

- TAJUK berakhir pada pukul 2.00 petang.


- Kami berasa gembira kerana aktiviti berjalan dengan
lancar.
• Kami berharap agar aktiviti/sambutan yang
bermakna ini dapat dianjurkan lagi.
Perkhemahan unit beruniform (BDBTASK)
Pada hari Ahad yang lalu, SJKC Jementah 2 telah mengadakan perkhemahan
di padang sekolah. Seramai empat orang guru dan 40 orang murid menyertai
aktiviti ini.
Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi pengalaman
dan pendedahan kepada murid-murid.
Murid-murid berkumpul di dewan sebelum aktiviti bermula. Cikgu Sim
memberi taklimat tentang peraturan perkhemahan . Semua peserta mendengar
taklimat dengan teliti.
Aktivit-aktiviti yang dijalankan termasuklah mendirikan khemah, pertandingan
kawad kaki, pertandingan memasak dan malam kebudayaan. Semua murid bekerjasama
bagai aur dengan tebing untuk menjayakan aktiviti ini.
Guru Besar dan tetamu jemputan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Kumpulan Harimau terpilih sebagai kumpulan terbaik manakala Adam terpilih sebagai
peserta terbaik. Semua tetamu dijemput menikmati jamuan ringan di kantin sekolah.
Perkhemahan ini berakhir pada pukul 2.00 petang. Kami berasa gembira kerana
aktiviti ini berjalan dengan lancar.Kami berharap agar aktiviti yang bermakna ini dapat
dianjurkan lagi.

You might also like