Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

Page 01

TOPIK 10: ISU DAN


ETIKA DALAM
PENGUJIAN DAN
PENILAIAN

20
22
1. ISU PROFESIONAL Page 02

1.Ketepatan keputusan ujian berbanding dengan ramalan klinikal.


2.isu teoritikal di mana ujian dikatakan mengukur sesuatu entiti yang stabil
dan tidak berubah.
3.Isu kecukupan dari kesahan, kebolehpercayaan, keseragaman, objektiviti,
norma dan reka bentuk ujian.
Ketepatan keputusan ujian berbanding dengan ramalan klinikal:
Isu ini adalah berkaitan dengan ketepatan sesuatu keputusan ujian. Terdapat beberapa kajian yang menyokong bahawa hasil kajian
yang diperoleh melalui pentadbiran ujian psikologi yang teratur, sistematik dan standard adalah lebih tepat berbanding ramalan
klinikal dan kaedah-kaedah lain (Brown, 1984).
Isu teoritikal:
Dalam penyelidikan sains sosial, suatu ujian itu dikatakan mengukur sesuatu entiti yang stabil iaitu tidak berubah. Manusia
dianggap mempunyai ciri-ciri yang statik atau kekal tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran. Menurut Anastasi (1988), tingkah laku
manusia bukanlah statik. Persekitaran adalah berubah dan perubahan persekitaran akan mengubah tingkah laku manusia secara
langsung dan tidak langsung. Andaian dalam pembinaan ujian atau alat ukuran ialah bahawa apa yang diukur oleh sesuatu ujian
itu merupakan varian sistematik yang ada pada diri individu yang diukur dan bukan disebabkan oleh pengaruh faktor-faktor luaran
atau persekitaran individu tersebut.
Isu kecukupan:
Baik atau tidaknya sesuatu ujian mesti dilihat dari segi kecukupan dan kesesuaiannya. Antara perkara-perkara yang perlu dilihat
dalam mempertimbangkan isu kecukupan ini ialah dari segi prinsip-prinsip asas ujian psikologi seperti kesahan, kebolehpercayaan,
keseragaman, objektiviti, norma, reka bentuk ujian dan sebagainya.
20
22
2. ISU SOSIAL Page 02

1.Kegunaan alat ujian di mana tiada suatu alat ukuran yang sempurna atau bebas
daripada ralat.
2.Bias di mana ujian psikologi dikatakan bias kepada kumpulan minoriti.
3.Dehumanization timbul kerana penggunaan komputer atau teknologi maklumat.
4.Keupayaan mengguna perkhidmatan ujian psikologi dikatakan mahal.
Kegunaan alat ujian:
Tiada suatu alat ukuran yang sempurna atau bebas daripada ralat. Dalam hal ini, ahli
psikologi berpendapat walaupun sesuatu alat ukuran atau ujian itu tidak sempurna,
ia masih boleh digunakan selagi keputusan yang diperoleh dapat memberi manfaat
kepada pengguna atau mereka yang mengambil ujian.
Bias:
Walaupun ujian psikologi dikatakan ujian yang piawai tetapi tetap dikatakan ‘bias’
atau berat sebelah terhadap kumpulan minoriti. Ujian kecerdasan yang dicipta untuk
orang berkulit putih akan memberi keputusan yang lebih tinggi kepada subjek
berkulit putih dan sebaliknya kepada subjek yang berkulit hitam.
Implikasinya ialah generalisasi yang menyatakan bahawa darjah kecerdasan pelajar
kulit putih adalah lebih tinggi berbanding pelajar kulit hitam adalah tidak tepat. Hal
20
22
ini dapat diperhatikan daripada keputusan ujian yang diperoleh. Perbezaan skor
mungkin disebabkan oleh penafsiran konsep yang digunakan adalah berlainan.
2. ISU SOSIAL Page 02

Dehumanization:
Isu dehumanization selalunya timbul semasa proses penganalisisan data
dijalankan. Dengan adanya kemudahan komputer, penganalisisan dan interpretasi
profil ujian selalunya dibuat menggunakan bantuan komputer. Oleh kerana
komputer adalah mesin maka cara komputer menginterpretasi sesuatu profil ujian
adalah kurang baik berbanding interpretasi oleh manusia. Hal ini adalah
disebabkan komputer tidak dapat mengambil kira faktor-faktor manusia.
Keupayaan menggunakan perkhidmatan ujian psikologi:
Perkhidmatan ujian psikologi memerlukan belanja yang banyak terutamanya
dalam bidang neurologi dan psikiatrik. Oleh kerana perkhidmatan ujian psikologi
ini adalah mahal, hanya golongan yang mamu dapat menikmati perkhidmatan ini.

20
22
3. ISU-ISU MORAL
i. Hak manusia di mana individu tidak boleh
dipaksa untuk menjalani ujian.

ii. Isu melabel di mana masyarakat lebih


bimbang kepada label yang diberi
olehpsikiatris berbanding label yang diberi
oleh doktor.

iii. Pelanggaran rahsia peribadi di mana


sesiapa sahaja berhak tidak menjawab
sebarang ujian jika ia merasa hak
peribadinya diganggu.
3. ISU-ISU MORAL
Hak manusia:
Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk menjalani
ujian dan berhak menolak. Individu yang diuji berhak
mengetahui skor ujian dan interpretasi yang dibuat
berdasarkan skor tadi. Pengguna ujian juga harus
berpegang kepada moral dalam melindungi hak individu
yang menjalani ujian.

Melabel:
Seseorang individu boleh menerima label dalam bidang
perubatan seperti sakit jantung, demam selesema, sakit
kepala atau batu karang tanpa rasa malu, marah dan
terhina. Mendapat label seperti ini dianggap biasa dan
tidak mendatangkan mudarat kepada kehidupan
seseorang itu. Walau bagaimanapun, label bagi penyakit
psikiatri atau psikologi paranoia, psychasthenia dan
schizophrenia adalah sangat memalukan.
Pelanggaran rahsia peribadi:
Sesiapa saja berhak tidak menjawab sebarang ujian jika merasa hak peribadinya diganggu.
Namun begitu, Dahlstrom (dalam Kaplan & Saccuzzo 1982) menegaskan bahawa ujian
psikologi tidak berkeupayaan untuk mengganggu peribadi seseorang individu dan jika ia
mengganggu pun, gangguannya adalah sangat terhad. Kod etika American Psychological
Association atau singkatannya APA menjelaskan bahawa maklumat peribadi individu hanya
boleh diumumkan kepada awam setelah mendapat persetujuan daripada individu
berkenaan, kecuali dalam kes-kes tertentu seperti maklumat daripada ujian dikehendaki
oleh pihak mahkamah.

20
22
ISU ETIKA
• Kaunselor yang ingin menggunakan ujian psikologi perlu:
i. Mempunyai kebolehan menyelenggara, mengurus dan menyelaras sesi-sesi ujian.
ii. Mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang mencukupi dalam bidang pengujian.
iii. Menguasai statistik gunaan dan penganalisaan data.
iv. Berkebolehan membuat interpretasi atau pentafsiran.
• Kaunselor perlu berhati-hati semasa membuat interpretasi terutama apabila
menginterpretasi prestasi individu yang tidak termasuk dalam golongan norma (Corey,
Corey & Callahan 1984).
• Jika seseorang itu tidak mempunyai latihan yang mencukupi dalam bidang ini, tetapi cuba
mentadbir dan mentafsir ujian, ia sebenarnya telah melanggar etika (Corey, Corey &
Callahan 1984).
• Ujian yang berbeza memerlukan aras kebolehan dan pengetahuan yang berbeza untuk
mentadbir, membuat pemarkatan, membentuk profil dan interpretasi (Apga 1981).
ETIKA DALAM PENGUJIAN UJIAN PSIKOLOGI
• Selain masalah pokok berkaitan dengan kesahan dan kebolehpercayaan yang
berhubung kait pula dengan masalah silang budaya, masalah pentadbiran dan
pengurusan ujian psikologi juga perlulah diberi perhatian.
• Selain kebolehan menyelenggara, mengurus dan menyelaras sesi-sesi ujian,
kaunselor juga perlu mempunyai kebolehan dan pengetahuan yang mencukupi
dalam bidang pengujian dan pengukuran, statistik gunaan, dan penganalisisan
data di samping berupaya dan berkebolehan untuk membuat interpretasi atau
pentafsiran.
• Dalam hal ini, Corey, Corey & Callahan (1984: 130-131, 352-326), American
Counseling Association (ACA) (1995), American Association for Counseling and
Development (AACD)(1981), American Personnel and Guidance Association
(APGA) (1981), Brown (1980:111-114) dan Anastasi dan Urbina (1997) telah
memberikan beberapa garis panduan.
UMUM:
• Etika yang paling asas dalam American Counseling Association (ACA) (1995) ialah
teknik penilaian dan kebajikan klien.
• Dari segi teknik penilaian, tujuan utama penilaian pendidikan dan psikologi ialah
untuk memberi ukuran yang objektif dan boleh ditafsirkan sama ada secara
komparatif atau ‘absolute’.
• Dalam hal kebajikan klien, kaunselor perlu mengutamakan kebajikan dan
kepentingan mereka dalam pembangunan, penerbitan dan penggunaan teknik
penilaian dalam pendidikan dan psikologi. Kaunselor mestilah tidak
menyalahgunakan keputusan penilaian dan mengambil langkah yang wajar untuk
menghalang orang lain daripada menyalahgunakan maklumat yang diperoleh
daripada ujian.
• Panduan etika yang paling asas untuk menggunakan sesuatu ujian ialah sentiasa
ingat akan kegunaan utama ujian itu dihasilkan iaitu untuk memberikan
pengukuran yang objektif dan deskriptif yang boleh digunakan oleh klien dalam
membuat keputusan yang lebih baik (Corey, Corey & Callahan 1984: 1301).
UMUM:
• Dalam hal ini, kaunselor mestilah berhati-hati apabila membuat interpretasi ujian
terutamanya apabila menginterpretasi prestasi individu yang tidak termasuk
dalam golongan norma ketika alat ujian itu distandardisasikan.
• Apabila tiba masanya untuk menginterpretasi ujian kumpulan-kumpulan minoriti,
adalah penting supaya semua faktor yang mempengaruhi hasil ujian diberikan
perhatian.
• Etika piawai American Personnel and Guidance Association (APGA) (1981)
mengingatkan para profesional ‘mesti mengiktiraf’ kesan faktor-faktor
sosioekonomi, etika dan budaya dalam skor atau markat ujian yang diperoleh.
• APGA (1981) kemudiannya memberikan panduan tambahan iaitu ahli mestilah
meneruskannya dengan berhati-hati apabila mahu menilai dan mentafsir
pencapaian ahli-ahli kumpulan minoriti atau individu lain yang tidak termasuk
dalam kumpulan norma di mana alat dipiawaikan.
Page 05

Kebolehan dan Kecekapan


• jika seseorang itu yang tidak mempunyai latihan mencukupi dalam bidang ini tetapi
cuba memberi dan menginterpretasi ujian, sebenarnya telah melanggar etika. ( Corey,
Corey & Callahan, 1984)
• ujian yang berbeza memerlukan aras kebolehan serta pengetahuan yang berbeza
untuk mentadbir, membuat pemarkatan, membuat profil dan membuat interpretasi
(APGA, 1981)

American Psychological Association (APA) juga telah memberikan beberapa garis panduan,
antaranya ialah:

1.Prinsip ke 2 APA
• Prinsip kedua yang terkandung dalam etika APA ini adalah berkaitan dengan kecekapan
ahli psikologi yang bertanggungjawab dalam mengendalikan ujian ini. Dalam hal ini,
APA (dalam Corey, Corey & Callahan 1984) menyatakan:
• Ahli psikologi yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan yang melibatkan
individu atau polisi berasaskan keputusan ujian mempunyai kefahaman mengenai
pengukuran psikologi dan pendidikan, masalah kesahan dan penyelidikan mengenai
ujian.
Page 05

Kebolehan dan Kecekapan


American Psychological Association (APA) juga telah memberikan beberapa garis panduan,
antaranya ialah:

2. Prinsip ke 8 APA
• Prinsip kelapan yang terkandung dalam Etika APA ini adalah berkaitan teknik
Penilaian. Penggunaan ujian adalah terbatas kepada mereka yang telah mendapat
Latihan dan memperoleh kemahiran daripada individu-individu yang
berpengetahuan dan berpengalaman. Dalam hal ini, American Psychological
Association (APA dalam Corey, Corey & Callahan 1984) menyatakan:
• Ahli-ahli psikologi tidak digalak atau mempromosi teknik penilaian psikologikal ini
khususnya mereka yang tidak terlatih atautidak mempunyai kelayakan melalui
pengajaran, tajaan atau penyeliaan.
• Dua isu penting di bawah isu etika perlu diberi perhatian khusus ialah pembahagian
loyalty serta tanggungjawab pengguna-pengguna ujian dan Pembina atau
pembentuk ujian.
Dua isu penting di bawah isu etika perlu diberi perhatian khusus ialah Page 03
pembahagian loyalty serta tanggungjawab pengguna-pengguna ujian dan
Pembina atau pembentuk ujian.

Pembahagian kesetiaan:
• Ahli psikologi mestilah melindungi kebajikan dan privasi klien, pengguna
ujian atau majikan. Jika wujud percanggahan hak asasi klien adalah
sangat penting dan ia mengatasi yang lain-lainnya.

• Satu prinsip etika yang penting di bawah isu pembahagian kesetiaan atau
loyalti ialah ahli psikologi mesti melindungi kebajikan dan privasi klien
serta pengguna ujian atau majikan.

• Dalam praktis yang sebenar, konflik selalu timbul apabila kebajikan


individu bertentangan dengan kebajikan institusi yang menjadi pelanggan
ujia psikologi. Dalam hal kesetiaan, ahli psikologi telah dibahagikan.

• Dalam hal ini, panduan yang jelas ialah ahli psikologi mesti melindungi
keselamatan ujian dan juga tidak melanggar hak asasi klien.
Page 04

• Dari segi etika, kaunselor atau ahli psikologi boleh


menyelesaikan konflik jika ada dengan memberitahu
kesetiaan mereka.

• Ahli psikologi mesti memberitahu klien secara jelas


tentang bagaimana ujian akan digunakan dan
menerangkan had-had kerahsiaan.

• Dalam sesuatu keadaan, keselamatan alat ukuran atau


ujian adalah tidak begitu penting berbanding hak asasi
individu untuk mengetahui asas pertentangan
keputusan jika ada.

• Dalam hal ini, keputusan itu bolehlah diterangkan


kepada klien ataupun keputusan itu diberi kepada wakil
klien yang layak untuk menerangkannya. Dalam hal ini,
jelas menampakkan bahawa hak asasi klien adalah
20
sangat penting mengatasi yang lain-lain.
22
Tanggungjawab pengguna dan pencipta ujian:

• Pengguna ujian adalah bertanggungjawab mengetahui sebab-sebab penggunaan ujian, akibat dan
prosedur yang diperlukan untuk memaksimumkan keberkesanan ujian dan meminimakan ketidakadilan.

• Kaunselor mesti menguasai asas-asas prinsip dalam pembinaan ujian, mengetahui kualiti psikometrik
(kesahan, kebolehpercayaan & norma) ujian dan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan ujian yang
digunakan.

• Isu etika yang kedua ialah tanggungjawab pengguna ujian dan pencipta ujian. Hampir kesemua ujian
psikologi boleh digunakan dalam situasi yang betul. Namun begitu, sesuatu ujian yang sempurna jika
diguna dengan cara yang tidak betul boleh menimbulkan kerugian dan kemudaratan kepada klien.
Tanggungjawab pengguna dan pencipta ujian:

• Bagi mengurangkan kesan kerugian atau kerosakan kepada klien, APA mengkhususkan
bahawa pengguna ujian adalah bertanggungjawab mengetahui sebab-sebab penggunaan
ujian, akibat dan prosedur yang diperlukan untuk memaksimumkan ketidakadilan.

• Kaunselor atau ahli psikologi mestilah memiliki pengetahuan yang mencukupi untuk
memahami asas-asas prinsip dalam pembinaan ujian yang mereka tadbirkan.

• Mereka juga harus mengetahui kualiti psikometrik alat-alat ukuran yang digunakan serta
kajian-kajian lepas yang relevan dengan aplikasi alat ukuran ujian berkenaan.
HAP-TAHAP UJIAN PSIKOLOGI OLEH BRITISH PSYCHOLOGIC
SOCIETY-BPS
• Tahap A: meliputi ujian pencapaian dan kecekapan vokasional. Mudah ditadbir dan dimarkat
secara objektif dan tidak memerlukan kelayakan formal.
• Meliputi ujian-ujian atau alat ukuran kemahiran vokasional.
• Ini meliputi ujian dan inventori yang mudah ditadbirkan dan diberi skor objektif serta tidak
memerlukan latihan dan kelayakan formal.
• Pembeli atau pengguna ujian seharusnya mempunyai sedikit pengalaman mengenai ujian serta
menggunakan ujian tersebut untuk tujuan yang telah ditentukaneliputi ujian-ujian atau alat
ukuran kemahiran vokasional.
• Ini meliputi ujian dan inventori yang mudah ditadbirkan dan diberi skor objektif serta tidak
memerlukan latihan dan kelayakan formal.
• Pembeli atau pengguna ujian seharusnya mempunyai sedikit pengalaman mengenai ujian serta
menggunakan ujian tersebut untuk tujuan yang telah ditentukan.
HAP-TAHAP UJIAN PSIKOLOGI OLEH BRITISH PSYCHOLOGIC
SOCIETY-BPS

• Tahap B: meliputi ujian kecerdasan, sikap dan minat yang ditadbir secara berkumpulan. Hanya
boleh diguna oleh ahli yang memperoleh kelayakan formal atau yang telah mengikuti latihan
mentadbir dan menginterpretasi sesuatu ujian dengan jayanya serta diiktiraf oleh BPS.
• Ujian-ujian atau alat ukuran kecerdasan, sikap dan minat yang ditadbir secara kumpulan.
• Ujian-ujian atau alat ukuran ini hanya boleh dikendalikan oleh ahli psikologi atau kaunselor yang
memiliki kelayakan formal dalam bidang psikologi atau mereka yang telah mengikuti kursus
latihan mentadbir dan mentafsir ujian-ujian yang spesifik dengan jayanya serta mendapat
pengiktirafan daripada British Psychological Society (BPS) memiliki status yang setara.
• Individu yang mempunyai pengalaman dalam menggunakan ujian serta mendapat penyeliaan
daripada ahli psikologi juga boleh diterima.
HAP-TAHAP UJIAN PSIKOLOGI OLEH BRITISH PSYCHOLOGIC
SOCIETY-BPS

• Tahap C: meliputi ujian kecerdasan dan personaliti untuk tujuan klinikal. Hanya boleh dikendali
oleh ahli psikologi yang menjadi ahli bersekutu dengan BPS atau yang mempunyai latihan dan
pengalaman yang setara
• Ujian-ujian kecerdasan dan personaliti untuk tujuan klinikal dan diagnosis.
• Ujian-ujian atau alat ukuran ini hanya boleh digunakan oleh ahli psikologi yang menjadi ahli
bersekutu kepada British Psychological Society (BPS) atau mereka yang mempunyai latihan dan
pengalaman yang setara.
Page 07

Dalam hal yang berkaitan


dengan etika ini, Kochlar
Pandangan
(1983) telah
menyarankan dua Kochlar 1983
perkara:

Penjualan dan
pengedaran ujian-ujian Penjualan dan pengedaran
mestilah dihadkan ujian psikologi mestilah
kepada pemeriksa- dihadkan kepada pemeriksa
pemeriksa yang yang berkelayakan.
berkelayakan
Skor ujian hanya boleh
diperoleh oleh individu-
Skor ujian hanya boleh individu yang berkebolehan
diperoleh oleh individu- untuk mentafsirkannya.
individu yang
berkebolehan untuk
mentafsirkannya.
20
22
Etika PERKAMA – Page 08

bahagian H 2. Kaunselor hendaklah


berhati-hati dalam
menggunakan ujian. Ujian
Persatuan Kaunseling Malaysia yang berlainan memerlukan
1. Kaunselor hendaklah tahap kelayakan yang 3. Tujuan dan kegunaan
(PERKAMA) mempunyai etika yang dengan memberi keputusan hendaklah
berlainan untuk mengendali
khusus tentang Pengukuran dan penerangan yang lengkap dan menginterpretasi. Ahli diberitahu kepada klien
tentang ujian supaya sebelum ujian diberi kecuali
Penilaian. Etika ini sebenarnya mestilah menyedari had-had
keputusan ujian itu dapat kebolehan sendiri dan hanya pengecualian hak yang
memberikan garis panduan yang diterima oleh klien dalam menjalankan ujian-ujian eksplisit dipersetujui
perlu diikuti oleh para kaunselor perspektif yang betul. yang mempunyai kelayakan. terlebih dahulu.

apabila menggunakan ujian psikologi.


Bahagian H etika PERKAMA telah
menggariskan perkara-perkara
berikut:

20
22
Etika PERKAMA – 6. Pencapaian yang bermakna
daripada keputusan ujian
lazimnya disebabkan oleh
bahagian H 4. Kaunselor hendaklah
ketidakbiasaan calon tentang
sesuatu perkara yang terdapat
memberi keterangan yang dalam sesuatu ujian. Mengajar
Persatuan Kaunseling Malaysia tepat apabila membuat atau memberitahu bahan-bahan
kenyataan kepada orang
(PERKAMA) mempunyai etika yang ujian sebelum sesuatu ujian itu
awam tentang ujian dan dijalankan memungkinkan
5. Kaunselor hendaklah
khusus tentang Pengukuran dan pengujian. Ahli mestilah keputusan ujian menjadi tidak
mengawasi supaya
Penilaian. Etika ini sebenarnya mengelak daripada
keputusan ujian tidak sah. Oleh yang demikian,
membuat dakwaan yang pengawasan yang rapi ke atas
disalah erti atau
memberikan garis panduan yang tidak benar atau tanggapan alat ujian adalah satu daripada
disalahgunakan
perlu diikuti oleh para kaunselor yang salah. tanggungjawab ahli.

apabila menggunakan ujian psikologi.


Bahagian H etika PERKAMA telah
menggariskan perkara-perkara
berikut:

20
22
Etika PERKAMA – Page 08

9. Keputusan ujian yang


7. Ujian-ujian mestilaah
bahagian H dijalankan dalam keadaan-
keadaan yang sama dengan
8. Ahli-ahli mestilah berhati-
hati apabila
diberi kepada majikan atau
lain-lain pihak yang
berkenaan untuk tujuan
norma. Apabila ujian menginterpretasi sesuatu
penilaian atau klasifikasi
Persatuan Kaunseling Malaysia diadakan dalam keadaan keputusan daripada bahan
mestilah diawasi supaya
yang tidak lazim atau atau alat ujian yang tidak
(PERKAMA) mempunyai etika yang tidak disalah erti atau
berlaku sesuatu semasa lengkap. Tujuan utama
khusus tentang Pengukuran dan pengendalian ujian, perkara penggunaan alat ujian itu
disalah guna. Kebajikan
calon mestilah diambil kira
Penilaian. Etika ini sebenarnya itu mestilah dicatatakan. mestilah dinyatakan dengan
sebagai kriteria penting
Keputusan ujian hendaklah jelas kepada klien.
memberikan garis panduan yang diisytiharkan dengan jelas
dalam apa-apa
pertimbanagn.
perlu diikuti oleh para kaunselor kepada klien.

apabila menggunakan ujian psikologi.


Bahagian H etika PERKAMA telah
menggariskan perkara-perkara
berikut:

20
22
Etika PERKAMA – 10. Ahli-ahli mestilah berhati-hati
apabila membuat penilaian dan
Page 08

menginterpretasi prestasi calon


bahagian H yang tidak termasuk dalam
kumpulan norma di mana alat
ujian itu distandardisasikan. Ahli-
Persatuan Kaunseling Malaysia ahli yang menggunakan ujian dari 11. Ahli-ahli mestilah
luar negara mestilah berhati-hati berhati-hati supaya tidak
(PERKAMA) mempunyai etika yang
semasa mengguna dan mencedok, mengubahsuai
khusus tentang Pengukuran dan menginterpretasi keputusan ujian dan menggunakan ujian-
Penilaian. Etika ini sebenarnya dengan mengambil kira budaya ujian yang diterbitkan tanpa
golongan norma yang telah menyatakan penghargaan
memberikan garis panduan yang digunakan oleh pencipta ujian atau mendapat kebenaran
perlu diikuti oleh para kaunselor dalam proses piawaian. daripada penerbit.

apabila menggunakan ujian psikologi.


Bahagian H etika PERKAMA telah
menggariskan perkara-perkara
berikut:

20
22
ETIKA ACA Page 09

Umumnya, etika American Caunseling Assosiation (ACA) mempunyai persamaan dengan


apa yang digariskan dalam etika PERKAMA. Dalam kod etika yang berkaitan Penilaian,
pentaksiran dan Interpretasi diletakkan di bahagian E, kod etika ACA. Ianya kemudiannya
dipecahkan kepada 12 komponen seperti berikut :

E.1 UMUM
a. Teknik penaksiran. Kegunaan utama penilaian Pendidikan dan psikologikal ialah menyediakan pengukuran yang
objektif dan boleh ditafsirkan sama ada secara komparatif atau secara mutlak. Kaunselor menerima keperluan untuk
mengintepretasi pernyataan dalam bahagaian ini untuk diaplikasikan kepada keseluruhan Teknik penaksiran yang
meliputi data ujian dan bukan ujian.
b. Kebajikan klien. Kaunselor mengutamakan kebajikan dan keutamaan klien dalam pembangunan, penerbitan dan
penggunaan Teknik-teknik penilaian Pendidikan dan psikologikal. Mereka tidak menyalahgunakan keputusan dan
pentafsiran penilaian dan mengambil Langkah-langkah wajar untuk menghalang orang lain meyalahgunakan
maklumat yang diperoleh daripada Teknik ini. Mereka menghormati hak klien untuk mengetahui keputusan ,
interpretasi yang dilakukan dan asas kesimpulan dan saranan mereka.

20
22
ETIKA ACA Page 09

Umumnya, etika American Caunseling Assosiation (ACA) mempunyai persamaan dengan


apa yang digariskan dalam etika PERKAMA. Dalam kod etika yang berkaitan Penilaian,
pentaksiran dan Interpretasi diletakkan di bahagian E, kod etika ACA. Ianya kemudiannya
dipecahkan kepada 12 komponen seperti berikut :

E.2 KELAYAKAN UNTUK MENGGUNAKAN DAN MENGINTERPRETASI UJIAN.


a. Had-had kelayakan. Kaunselor mengetahui had kelayakan mereka dan hanya menjalankan ujian atau perkhidmatan pennilaian yang mereka telah mendapat Latihan.
Mereka biasa dengan kebolehpercayaan, keesahan, piawaian yang berkaitan, ralat pengukuran dan aplikasi yang betul tentang sesuatu Teknik yang digunakan.
Kaunselor yang menggunakan pentafsiran ujian berbantukan komputer hendaklah mendapatkan latihan tentang gagasan yang diukur serta alatan khusus yang
digunakansebelum menggunakan aplikasi computer jenis ini. Kaunselor hendaklah mengambil Langkah yang sesuai untuk memastikan penggunaan Teknik-teknik
penilaian yang betul oleh individu di bawah seliaan mereka.
b. Kesesuaian penggunaan. Kaunselor bertanggungjawab menentukan aplikasi yang bersesuaian, pemarkatan, interpretasi dan penggunaan alat-alat penilaian sama ada
mereka memberikan markah atau mengintepretasi dan penggunaan alat-alat penilaian sama ada mereka memberi markah atau mengintepretasi sendiri ujian tersebut
atau menggunakan komputer atau perkhidmatan lain.
c. Membuat keputusan berasaskan keputusan ujian. Kaunselor yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang melibatkan individua tau polisi berasaskan
keputusan penilaian hendaklah memiliki fahaman yang menyeluruh tentang pengukuran Pendidikan dan psikologikal termasuklah kriteria kesahan, penyelidikan
tentang ujian dan garis panduan untuk pembinaan dan kegunaan ujian.
d. Maklumat yang tepat. Kaunselor memberi maklumat yang tepat dan mengelak tuntutan palsu atau salah anggap apabila membuat kenyataan tentang alat-alat atau
Teknik penilaian. Usaha khusus mestilah dibuat untuk mengelak memberi erti selain makna yang biasa seperti istilah darjah kecerdasan (IQ) dan skor gred taraan.

20
22
E.3. PEMBERITAHUAN PERSETUJUAN

a. pemberitahuan kepada klien. Sebelum penilaian kaunselor hendaklah memberitahu sifat dan
kegunaan penilaian serta tujuan khusus keputusan ujian menggunakan Bahasa yang boleh
difahami oleh klien (atau individu lain yang diberi kuasa secara perundangan) melainkan jika
pengecualian khusus terhadap hak ini dipersetujui terlebih dahulu. Tanpa mengambil kira sama
ada pemarkatan dan interpretasi dilakukan oleh kaunselor, pembantu atau komputer atau lain-
lain perkhidmatan, kaunselor hendaklah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan
penjelasan yang bersesuaian diberikan kepada klien.

b. penerimaan keputusan. Kebajikan


individu yang mengambil ujian,
persefahaman yang jelas dan
persetujuan awal menentukan
penerimaan keputusan ujian.
Kaunselor hendaklah memberikan
intepretasi yang yang tepat dan betul
mana-mana keputusan yang
dilaksanakan secara individu atau
berkumpulan.
E.4. PELEPASAN MAKLUMAT KEPADA
PROFESIONAL BERKELAYAKAN
a. Salah guna keputusan. Kaunselor tidak menyalahguna keputusan penilaian,
meliputi keputusan ujian dan pentafsiran dan mengambil Langkah-langkah perlu
untuk menghalang penyalahgunaan keputusan individu lain.
b. Pelepasan data mentah. Kaunselor biasanya melepaskan data (misalnya protocol,
nota kaunseling dan temuduga atau soal selidik) klien yang telah dikenalpasti
setelah mendapat kebenaran klien atau wakil sah klien. Data sedemikian biasanya
dilepaskan hanya kepada individu yang diiktiraf oleh kaunsleor sebagai mahir
dalam mengintepretasi data.
E.5. DIAGNOSIS BETUL KECELARUAN MENTAL

a. Diagnosis yang betul. Kaunselor hrndaklah mengambil


Langkah khusus untuk memberi diagnosis yang betul tentang
kecelaruan mental. Teknik penilaian (termaksuk temu duga
peribadi) digunakan untuk menentukan penjagaan klien
(contoh, lingkungan rawatan, jenis rawatan atau susulan
rawatan yang dicadangkan) hendaklah dipilih dengan teliti
dan digunakan dengan baik

b. Sensitiviti budaya. Kaunselor mengiktiraf bahawa budaya


memberi kesan kepada cara bagaimana masalah klien
didefinisikan. Taraf sosioekonomi dan pengalaman budaya
klien hendaklah diambil kira apabila mendiagnisis kecelaruan
mental.
E.6. PEMILIHAN UJIAN
a. Kesesuaian alat ukuran. Kaunselor hendaklah
menimbang secara hati-hati kesahan, kebolehpercayaan,
limitasi psikometrik dan kesesuaian alat ukuran apabila
memilih ujian untuk digunakan dalam sesuatu keadaan
atau dengan klien tertentu.

b. Populasi pelbagai budaya. Kaunselor hendaklah


berhati-hati apabila memilih ujian untuk populasi pelbagai
budaya bagi mengelak ketidaksesuaian ujian yang
mungkin wujud disebabkan ujian dibangunkan di luar
norma perlakuan yang telah disosialisasikan atau diluar
cara gaya kognitif.
20
22
E.7. SUASANA PENTADBIRAN UJIAN
a. Suasana pentadbiran. Kaunselor hendaklah mentadbir ujian di bawah
suasana yang serupa dengan suasana di mana ujian itu dipiawaikan. Apabila
ujian tidak ditadbirkan di bawah suasana yang serupa atau tingkah laku di luar
dari kebiasaan atau ketidakserupaan berlaku semasa sesi ujian dan keputusan
mungkin dianggap sebagai tidak sah atau keesahannya diragukan.
b. Pentadbiran menggunakan komputer. Kaunselor adalah bertanggungjawab
untuk memastikan program pentadbiran ujian berfungsi dengan baik untuk
memberi klien keputusan yang tepat apabila komputer atau kaedah-kaedah
elektronik lain digunakan untuk pentadbiran ujian.
c. Mengambil ujian tanpa penyeliaan. Kaunselor tidak dibenarkan
menggunakan ujian tanpa seliaan atau seliaan yang tidak mencukupi melainkan
ujian atau penilaian itu dibina, dimaksudkan dan disahkan untuk pentadbiran
dan pemarkatan secara sendiri.
d. Pemberitahuan suasana yang menguntungkan. Sebelum ujian ditadbirkan
20
suasana yang menghasilkan keputisan ujian paling menguntungkan hendaklah
22
diberitahu kepada individu yang mengambil ujian.
E.8. KEPELBAGAIAN DALAM
PENGUJIAN

a. Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam menggunakan teknik pentaksiran,


membuat penilaian dan mengintepretasi pencapaian populasi yang tidak diwakili
dalam kumpulan norma di mana alat ukuran dipiawaikan. Mereka hendaklah
menyedari kesan umur, warna kulit, budaya, kerencatan, kumpulan, etnik, ras,
agama, orientasi seksual dan status ekonomi ke atas pentadbiran dan pentafsiran dan
meletakkan keputusan ujian pada prospektif yang betul dengan faktor lain yang
relevan.
E.9 PEMARKATAN DAN
PENTAFSIRAN UJIAN
a. Had melaporkan. Dalam melaporkan keputusan penilaian,
kaunselor hendaklah menyatakan apa-apa had atau batasan yang
ada tentang kesahan atau kebolehpercayaan disebabkan keadaam
penilaian atau norma yang tidak bersesuaian untuk individu yang
diuji.

b. Instrumen penyelidikan. Kaunselor hendaklah berhati-hati apabila


mentafsir keputusan instrumen penyelidikan yang mempunyai data
teknikal yang tidak mencukupi untuk menyokong keputusan
responden. Tujuan yang spesifik untuk penggunaan instrumen
sedemikian hendaklah dinyatakan secara eksplisit kepada individu
yang mengambil ujian.
E.9 PEMARKATAN DAN PENTAFSIRAN UJIAN

c. Perkhidmatan ujian. Kaunselor yang


menyediakan perkhidmatan pemarkatan
dan interpretasi ujian bagi menyokong
proses penilaian hendaklah mengesahkan
kesahan pentafsiran adalah sedemikian.

• Mereka hendaklah secara tepat


menghuraikan tujuan, norma, kesahan,
kebolehpercayaan dan aplikasi
prosedur serta kelayakan khusus yang
bersesuaian dengan penggunaanya.

• Orang ramai yang menawarkan perkhidmatan pentafsiran ujian secara


automatik hendaklah dianggap sebagai penasihat profesional kepada
profesional. Tanggungjawab formal penasihat individu yang diberi nasihat,
tetapi tanggungjawab muktamad mengatasi yang lain-lain ialah
tanggungjawab kepada klien.
E.10 KESELAMATAN UJIAN
Kaunselor hendaklah mengekalkan integriti dan keselamatan ujian serta
teknik penilaian lain konsisten dengan tanggungjawab perundangan dan
kontrak. Kaunselor tidak boleh mengambil dan menggunakan sebagai hak
sendiri, menghasilkan semula atau mengubahsuai ujian-ujian yang
diterbitkan atau sebahagian daripadanya tanpa memberi penghargaan dan
memperoleh kebenaran daripada penerbit.

E.11 UJIAN YANG LAMA DAN E.12 PEMBINAAN UJIAN


KEPUTUSAN UJIAN LUPUT TARIKH
Kaunselor hendaklah tidak Kaunselor hendaklah
menggunakan data atau menggunakan prosedur
keputusan ujian yang sudah saintifi k yang kukuh, piawaian
lama atau luput tarikh untuk yang relevan dan
kegunaan semasa. Kaunselor pengetahuan profesional
hendaklah berusaha sedaya terkini untuk pembinaan,
upaya usaha bagi penerbitan dan penggunaan
penyalahgunaan pengukuran teknik penilaian pendidikan
dan
20 data ujian yang lama oleh dan psikologikal.
22
individu lain.
Etika PERKAMA –bahagian H
• Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) mempunyai etika yang khusus tentang Pengukuran dan
Penilaian.
• Etika ini sebenarnya memberikan garis panduan yang perlu diikuti oleh para kaunselor apabila
menggunakan ujian psikologi. Bahagian H etika PERKAMA telah menggariskan perkara-perkara berikut:

1. Kaunselor hendaklah dengan memberi penerangan yang lengkap tentang ujian supaya keputusan ujian itu dapat
diterima oleh klien dalam perspektif yang betul.
2. Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam menggunakan ujian. Ujian yang berlainan memerlukan tahap kelayakan
yang berlainan untuk mengendali dan menginterpretasi. Ahli mestilah menyedari had-had kebolehan sendiri dan hanya
menjalankan ujian-ujian yang mempunyai kelayakan.
3. Tujuan dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi kecuali pengecualian hak
yang eksplisit dipersetujui terlebih dahulu.
4. Kaunselor hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila membuat kenyataan kepada orang awam tentang
ujian dan pengujian. Ahli mestilah mengelak daripada membuat dakwaan yang tidak benar atau tanggapan yang salah.
5. Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian tidak disalah erti atau disalahgunakan.
Etika PERKAMA –bahagian H
6. Pencapaian yang bermakna daripada keputusan ujian lazimnya disebabkan oleh ketidakbiasaan calon tentang sesuatu
perkara yang terdapat dalam sesuatu ujian. Mengajar atau memberitahu bahan-bahan ujian sebelum sesuatu ujian itu
dijalankan memungkinkan keputusan ujian menjadi tidak sah. Oleh yang demikian, pengawasan yang rapi ke atas alat
ujian adalah satu daripada tanggungjawab ahli.
7. Ujian-ujian mestilaah dijalankan dalam keadaan-keadaan yang sama dengan norma. Apabila ujian diadakan dalam
keadaan yang tidak lazim atau berlaku sesuatu semasa pengendalian ujian, perkara itu mestilah dicatatakan. Keputusan
ujian hendaklah diisytiharkan dengan jelas kepada klien.
8. Ahli-ahli mestilah berhati-hati apabila menginterpretasi sesuatu keputusan daripada bahan atau alat ujian yang tidak
lengkap. Tujuan utama penggunaan alat ujian itu mestilah dinyatakan dengan jelas kepada klien.
9. Keputusan ujian yang diberi kepada majikan atau lain-lain pihak yang berkenaan untuk tujuan penilaian atau
klasifikasi mestilah diawasi supaya tidak disalah erti atau disalah guna. Kebajikan calon mestilah diambil kira sebagai
kriteria penting dalam apa-apa pertimbanagn.
10. Ahli-ahli mestilah berhati-hati apabila membuat penilaian dan menginterpretasi prestasi calon yang tidak termasuk
dalam kumpulan norma di mana alat ujian itu distandardisasikan. Ahli-ahli yang menggunakan ujian dari luar negara
mestilah berhati-hati semasa mengguna dan menginterpretasi keputusan ujian dengan mengambil kira budaya golongan
norma yang telah digunakan oleh pencipta ujian dalam proses piawaian.
11. Ahli-ahli mestilah berhati-hati supaya tidak mencedok, mengubahsuai dan menggunakan ujian-ujian yang diterbitkan
tanpa menyatakan penghargaan atau mendapat kebenaran daripada penerbit.
Page 15

THANK YOU
20
22

You might also like