Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PEROSAK TANAMAN

SAYUR-SAYURAN
NAMA AHLI KUMPULAN:
AIS BIN MD SULBIDIN
MAZRI BIN TALIP
ROSLINA BINTI SEPIE
NAZAITUL SHIMA BINTI RAHAMAT
MIMI IRMA BINTI ABDUL WAHID
BIOLOGI PEROSAK PENTING
1) Aphis spp. (craccirora, gossypii)
Ciri-cirinya ialah :
 boleh bertelur (tetapi jarang berlaku di kawasan
tropika)
 seekor serangga betina boleh melahirkan 5-6 nimfa
dalam satu hari.
 nimfa bersalin kulit sebanyak 4 kali (iaitu 4
peringkat instar sebelum dewasa)
 bersifat polifagus
 Contohnya :

Spesies Pokok-pokok perumah

A. gossypii Cili,tembakau,kukurbit
A. craccirora Tanaman kekacang
Cara kerosakannya :
Ada 3 cara iaitu:
1. Menghisap cairan sap daripada daun,bunga dan
ranting muda
2. Manisan serangga yang meleleh di merata-rata
bahagian tanaman akan menjadi medium perebakan
kulat jelaga
3. Terdapat spesies afid yang bertindak sebagai vektor
kepada virus tanaman.
2) Aulacophora spp. (coffeae, flavomarginata,
foreicollis)
Ciri-cirinya ialah:
 telur diletakkan sebiji-sebiji atau secara berkelompok
 satu kelompok mengandungi hingga 500 biji telur
 saiz telur : 0.1 – 0.5 mm
 berbentuk bujur membulat dan berwarna kuning
 warna menjadi perang apabila telur hendak menetas
(dalam masa 8-15 hari)
 ada 3 peringkat:

a) Peringkat larva :
 memakan bahagian akar
 tempoh tumbesaran adalah 17-33 hari
b) Peringkat kepompong
 terlindung di dalam kokun

 jangka masa 7-13 hari

c) Peringkat dewasa
 sejenis kumbang daun sebesar 7 mm

Contohnya :

Spesies Ciri-ciri

A.flavomarginata Berkepak hitam


A.foreicollis Abdomen menirus dan tibia

Berwarna kuning

A.coffeae Abdomen yang dempak di hujung

Kaki berwarna hitam


Cara kerosakannya :
 kumbang ini boleh hidup lama (55-167 hari), maka
kerosakan yang teruk berlaku pada daun, bunga dan
pucuk
 jika kerap diserang, boleh mengakibatkan tinggal ranting
sahaja
3) Crocidolomia binotalis
Ciri-cirinya ialah :
 kitaran hidupnya adalah selama 20-24 hari
 telur secara berkelompok (jarang secara berasingan)
 penetasan berlaku dalam masa 3-5 hari
 mempunyai 3 peringkat :

a) Peringkat larva :
berwarna hijau dengan 3 baris bintik hitam dan
mempunyai baris yang berwarna keputihan
(bahagian dorsal)
membesar sehingga 17mm
b) Peringkat kepompong
berwarna perang
biasanya terdapat di dalam tanah berhampiran pangkal
pokok
jangka masa 6-8 hari
c) Peringkat dewasa
adalah rama-rama yang mempunyai bukaan kepak
selebar 25mm

Cara kerosakkannya :
 Menyerang secara berkerumun pada sesuatu bahagian
sayur
 gemar mengoek masuk sehingga ke dalam hati sayur dan
memakan bahagian dalam daun tersebut (contoh:kubis)
4) Cylas formicarius
Ciri-cirinya ialah :
 kitaran hidupnya dalam lingkungan 19-30 hari

 kumbang ini gemar bertelur pada ubi yang terdedah

 bentuk telur - bujur dan berwarna putih

 penetasan dalam masa 4-7 hari

 ada 3 peringkat iaitu :

a)Peringkat larva :
berbadan putih dan berkepala perang
membesar 6-8mm dengan memakan ubi
tumbesaran 10-16 hari
b)Peringkat kepompong :
berwarna putih
jangka masa ialah 5-7 hari
c)Peringkat dewasa
dikenali sebagai kumbang belalai
berukuran 5-7mm
berkepak hijau kebiruan
toraks berwarna kemerahan dan kepalanya berwarna
hitam

Cara kerosakannya:
Peringkat larva
Mengorek masuk dan memakan isi ubi
Peringkat dewasa
Memakan daun dan mengorek ubi
5) Dacus cucurbitae
Ciri-cirinya ialah :
 kitaran hidupnya selama 16-29 hari
 telur terletak di bawah lapisan epidermis (secara sebiji
atau dalam kumpulan 4-10 biji)
 telur berwarna putih dan berkeadaan licin
 memerlukan 1-5 hari untuk menetas
 ada 3 peringkat:

1) Peringkat larva:
sejenis berengga berbentuk vermiform
melalui 3 instar iaitu:
a) Instar 1 : Selama 1-1.5 hari
b) Instar 2 : Selama 1-2 hari
c) Instar 3 : Selama 4.5-8 hari
2) Peringkat kepompong
jenis koartat (berukuran 4.5-5.5 mm panjang)
jangka masanya ialah 8-12 hari
3) Peringkat dewasa
berukuran 5-7 mm panjang
mempunyai bukaan kepak sebesar 13mm

Cara kerosakkannya :
Pada peringkat larva :
 Memakan sayuran jenis buah : peria, petola dan timun

 Lama kelamaan sayuran ini akan menjadi busuk dan


gugur
6) Dysderus cingulatus
Ciri-cirinya:
 boleh bertelur sebanyak 25-112 biji

 telur diletakkan secara berkelompok (2-3 biji per


kelompok)
 penetasan berlaku dalam masa 4-7 hari

 mengalami metamorfosis yang tidak lengkap

 tempoh tumbesaran daripada peringkat telur hingga


peringkat dewasa adalah selama 29-43 hari
 kepinding dewasa berukuran 1.5-2 cm panjang

 proses adalah lama dan boleh mengambil masa dalam 2-


4 hari
Cara kerosakkannya :
 pada peringkat nimfa yang kedua – serangga akan
menghisap cairan sap pada bunga, putik buah dan pucuk
yang masih lembut
 gemar berkerumun semasa menyerang pokok
7) Earias vittella (sn E. fabia)
 telur serangga ini biasanya terdapat sebiji-sebiji pada
permukaan bawah daun,pucuk, bunga dan buah bendi.
 biasanya peneluran berlaku pada malam hari
 seekor betina boleh bertelur sebanyak 300 biji dan
mengambil masa 2-4 hari untuk menetas
 mempunyai 3 peringkat
a) Peringkat larva:
berwarna perang tua dengan bintik-bintik putih
kebiruan di bahagian dorsal
tempoh tumbesaran hingga mencapai peringkat instar
kelima ialah 15-20 hari
b) Peringkat kepompong :
berwarna perang dan terlindung dalam kokun
jangka masa ialah 8-10 hari
c) Peringkat dewasa
merupakan seekor rama-rama yang berukuran 11 mm
panjang (badan) dan 20mm bukaan kepaknya

Cara kerosakkannya :
Pada peringkat larva – serangannya tertumpu pada
bahagian pucuk,bunga,putik buah dan buah muda.
Ini mengakibatkan pucuk menjadi layu, bunga gugur dan
tumbesaran buah tidak sempurna atau menjadi busuk
8) Etiella zinckenella
 bertelur pada daun pokok kacang tanah dan kacang soya

 telurnya berwarna keputih-keputihan

 Sering juga bertelur berdekatan dengan bunga dan


lenggai kacang tanah yang terdedah di atas permukaan
tanah.
 Peringkat larva :

berwarna keputihan
badannya berbulu-bulu
panjangnya lebih kurang 15 mm
 Serangga dewasa : mempunyai bukaan kepak selebar
20mm dan berwarna kelabu tua.
Cara kerosakkannya :
 Lenggai yang telah dikorek biasanya tidak berisi dan
menjadi busuk berkulat
 Peringkat kepompong biasanya terdapat di dalam tanah
dan kadangkala di dalam lenggai kekacang yang telah
rosak
9) Hellula undalis
 kitaran hidupnya jarang melebihi 3 minggu
 telur serangga diletakkan sebiji-sebiji di celah-celah
daun sayur-sayuran jenis krusifer
 Telur menetas dalam masa 3-4 hari
 Peringkat larva :

berwarna perang muda dengan bintik-bintik hitam


membesar sehingga 6mm dengan memakan kubis
 Peringkat kepompong :

berwarna perang
biasanya terdapat di celah-celah daun pokok sayuran
yang diserang
 Peringkat dewasa :

adalah rama-rama yang mempunyai bukaan kepak


selebar 20mm
Cara kerosakkannya :
 Pada peringkat larva : menggemari bahagian lapisan
bawah daun dan mengakibatkan daun yang diserang
kelihatan cerah
 Instar-instar berikutnya akan memakan kesemua daun
hingga tinggal urat sahaja.
 Jika hati kubis diserang, pokok akan mati atau boleh
menggalakkan pertumbuhan tunas-tunas yang baru.
Secara tidak langsung, ini akan merugikan kerana
tanaman tersenut tidak berharga lagi
10) Leucinodes orbanalis
 kitaran hidupnya selama 20-26 hari
 rama-rama ini bertelur sebiji-sebiji pada pucuk,
bunga,buah dan daun terung
 telur berwarna kekuningan
 menetas dalam masa 3-5 hari
 larvanya mengalami 4 instar dan lazimnya dikenali
sebagai ulat terung
 Peringkat kepompong:

berwarna keperangan dan biasanya terdapat di dalam


tanah
jangka masa ialah 6-8 hari
 Peringkat dewasa:

rama-rama dewasa berkepak putih


Cara kerosakkannya :
 Pada peringkat larva :

Pucuk yang diserang akan menjadi layu, begitu juga


bunga dan putik akan gugur
buah yang telah dikorek akan terbantut tumbesarannya
atau menjadi busuk
 Pada peringkat kepompong :

kadangkala dijumpai dalam buah dan lipatan-lipatan


daun kering.
11) Thrips palmi
 kitaran hidupya ialah selama 11-12 hari
 serangga ini bertelur sebiji-sebiji dalam daun (iaitu di
bawah lapisan epidermis)
 telurnya amatlah kecil dan berbentuk buah pinggang
 seekor serangga betina boleh bertelur sebanyak 50-60
biji
 telur akan menetas dalam 4-9 hari
 Peringkat prakepompong :

penyalinan kulit berlaku selama 1-2 hari


selepas penyalinan kulit ia akan berpindah masuk ke
dalam tanah sedalam 10-25mm
jangka masa peringkat kepompong adalah selama 2-4
hari
Peringkat dewasa
 berwarna perang kekuningan

 berukuran 1mm panjang

 kepak serangga berbentuk pedang dan berbulu lebat


dipinggirnya
 serangga jantan tidak berkepak

 serangga betina boleh hidup lebih lama iaitu puratanya


ialah 2-4 minggu

Cara kerosakkannya:
 Ia hidup menghisap cairan sap tanaman dari bawah
permukaan daun menyebabkan daun keperangan dan
kerinting
 Buahan yang diserang menunjukkan tompok-tompok
halus berkeruping
12) Plutella xylostella
 serangga dewasa meletakkan telurnya sebiji-sebiji atau
secara berkelompok pada tulang dan bawah permukaan
daun
 berwarna kekuning-kuningan, berbentuk bujur dan
berukuran 0.6x0.3mm
 penetasan berlaku dalam masa 6-7 hari di kawasan tanah
tinggi, tetapi di kawasa tanah rendah 2-3 hari sahaja
 Peringkat larva:

boleh mencapai 7-10mm


Badan berwarna kehijauan dan kepalanya keperangan
biasanya digelar ulat hijau atau ulat “plutella”
 tumbesarannya sehingga sehingga peringkat instar ke-4
yang berlangsung selama 12-13 hari dikawasan tanah
tinggi dan 6-7 hari di kawasan tanah rendah.
Peringkat kepompong :
 lazimnya didapati pada daun pokok yang telah diserang,
tetapi sentiasa terlindung di dalam kokun yang berwarna
putih
Peringkat dewasa :
 adalah rama-rama kecil yang panjangnya 4.7-6.5mm dan
mempunyai bukaan kepak selebar 14-17mm

Cara kerosakkannya :
 perosak gemar memakan daun-daun sayuran krusifer
seperti kubis bulat, kubis cina dan sawi
 biasanya daun-daun dimakan hingga tinggal urat sahaja

You might also like