Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ADAPTASI

Nama: MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MUHAMAD


NADZMI
No Matriks: P-HM0003/23
ORANGE (2015)
• Orange ialah siri manga romantik Jepun yang ditulis dan
diilustrasikan oleh Ichigo Takano
• Bertujuan untuk demografi shōjo dan seinen .
• Ia pertama kali disiarkan pada tahun 2012 dalam majalah manga
Bessatsu Margaret dan kemudian dalam Aksi Bulanan.
• Ia telah disusun menjadi 7 jilid pada April 2022.
• Bab-babnya diterbitkan secara atas talian dalam bahasa Inggeris oleh
Crunchyroll dan dalam cetakan oleh Seven Seas Entertainment .
• Ia juga diterbitkan di Perancis oleh Akata, di Poland oleh Waneko
dan di Sepanyol oleh Ediciones Tomomomo.
• Filem aksi langsung adaptasi dengan nama yang sama telah
dikeluarkan pada 12 Disember 2015.
• Adaptasi televisyen anime mula disiarkan pada Julai 2016.
• Sebuah filem teater anime, bertajuk Orange: Future , ditayangkan di
Jepun pada 18 November 2016.
SINOPSIS
"Orange" mengisahkan Naho Takamiya, yang menerima surat daripada dirinya di masa depan yang telah
menyuruhnya untuk menjadi kawan dengan pelajar yang baru saja pindah, bernama Kakeru Naruse. Perkara
ini bertujuan untuk mencegah kematian awalnya, yang menjadi satu punca penyesalan di masa depan.
Manga ini meneroka tema persahabatan dan cinta ketika Naho dan rakan-rakannya menjalani kehidupan
sekolah menengah, membuat pilihan yang mempengaruhi masa depan mereka. Cerita ini menyentuh, penuh
emosi, dan menggali akibat tindakan yang kelihatan remeh.
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
• Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah ialah hikayat yang
menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah,
sebuah negeri di Malaysia.
• Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi
dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini
bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang
didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Makedonia sehingga
ketibaan Islam pada abad ke-12 M.
• Merong Mahawangsa merupakan penganut agama hanif dan terdapat
sembilan pemerintah sebelum Phra Ong Mahawangsa menerima Islam
pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut
menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.
• Hikayat Merong Mahawangsa telah diadaptasikan menjadi sebuah filem
epik Malaysia yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim dan dikeluarkan
pada tahun 2011.
SINOPSIS
Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan legenda
atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat tempatan, ataupun cerita-cerita yang
berasal daripada pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang
raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan
kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda.
Beliau membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Beliau pulang ke Rom setelah menabalkan
puteranya, Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya kepada Kedah Zamin Turan.
PERBANDINGAN
Plot
• Secara umum, plot dalam Hikayat Merong Mahawangsa mengikuti kronologi. Cerita bermula dengan
burung geroda yang berjanji untuk menghalang perkahwinan Putera Rom dengan Puteri China. Kemudian,
fokus berpindah kepada Raja Merong Mahawangsa yang dititahkan membawa anaknya ke China untuk
dikahwinkan dengan puteri raja benua itu. Raja Merong Mahawangsa dan rombongannya berlayar ke China,
tetapi di laut Kuala Canggung, mereka diserang oleh burung geroda. Raja Merong Mahawangsa berjaya
mematahkan serangan pertama dan kedua, tetapi dalam serangan ketiga, anak panahnya berubah menjadi
burung jentayu dan kalah dalam pertarungan.
• Dalam versi filem Hikayat Merong Mahawangsa, plot teks asal telah diubah secara signifikan. Kisah
dimulai dengan persetujuan Raja Rom dan Raja China untuk mengahwinkan Putera Marcus Carpreneius
dari Rom dan Puteri Meng Li Hua dari China. Angkatan laut Rom dan China berlayar ke utara Semenanjung
Emas, tetapi terhenti di Goa akibat ribut. Di sana, pertarungan berlaku, dan Merong Mahawangsa, yang
memiliki keturunan Alexander The Great, memenangkan pertarungan. Dia kemudian diminta untuk
mengiringi rombongan Putera Rom ke daratan di utara Semenanjung Emas.
Watak
• Melalui teks sastera, Raja Merong Mahawangsa telah dikatakan sebagai keturunan raja dan sahabat kepada
Raja Rom. Baginda mempunyai ilmu kesaktian dan sangat digeruni oleh raja-raja yang lain. Berdasarkan
salasilah, ayahandanya berasal daripada indera-indera dan bondanya berketurunan dewa-dewa. Raja Merong
Mahawangsa telah berkahwin dengan anak Raja Gergasi iaitu seorang puteri yang kecil dan baik rupa
parasnya.
• Sementara itu, dalam filem adaptasi watak Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman Hughes adalah
seorang manusia biasa hasil perkahwinan ayahnya dari Rom dengan perempuan dari utara Semenanjung
Emas (Langkasuka) bernama Lang. Setelah kampung mereka musnah angkara petualangan kumpulan lanun
Geruda, Merong Mahawangsa menjalani kehidupan di lautan dengan berlayar menggunakan kapalnya
bernama Jentayu. Merong Mahawangsa berlayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan sambil menjajakan
cerita bahawa beliau adalah berketurunan Alexander The Great atau Iskandar Zulkarnain dari Rom.
TERIMA KASIH

You might also like