Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 71

PEMBUMIAN

Kejutan Elektrik
Dan
Kesan Pada Manusia

Kesan kejutan elektrik berubah dengan arus


yang dikenakan pada sistem gemuruh
(nervous system) dan laluan arus ini
dalam badan seseorang
Kesan kejutan elektrik dan padah yang dialami
oleh manusia bergantung kepada faktor-faktor
berikut:
 Nilai arus – lebih tinggi nilai arus, lebih tinggi kadaran maut.
Arus serendah 50mA boleh membawa maut
 Masa- masa yang dikenakan semasa arus mengalir dalam
badan
 Nilai voltan – Badan manusia boleh dianggap sebagai
sesuatu litar di mana perbezaan potensi akan memberi
laluan untuk arus mengalir. Nilai arus bergantung pada nilai
voltan dan rintangan.
 Frekuensi – 50hz hingga 60 hz dianggap merbahaya sebab
ia sama dengan kadar denyutan jantung manusia
 Saiz seseorang – Nilai rintangan badan bergantung pada
saiz seseorang. Kajian IEE berpendapat bahawa seseorang
yang mempunyai berat badan 55kg mempunyai rintangan
1000 ohm manakala seseorang yang mempunyai berat
badan 75kg mempunyai rintangan 2000 ohm
Berikut adalah kesan aliran arus pada badan seseorang
yang mempunyai berat badan lebih kurang 50kg

NILAI ARUS KESAN


1 ~ 4 mA MASIH NORMAL
5mA ANGGOTA BEREAKSI
10mA BEREAKSI MELEPASKAN
10 ~ 15 mA KEHILANGAN KAWALAN OTOT
20 ~ 40 mA KESAKITAN DAN MASALAH
PERNAFASAN
50 ~ 100 mA GANGGUAN PADA NADI DAN
BOLEH MEMBAWA MAUT
Sentuhan Langsung Dan Tidak
Langsung
Sentuhan Langsung
Mengalami kejutan elektrik hasil sentuhan sesuatu
pengalir, punca atau basbar yang dalam keadaan
biasa hidup dan membawa arus atau pada badan alat
yang berlaku kebocoran arus.
Sentuhan Langsung Dan Tidak
Langsung
Sentuhan Tidak Langsung
Mengalami kejutan elektrik hasil sentuhan dengan
komponen atau bahagian sesuatu radas, alatan dan
perkakasan yang dalam keadaan biasa tidak hidup
tetapi dihidupkan oleh hasil sentuhan dengan bahan
konduktor yang berbumi.
DEFINASI PEMBUMIAN
Didefinasikan sebagai sambungan pengaliran
sesuatu litar atau bingkai alatan/radas elektrik
kejisim am bumi. Sambungan ini dilakukan untuk
mengwujud dan kekalkan potensi bumi pada litar
atau bingkai alatan/radas elektrik yang
disambungankan. Sambungan ini mesti dilakukan
dengan cara yang tertentu supaya rintangan antara
litar atau bingkai alatan/radas elektrik berada pada
nilai had tertentu.
Mengikut Aturan Keselamatan Elektrik TNBD
seksyen 2 (2.13 – Dibumikan):

Telah disambung ke bumi dengan cara yang


sentiasa membolehkan pembuangan cas tenaga
elektrik serta merta tanpa bahaya, apabila
dipasang pada radas, perkakas dan pengalir.
Semua fasa dilitar pintaskan dan disambung ke
bumi dengan berkesan.
Peraturan Bekalan Elektrik 1994
Peraturan 34 - Pembumian Pepasangan
o Mana-mana penyalut, tudung, gagang, peti
cantuman, peti ds'b. suis, peti fius, bingkai
gear suis yang berlogam dan rangka dan tapak
logam mana-mana janakuasa, penukar,
rektifier dan motor, peti dan teras berlogam
bagi mana-mana pengubah, dan bingkai dan
penutup logam bagi mana-mana peti sejuk,
dapur memasak dan kelengkapan elektrik lain
termasuklah apa-apa perkakas domestik,
kecuali yang digolongkan sebagai binaan kelas
II, hendaklah dibumikan dengan berkesan.
Peraturan Bekalan Elektrik 1994
Pembumian Pepasangan - Sambungan
o Mana-mana paip air yang disambungkan kepada
sistem bekalan air awam tidak boleh digunakan
sebagai satu-satunya cara membumi.
o Mana-mana paip gas tidak boleh digunakan sebagai
satu-satunya cara membumi.
o Poin neutral sistem arus ulang-alik atau poin tengah
sistem arus terus tidak boleh disambungkan ke bumi
pada lebih daripada satu poin, kecuali dengan
kebenaran Ketua Pengarah.
Peraturan Bekalan Elektrik 1994
Pembumian Pepasangan - Sambungan
o Jika poin neutral atau poin tengah sistem tidak
dibumikan dengan berkesan, peranti penunjuk dan
pelindung hendaklah dipasang bagi mengelakkan bahaya
yang disebabkan oleh kebocoran arus ke bumi daripada
konduktor hidup.
o Jika kebenaran Ketua Pengarah telah diperolehi untuk
menggunakan konduktor neutral sebagai konduktor bumi
untuk membumikan rangka radas elektrik itu, konduktor
neutral itu tidak boleh digunakan sebagai konduktor
balik untuk bekalan fasa tunggal.
Peraturan Bekalan Elektrik 1994
Peraturan No. 35

Dalam mana-mana pepasangan sistem


pembumian konduktor yang lengkap
yang dibuat daripada bahan yang boleh
diterima dan mempunyai luas keratan
rentas yang mencukupi dengan satu
atau lebih plat bumi, paip atau rod
hendaklah diadakan. Sistem membumi
itu hendaklah disambungkan ke bumi
dan disenggarakan dengan berkesan.
KESAN POTENSI LANGKAH (STEP
POTENTIAL) DAN
POTENSI SENTUH (TOUCH
POTENTIAL)
Dalam keadaan sebenar, arus elektrik akan
mengalir sekiranya di beri laluan, tidak kira laluan
itu pendek atau panjang selagi wujudnya potensi
berbeza pada poin kerosakan dan bumi.
Perbezaan potensi ini akan wujud semasa pusuan
kilat, pusuan pensuisan atau kerosakan dan
semua arus akan dilencongkan kebumi melalui
poin pembumian. Nyahcas ini akan menghasilkan
satu kecerunan voltan di permukaan bumi dan nila
voltan ini akan berkurangan semakin jauh daripada
poin pembumian.
Potensi Langkah
 Potensi langkah adalah kewujudan perbezaan voltan
diantara kedua dua kaki apabila kita melangkah ke
poin kerosakan tanpa menyentuh objek dibumi. Lagi
dekat kita berada pada poin kerosakan maka lagi
tinggi risiko untuk mengalami kejutan elektrik. Arus
akan mengalir dalam badan kita melalui kaki dan
nilai arus bergantung pada jarak langkah kita.Jika
jarak langkah kita didekatkan maka perbezaan voltan
antara kedua dua kaki berkurangan dan nilai arus
yang mengalir ke badan melalui kaki kita pun akan
berkurangan.
Potensi Langkah
 Contoh: kaki ‘A’ berada pada
nilai 3500V dan kaki ‘B’ berada
pada nilai 2500V maka
perbezaan antara kedua dua kaki
ialah 1000V

 Voltan potensi langkah ini amat


mustahak dan diambil kira
apabila sesuatu sistem
pembumian untuk pencawang
dibina.
Potensi Sentuh
Potensi langkah adalah kewujudan perbezaan voltan
diantara anggota badan samada satu atau kedua dua
tangan dengan anggota badan lain. Perbezaan voltan
ini wujud apabila kita menyentuh poin kerosakan
dan anggota badan lain menyentuh poin
pembumian. Nilai arus mengalir bergantung pada
nilai voltan yang wujud dan rintangan sentuhan.
Potensi Sentuh

 Contoh: Tangan kanan yang menyentuh peralatn


berada pada nilai 5000V dan kaki yang memijak
permukaan bumi berada pada nilai voltan
2500V, maka perbezaan ialah 2500V
Kenapa radas elektrik perlu di bumikan?

 Memastikan keselamatan pada manusia


dan harta benda apabila berlaku
kerosakan atau litar pintas dan keadaan
fenomena fana (transient phenomenon)
seperti pusuan kilat atau pusuan
pensuisan
Kenapa radas elektrik perlu di bumikan?

 Memberi arus kerosakan laluan


dengan galangan rendah melalui
pengalir bumi balik ke punca
bekalan semasa kerosakan litar
lintas pengalir hidup dengan bumi
Kenapa radas elektrik perlu di bumikan?

 Untuk menghadkan kenaikan potensi pada


paras yang selamat semasa keadaan biasa
dan kerosakan litar untuk semua bingkai
atau badan peralatan elektrik terlitup logam
dan sktruktur-sktruktur logam dimana boleh
disentuh oleh manusia
 Berkesanan sesetengah sistem perlindungan
berfungsi bergantung pada sistem
pembumian yang berkesan.
Kenapa radas elektrik perlu di bumikan?

 Menghadkan voltan dipencawang supaya


pekerja tidak didedahkan kepada potensi
yang berbeza dalam keadaan biasa atau
kerosakan
 Didebabkan kerosakan mekanikal dan
therma pada perlatan atau radas elektrik
seperti pengubah, kabel, alatsuis dan lain
lain lagi.
Pembumian Peralatan Dan Sistem
Secara am, pembumian boleh di bahagikan
kepada dua iaitu:-

1. Pembumian Peralatan & Struktur logam


2. Pembumian Sistem
Pembumian Peralatan Dan Struktur Logam
Untuk nyacas dari punca yang hidup di
bingkai atau badan peralatan semasa
kerosakan dan arus kerosakan
dilencongkan ke bumi dan tidak merbahaya
pada sesiapa yang menyentuhnya.
Struktur logam yang menyokong pengalir
hidup juga dibumikan untuk tujuan yang
sama
Pembumian Peralatan Dan Struktur Logam

 Penangkap kilat dipasang pada talian atas dan


pencawang atas tiang untuk mengalirkan
pusuan kilat ke bumi. Punca atas pada
penangkap kilat disambung pada talian hidup
manakala punca di bawah disambung pada rod
pembumian.
 Penangkap kilat mesti mempunyai rangkaian
pembumiannya sendiri manakala rangkaian
pembumian sistem dan peralatan di cantum.
Pembumian Sistem
Pembumian poin neutral sambungan bintang
alatubah tiga fasa di Pencawang Elektrik.

Pemilihan untuk membumikan poin neutral atau


tidak, bergantung pada kehendak dan jenis
sistem perbekalan dan antara kriteria-kriteria
pemilihan ialah:
Teknikal - kenaikan voltan, arus kerosakan dll.
Kendalian - kestabilan sistem, senggaraan dll.
Keselamatan
Kos
Pembumian Sistem

 Kumpulan vektor alatubah pembahagian di


gunakan dalam pencawang elektrik adalah
jenis Dyn 11, di mana bahagian utama
disambung secara delta manakala dibahagian
sekunder di sambung secara bintang.
 Poin neutral pada sambungan bintang
dibumikan dan ini sangat besar mempengaruhi
arus dan voltan semasa berlaku kerosakan.
Pembumian Sistem

 Sistem yang di praktikan di TNB adalah sistem


dimana poin neutral pada alatubah dibumikan
dan terdapat juga sistem dimana poin neutral
tidak dibumikan yang dipraktikan di negara-
negara lain dan sistem perlindungannya
berbeza.
Pembumian Sistem

Dalam sistem di mana poin neutral dibumikan,


jika berlaku kerosakan litar pintas, pada litar,
arus kerosakan yang tinggi akan mengalir balik
ke punca bekalan melalui poin neutral alatubah
di pencawang tetapi nilai voltan pada tempat
kerosakan adalah rendah.
Dalam sistem dimana poin neutral tidak
dibumikan, jika berlaku kerosakan, arus
kerosakan tidak dapat mengalir balik ke punca
bekalan di transfomer, maka kenaikan voltan
akan berlaku di tempat kerosakan.
PENGALIRAN ARUS KEROSAKAN

Poin-poin neutral lain dalam sistem juga dibumikan


seperti palang neutral di papan pembahagian voltan
rendah, pengalir neutral pada sesalur atas voltan
rendah setiap tiang di sesalur atas voltan rendah

Sistem ini dinamakan sebagai Neutral Bumi Berbilang


, Multiple Earthed Neutral (MEN)
PENGALIRAN ARUS KEROSAKAN

 Mengikut Peraturan Peraturan Elektrik 1994, Akta


Bekalan Elektrik 447
“ neutral bumi berbilang” ertinya konduktor talian
neutral yang dibumikan pada lebih daripada satu
poin;
Cara Penyambungan
 SECARA PEJAL (solid earthing or direct earthing)
iaitu sambungan terus poin neutral ke letrod yang
ditanam ke jisim am bumi dengan menggunakan
pengalir pembumian. Apabila poin neutral dibumikan
secara ini, arus kerosakan antara fasa dan bumi
adalah amat tinggi seperti litar pintas antara fasa dan
neutral.

Cara ini digunakan dalam pencawang elektrik


6.6/0.433kV, 11/0.433kV, 22/0.433kV, 33/0.433kV
Cara Penyambungan
 Neutral Earthing Resistor - Melalui perintang
(resistance earthing) poin neutral disambung
pada satu perintang sebelum disambung ke
letrod yang ditanam ke jisim am bumi dengan
menggunakan pengalir pembumian. Perintang
tersebut dipasang untuk menghadkan arus
rosak pemegun.
Cara ini digunakan dalam pencawang masuk
utama 132/11kV dan pencawang Pembahagian
utama 22/11kV, 33/11kV. Perintang tersebut
dinamakan sebagai Neutral Earthing Resistor
(NER)
Cara Penyambungan
 NER dipasang antara poin neutral alatubah dan
bumi. Tujuan memasang alat ini ialah untuk
menghadkan nilai arus kerosakan bumi (earth
fault). Walaupun NER ini cuma aktif selama
beberapa saat dalam hayat operasinya, ia
mesti bertindak dengan sempurna dan
memberi perlindungan yang boleh diharapkan
apabila berlaku kerosakan pada litar.
Kadaran NER

Mempunyai nilai rintangan untuk menghadkan


arus kerosakan dalam sistem pada kadaran
yang rendah untuk mengelakan kerosakan
pada peralatan tetapi cukup tinggi untuk
mengendalikan geganti perlindungan. Setiap
sistem direka mengikut kadaran arus dan masa
tanpa kenaikan suhu berpandu pada alatsuis
yang melindungi litar. Kebiasaannya arus
kerosakan dihadkan pada nilai arus sekunder
alatubah.
Kadaran NER
Contoh Kadaran:
Voltan Talian - 33000V
Voltan Fasa - 19050V
Amps - 300A
Masa - 10 Saat
Kenaikan Suhu - 760 0C
Ohms @ 250 0C - 63.5 ± 10%
Contoh Pengiraan
Keupayaan Alatubah -15 MVA, 66/33kV,
Dyn11, 3 fasa
Arus Sekunder Maxima Alatubah -262.4A ~ 300A
Nilai Rintangan -19050V / 300A
=63.5 
NEUTRAL EARTHING RESISTOR
SISTEM
PEMBUMIAN
RINTANGAN
PADA SISTEM
PENCAWANG
33/11KV
Switch NER
Single line NER
PEMASANGAN TERMINAL BUMI
DI PENCAWANG
FAKTOR MEMPENGARUHI SISTEM
PEMBUMIAN
Sistem pembumian yang baik mesti mempunayi
faktor-faktor seperti berikut:
Nilai rintangan ke bumi yang rendah
Rintangan kakisan/karatan yang baik
Boleh bawa arus berulang-kali
Faktor yang mempengaruhi rintangan elektrod
kebumi ialah:
Kerintangan tanah
Jenis dan Dimensi Elektrod
Pengalir Pengikatan (Bonding Conductor)
Kerintangan Tanah

Komposisi dan jenis tanah banyak


mempengaruhi kerintangan tanah.
Kerintangan tanah bergantung pada jenis dan
kelembapan. Kelembaban tanah akan
mengurangakan nilai rintangan tanah. Jika
boleh elektrod pembumian dipasang atau
ditanam hingga ke ‘water table’ atau takungan
air yang kekal.
Kerintangan Tanah

 Sesetengah galian dan garam boleh


mempengaruhi nilai kerintangan tanah dan nilai
ini boleh berubah apabila musim hujan atau air
mengalir. Walaupun tambahan garam dapat
mengurangkan nilai kerintangan tanah ia tidak
digalakan kerana kekaratan atau pengurasan
(leaching).
 Oleh kerana kesukaran untuk menduga
kerintangan tanah dengan tepat maka adalah
mustahak menguji rintangan elektrod sebelum
memulatugaskan pencawang elektrik.
Kerintangan Tanah

 Sebelum memulakan kerja-kerja memasang


eletrod bumi, adalah wajar jika ujian
kerintangan tanah dilakukan untuk:
1.Mengenalpasti kawasan atau poin yang paling
sesuai untuk menambah punca elektrod jika
bacaan yang diperolehi tidak mencukupi.
2.Mengetahui jika elektrod bumi perlu ditanam
dengan lebih dalam.
3.Daripada analisa ujian kerintangan tanah,
dapat dijimatkan masa dan kos.
Cara Menguji Kerintangan Tanah
Cara yang biasa digunakan untuk menguji kerintangan tanah
adalah cara ‘line traverse’. Empat pepaku pengujian di tanam
dengan jarak yang sama ‘a’ dalam satu garisan tegak dan
kedalamam pepaku ialah a/20.
Andaikan tanah yang diuji adalah homogen, rumus untuk
mengira kerintangan tanah ialah:
Kerintangan Tanah -  ( Rho) = 2aR
dimana,
 = Kerintangan Tanah (-cm)
a = Jarak anatara pepaku pengujian (cm)
R = Rintangan yang diuji ()
Kaedah Ujian Kerintangan Tanah
Kaedah ‘Line Traverse’

Contoh: Jika ujian pertama menunjukan


R, bacaan pada alat penguji = 15
a, Jarak antara pepaku penguji = 200cm
, Kerintangan tanah = 2 x 3.142 x
200cm x 15
= 42,390 -cm
Jenis Dan Dimensi Elektrod Pembumian

Elektrod bumi merupakan komponen sistem


pembumian yang menyentuh terus dengan jisim bumi
dan memberi laluan untuk pengaliran arus litar pintas.
Dalam sistem ‘dibumikan’ (earthed system), arus
kerosakan boleh mencapai nilai yang tinggi untuk
masa yang singkat oleh itu elektrod bumi mesti
mempunyai luas keratan rentas yang cukup untuk
membawa arus ini.
Rintangan elektrod bumi terdiri dari
komponen-komponen tersebut:

 Nilai rintangan elektrod dan penyambung


 Nilai rintangan sentuh antara elektrod bumi dan tanah sekeliling elektrod
 Kerintangan tanah

Elektrod pembumian biasanya dibuat dari logam yang mempunyai keberaliran


(conductivity) tinggi seperti tembaga atau disalut tembaga dan mempunyai
keratan rentas yang cukup supaya nilai rintangan amat rendah. Logam yang
biasa digunakan ialah tembaga, keluli bergalvani, keluli tidak karat (stainless
steel) dan besi tuang ( cast iron).
Ciri-ciri Elektrod Bumi

 Luas keratan rentas yang cukup


 Mempunyai kekuatan mekanikal
 Keberaliran (conductivity) tinggi
 Tidak mudah karat atau kakis dengan keadaan cuaca

Apabila mengatuk atau memacak elektrod bumi,


pastikan elektrod dan tanah sekeliling mempunyai
rintangan sentuhan yang baik kerana pengaliran
arus dari elektrod bumi ke jisim bumi bergantung
pada nilai rintangan sentuhan ini.
Ciri-ciri Elektrod Bumi
Eketrod bumi mempunyai beberapa bentuk
seperti rod tegak (vertical rods), plat
(plate) dan pengalir mendatar (horizontal
conductors) seperti pita tembaga dan
tembaga beranyam (braided copper).
Ciri-ciri Elektrod Bumi
Eketrod bumi mempunyai beberapa bentuk
seperti :
• rod tegak (vertical rods),
• plat (plate) dan
• pengalir mendatar (horizontal conductors)
seperti pita tembaga dan tembaga beranyam
(braided copper).
Ciri-ciri Elektrod Bumi
Apabila mengatuk atau memacak elektrod bumi,
pastikan elektrod dan tanah sekeliling
mempunyai rintangan sentuhan yang baik
kerana pengaliran arus dari elektrod bumi ke
jisim bumi bergantung pada nilai rintangan
sentuhan ini.
Elektrod yang biasa digunakan ialah:
Rod Tembaga - 16mm x 1.86M (5/8” x 6’)
Paip Besi Bergalvani - 51mm x 3.1 (2’’ x 10’)

Rod tembaga boleh dipanjangkan dengan menggunkan pengganding


loyang (brass coupler) manakala paip besi tidak boleh.

Jarak antara dua poin elektrod adalah dua kali ganda kedalaman
elektrod
Contoh:
Jika elektrod yang ditanam adalah 12 kaki maka poin seterusnya
adalah
2 X 12 = 24 kaki
Pengalir Pengikatan

Pengalir pembumian mesti mempunyai luas keratan


yang mencukup untuk menampung arus yang tinggi
mengalir tanpa melebur semasa berlaku kerosakan.
Oleh kerana ‘short-time rating’ alatsuis voltan tinggi
adalah 3 saat maka pengalir pembumian mesti
menahan arus kerosakan selama masa ‘short-time
rating’ iaitu 3 saat.
Pengalir Pengikatan

 Pengalir pengikatan menyambung bingkai atau


rangka peralatan dalam pencawang atau poin
neutral alatubah ke rangkaian pembumian,
yang dipasang di sekeliling pencawang.
Penyambungan semua pengalir dengan
rangkaian pembumian pencawang juga mesti
mempunyai rintangan sentuhan yang paling
rendah.
Pengalir Pengikatan
 Kadaran pengalir pengikatan dikira dengan
berpandu pada suhu ambient 300 C, masa arus
kerosakan 3 saat dan suhu maxima yang melebihi
3000 C.
 Dalam keadaan sistem biasa atau normal, pengalir
pengikatan berada pada voltan sifar (0V) kerana
disambung pada sistem pembumian. Apabila
berlaku kerosakan dan arus kerosakan mengalir
melalui pengalir ke bumi, kemungkinan akan
berlaku perbezaan potensi dan terdedah kepada
‘potensi sentuh’.
Pengalir pengikatan yang biasa digunakan
ialah:

 Dawai Besi Bergalvani 7/10 SWG


 Pengalir Tembaga 0.1mm2
 Pita Tembaga 3mm x 25.4mm (1/8’’ x 1’’) – untuk
P/E 11kV
 Pita Tembaga 6mm x 40mm (1/4‘’ x 1 1/2’’) - untuk
PPU 33/11kV
Cara Cara Penyambungan Pengalir Dan
Letrod Bumi

Keberkesanan penyambungan pengalir pada


rangka peralatan dan elektrod bumi banyak
mempengaruhi nilai rintangan sentuhan (contact
resistance) dan pengalir arus.

Cara penyambungan:
Brazing, Pretining, Bol & Nat, Soketing
Brazing
Cara membuat
penyambungan dengan
menggunakan silver silfos.
Cara ini memberi
kekuatan, keterusan yang
lebih baik yang pada
sambungan dan nilai
rintangan sentuhan yang
rendah.
Pretining

Juga dikenali bagai sweating. Pretining


dilakukan pada permukaan pita tembaga dengan
membuat satu salutan dengan pateri di tempat
penyambungan untuk memberi keterusan yang
lebih baik dan pita tembaga tidak beroxida
apabila menggunakan bol dan nat.
Bol & Nat

Cara ini murah dan cepat


untuk disiapkan tetapi bol
& nat mesti diikat dengan
kuat untuk memberi
keterusan yang baik dan
kurangkan nilai rintangan
sentuhan.
Soketing & Pengeritingan
(Crimping)
Cara ini biasanya dilakukan
untuk tamatan pengalir
pengikatan seperti dawai
besi bergalvani 7/10 atau
pengalir bersalut tembaga
pada rangka alatsuis,
pengubah dan struktur.
Cara soketing dilakukan
dengan mengisi soket
dengan larutan timah dan
cara
pengeritingan dilakukan
menggunakan alat khas.
PENGUJIAN RINTANGAN ELEKTROD
BUMI
Rintangan rangkaian elektrod-elektrod bumi yang
disambung secara selari di pencawang diuji untuk
dua sebab iaitu:
~ Mengetahui nilai rintangan rangkaian pembumian
adalah seperti kehendak specifikasi sebelum
memulatugas pencawang

~ Semasa senggaraan pencawang untuk


memastikan nilai rintangan rangkaian pembumian
tidak berubah daripada nilai asal semasa
memulatugas pencawang.
PENGUJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

 Cara pengujian rintangan elektrod pembumian di


pencawang pembahagian yang biasa dijalankan ialah
cara “Fall-Of-Potential” dengan menggunakan alat
penguji rintangan pembumian empat terminal.
 Cara pengujian ini dianggap asas bagi pengukuran
nilai rintangan elektrod pembumian dan sesuai bagi
rangkaian pembumian kecil dan sederhana.
 Alat penguji rintangan bumi empat terminal
mempunyai dua terminal potensi iaitu P1 & P2 dan
dua terminal arus, C1 & C2.
Penguji Rintangan Bumi Empat Terminal

PENGUJI RINTANGAN ELEKTROD BUMI

C1 P1 P2 C2
Cara Menguji
1.Pilih salah satu poin atau elektrod dari rangkaian
pembumian untuk diuji.
2.Tanam pepaku pengujian arus (C2) 150 kaki dari
elektrod pengujian. Tarik pengalir pengujian dan
sambungkan pada punca C2 di alat pengujian.
3.Tanam pepaku pengujian potensi (P2) 75 kaki
diantara elektrod dan pepaku arus C2. Tarik pengalir
pengujian dan sambungkan pada punca P2 di alat
pengujian.

Nota:
Untuk mendapat bacaan yang tepat pastikan pepaku
arus, pepaku potensi dan elektrod berada dalam satu
garisan lurus
Cara Menguji
4. Sambungkan (loop) punca P1 dan C1 pada alat
pengujian dan tari pengalir pengujian dan sambung
pada elektrod.
5. Mulakan ujian pertama dan catatkan bacaan.
6. Alihkan pepaku potensi, P2 20 kaki kehadapan (55 kaki)
dan mulakan ujian kedua dan catatkan bacaan.
7. Alihkan pepaku potensi, P2 20 kaki kebelakang 20 kaki
(95 kaki) dan mulakan ujian ketiga dan catatkan bacaan.
8. Dapatkan purata bacaan dari ketiga-tiga nilai bacaan
tadi untuk mendapatkan nilai rintangan elektrod
pembumian.
Sekian
Terima Kasih

You might also like