Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 67

MYGaya Hidup Terkini

1.0 Pengenalan

Sejak tahun 1980, merokok telah dikenalpasti sebagai satu faktor risiko bersama
(common risk factor) untuk penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular,
kanser dan penyakit kronik obstruktif paru-paru, serta penyakit kesihatan oral1.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan penggunaan tembakau seperti merokok
akan menyebabkan kematian seramai 6 juta orang setahun2. Separuh daripada perokok
akan mengalami kematian pra-matang akibat merokok.

Menurut kajian Global Youth Tobacco Survey (GYTS)


2009, hampir separuh (46.7%) pelajar lelaki pernah
mencuba rokok sebelum umur 16 tahun, manakala 12.4%
pelajar perempuan pernah mencuba rokok sebelum umur 16
tahun3. Kajian ini juga menunjukkan bahawa prevalen perokok
semasa dalam kalangan pelajar berumur 13-15 tahun adalah
18.2% (pelajar lelaki 30.9%, pelajar perempuan 5.3%).

Malaysia adalah salah sebuah negara yang telah menandatangani perjanjian


antarabangsa WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang telah
berkuatkuasa sejak 2005. Seiringan dengan itu juga, satu Pelan Strategik Kawalan
Tembakau Kebangsaan 2015-2020 juga telah diwujudkan. Di antara misinya adalah untuk
mewujudkan generasi Malaysia bebas tembakau.

Perkhidmatan pergigian di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk


menyumbang kepada pencegahan dan intervensi faktor risiko merokok ini. Menurut Laporan
Kesihatan Oral Sedunia 20034, perkhidmatan kesihatan pergigian boleh memainkan
peranan kerana:

a. Kesan merokok menyebabkan kerosakan gigi dan periodontal


b. Perkhidmatan ini mempunyai akses kepada kanak-kanak dan berpeluang untuk
mempengaruhi mereka sebelum ketagihan nikotin menjadi lebih serius
c. Anggota perkhidmatan kesihatan pergigian mampu meningkatkan motivasi perokok
untuk berhenti dengan menunjukkan kesan sebenar merokok pada gigi dan mulut
Intervensi perkhidmatan kesihatan pergigian boleh menunjukkan kesan
d. intervensi yang sama efektif dengan anggota kesihatan yang lain.

Rujukan
1. WHO1980. Risk factors and comprehensive control of chronic diseases. Geneva: World Health Organization
2. WHO 2015. Tobacco Fact Sheet No 339. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs339/en/
3. Malaysia Global Youth Tobacco Survey (GYTS) Fact Sheet. 2009.
http://nccd.cdc.gov/gtssdata/Ancillary/DataReports.aspx?CAID=1
4. Petersen PE. The World Oral Health Report 2003. Continuous improvement of oral health in the 21st century and the approach of
the World Health Organization Global Oral Health Programme. Geneva, World Health Organization, 2003.
2
2.0 Konsep dan Justifikasi Program

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957.


Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk
memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka
tamat zaman persekolahan. Jururawat Pergigian dan Pegawai Pergigian bertanggungjawab
memeriksa dan merawat kesihatan oral murid-murid tersebut. Perkhidmatan Kesihatan
Pergigian Sekolah disampaikan samada melalui Klinik Pergigian Sekolah, Pasukan
Pergigian Bergerak atau Klinik Pergigian Bergerak.

Perkhidmatan pergigian di sekolah dijalankan secara tahunan. Ini bermakna pelajar yang
sama akan mendapat intervensi dan pengukuhan mesej tidak merokok dari tahun ke
tahun. Program yang berterusan sebegini mampu menyumbang ke arah pembentukan
generasi Malaysia bebas tembakau.

Perkhidmatan kesihatan pergigian mempunyai potensi yang besar untuk


mempengaruhi pelajar yang merokok untuk berhenti merokok. Pelajar dapat
menerima nasihat daripada anggota perkhidmatan kesihatan pergigian kerana
pemeriksaan dapat menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan oral. Pelajar juga tidak
merasakan beban masalah disiplin apabila berbincang dengan anggota perkhidmatan
kesihatan pergigian.

Pelaksanaan Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah ini dapat menyumbang ke arah penurunan
prevalen merokok dalam kalangan pelajar. Intervensi ringkas yang berdasarkan konsep
5A dan 5R bukan sahaja dapat meningkatkan kadar pengesanan pelajar yang merokok, malah
ia juga berpotensi untuk meningkatkan motivasi pelajar yang merokok untuk berhenti
merokok. Kaedah intervensi ringkas dapat menambah nilai perkhidmatan kesihatan pergigian
di sekolah, tanpa meningkatkan beban hakiki sedia ada.

3
3.0 Objektif Program

1. Objektif umum
Untuk menurunkan prevalen merokok dalam kalangan pelajar sekolah
menerusi pencegahan dan intervensi kepada pelajar.

2. Objektif khusus
 Untuk mengetahui status merokok dalam kalangan pelajar menerusi
saringan.

 Untuk memberikan pencegahan dan intervensi ringkas kepada pelajar untuk


menghindari / berhenti merokok.

 Untuk menggalakkan pelajar yang telah mula merokok untuk berhenti


merokok menerusi intervensi lanjutan.

4
4.0 Pelaksanaan Program

Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah


Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah dilaksanakan dengan kerjasama di antara Bahagian
Kesihatan Pergigian, Bahagian Kawalan Penyakit (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini akan dilakukan sewaktu perkhidmatan
pergigian sekolah dijalankan.

Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian utama iaitu:

1. Saringan dan Intervensi Ringkas

2. Intervensi Lanjutan Untuk Pelajar Yang Merokok

Pelaksanaan saringan dan intervensi ringkas adalah berdasarkan konsep 5A dan 5R dan
intervensi lanjutan menggunakan modul yang berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan
Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi
Perkhidmatan Pergigian Sekolah.

5
4.1 Carta Alir Pelaksanaan Program

Mula

SARINGAN
Menentukan status
merokok pelajar

Perokok Semasa Bekas Perokok Perokok Pasif Bukan Perokok


Current Smoker Ex-Smoker Passive Smoker Non Smoker

PENCEGAHAN DAN INTERVENSI RINGKA oleh Jururawat / Pegawai Pergigian


1. Sewaktu rawatan pergigian
2. Sewaktu Pendidikan kesihatan pergigian

Pemantauan di
tahun hadapan

INTERVENSI LANJUTAN
Pelajar berhenti merokok
Secara berkumpulan atau individu
oleh Pakar Pergigian Kesihatan
Awam atau Pegawai Pergigian Pelajar masih merokok

Rujuk kepada kaunselor sekolah untuk program


Tamat
intervensi kaunselor bersama MySihat

6
4.2 Saringan

Tujuan proses saringan adalah untuk mengenalpasti status merokok para pelajar. Proses
saringan boleh dilakukan sewaktu pemeriksaan gigi pelajar. Soalan ringkas yang perlu
ditanya ialah:

a. Adakah anda merokok ?

b. Adakah anda pernah merokok ?

c. Adakah anda terdedah kepada asap rokok di rumah dan persekitaran?

Pelaksanaan soalan saringan boleh dilakukan secara informal, mengikut kesesuaian dan
peringkat umur pelajar. Hasil soalan saringan merokok, status merokok pelajar boleh
ditentukan seperti carta alir berikut:

Pemerhatian juga boleh membantu menentukan status merokok pelajar. Tanda-tanda yang
mungkin didapati adalah:

a. Bau rokok pada pernafasan / pakaian

b. Stain nikotin – perubahan warna pada gigi disebabkan stain nikotin

c. Smoker’s lip – bibir gelap / hitam disebabkan merokok

d. Smoker’s palate – keputihan pada lelangit mulut

7
Definisi status merokok pelajar yang digunapakai di sini adalah,

Status Merokok Definisi

Seseorang yang merokok sekurang-kurangnya satu


Perokok Semasa
rokok dalam tempoh 7 hari yang lalu

Seseorang yang tidak merokok untuk 6 bulan


Bekas Perokok
lepas atau lebih

Seseorang yang tidak merokok secara terus tetapi


Perokok Pasif terdedah kepada asap rokok di rumah sahaja

Bukan Perokok Seseorang yang tidak pernah merokok

Hasil saringan hendaklah dicatatkan di dalam borang PPIM 01-2016 (Apendiks A) yang
dicop pada rekod pergigian pelajar (Kad Rawatan Pesakit Am / Sekolah L.P.8-1 Pin.7/97).

8
4.3 Pencegahan dan Intervensi Ringkas

Intervensi ringkas adalah amalan yang mengenalpasti masalah merokok dalam masa yang
singkat dan menggunakan nasihat kesihatan yang ringkas untuk meningkatkan motivasi
penerima untuk mengatasi masalah tersebut.

Kaedah intervensi ringkas yang sering digunakan untuk merokok adalah kaedah 5A. Kajian
menunjukkan bahawa kaedah 5A mampu meningkatkan peluang seseorang perokok untuk
berhenti merokok, walaupun ianya adalah intervensi ringkas. Komponen kaedah 5A
adalah seperti berikut:

a. Ask Tanyakan status merokok pada setiap peluang yang ada

b. Advise Galakkan perokok untuk berhenti merokok dengan nasihat yang


efektif, jelas dan personal

c. Assess Tentukan keinginan dan kesediaan perokok untuk berhenti merokok

d. Assist Bantu tingkatkan motivasi perokok untuk berhenti dengan jayanya

e. Arrange Aturkan intervensi lanjutan untuk perokok mendapatkan khidmat


berhenti merokok yang sesuai. Pantau perkembangan perokok agar dapat
mengikuti sasaran berhenti merokok

Terdapat juga adaptasi kepada kaedah 5A, iaitu kaedah 3A (Ask, Advise, Arrange) dan
juga kaedah ABC (Ask, Brief advise, refer to Cessation).

Pencegahan merokok dan intervensi ringkas berhenti merokok dilakukan pada dua waktu
iaitu:

a. Sewaktu pemeriksaan / rawatan pergigian pelajar individu

b. Sewaktu pendidikan kesihatan pergigian secara berkumpulan kepada pelajar

9
Pencegahan dan intervensi ringkas sewaktu pemeriksaan / rawatan pergigian pelajar individu
adalah berdasarkan status merokok pelajar:

Status Merokok Nasihat Ringkas

 Merokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain


 Merokok menyebabkan gigi cepat rosak
Bukan Perokok  Merokok menyebabkan kulit muka menjadi kusam
dan  Merokok menjadikan pernafasan menjadi semput
Perokok Pasif  Jangan mencuba rokok
 Jangan jadi mangsa kepada ketagihan tembakau / nikotin
 Jauhkan diri dari asap rokok, jangan hidu asap rokok basi

 Tahniah kerana berjaya berhenti merokok


Bekas Perokok  Kekalkan semangat untuk tidak merokok lagi
 Ingatkan keburukan merokok (seperti di atas)

Merokok merupakan ketagihan kepada nikotin,


namun ketagihan ini boleh diatasi.

 Banyak kebaikan untuk berhenti merokok sekarang:


a. Gigi bertambah bersih
b. Kesihatan mulut bertambah baik
c. Paru-paru semakin cergas dan kuat
Perokok Semasa d. Kulit tidak lagi kusam
e. Dapat jimatkan wang
f. Risiko mendapat penyakit berkurangan (kanser paru- paru,
penyakit jantung, kanser mulut, dan lain-lain)
g. Dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran

 Tingkatkan semangat untuk berhenti merokok.

Bagi meningkatkan motivasi perokok untuk berhenti merokok, teknik pendekatan 5R lazim
digunakan (Apendiks C).

10
Pencegahan dan intervensi ringkas merokok sewaktu taklimat pergigian secara
berkumpulan kepada pelajar:

Slaid 1

Slaid 2

Slaid 3

Sekurang-kurangnya tiga (3) dari tujuh (7) slaid Powerpoint yang telah disediakan
ditambah di dalam taklimat pergigian yang diberikan kepada para pelajar secara
berkumpulan (Apendiks D). Penekanan diberikan untuk meningkatkan pengetahuan / fakta
tentang bahaya rokok kepada pelajar agar pelajar dapat membuat pertimbangan untuk
menghindari / berhenti merokok. Penyampaian adalah di dalam bahasa yang mudah
difahami oleh semua peringkat umur pelajar.

11
4.4 Intervensi Lanjutan Pelajar Yang Merokok

Bagi pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti sebagai perokok semasa, satu intervensi lanjutan
akan diberikan. Intervensi lanjutan ini bertujuan untuk membantu pelajar- pelajar yang
merokok untuk berhenti merokok.

Intervensi boleh dilakukan di dalam bentuk berkumpulan atau secara individu.


Intervensi adalah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pencegahan dan
Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian
Sekolah (Apendiks H). Terdapat 8 topik utama di dalam modul ini.

Pelajar yang merokok perlu menjalankan intervensi ini sekurang-kurangnya 3 kali


setahun. Intervensi secara berkumpulan boleh dilakukan secara kolektif dalam satu daerah,
di mana pelajar-pelajar dari beberapa sekolah di dalam satu daerah boleh dikumpul
bersama.

Kerjasama pihak sekolah adalah penting untuk menjayakan intervensi lanjutan ini. Walau
bagaimana pun, pelajar yang mempunyai kriteria berikut perlu dirujuk kepada pihak
kaunselor sekolah masing-masing untuk tindakan susulan oleh pihak sekolah.

Kriteria pelajar untuk dirujuk kepada kaunselor sekolah adalah:

a. Pelajar masih lagi merokok dan tidak berminat untuk berhenti merokok atau tidak
menunjukkan keinginan untuk berhenti merokok setelah beberapa kali menjalani
intervensi lanjutan.

b. Pelajar mempunyai masalah sosial seperti penggunaan dadah terlarang atau / dan
masalah disiplin yang lain.

Untuk tujuan rekod, fail khas perlu diwujudkan untuk menyimpan dokumen dan
maklumat intervensi lanjutan yang dilaksanakan kepada setiap pelajar yang terlibat. Semua
anggota yang dipertanggungjawabkan perlu memastikan dokumen ini disimpan
ditempat yang selamat dengan akses yang terhad bagi memastikan keselamatan
dokumen terkawal.

12
4.5 Laporan Pencapaian Program

Semua maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan perlulah direkod dan dilaporkan pada
setiap peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah dan negeri. Laporan boleh dibahagikan
seperti berikut:
a. Aktiviti saringan dan intervensi ringkas

b. Aktiviti intervensi lanjutan

1. Aktiviti Saringan dan Intervensi Ringkas


 Data status merokok pelajar perlu diwujudkan bagi memudahkan
pengumpulan data peringkat sekolah. Borang PG 307 yang diubahsuai dengan
menambah kolum Status Merokok (perokok semasa, bekas perokok,
perokok pasif dan bukan perokok) boleh digunakan untuk memudahkan
pengumpulan data.

 Laporan hasil dari saringan perlu dikemukakan dengan menggunakan Borang


PPIM 03-2016 (Rekod Saringan dan Intervensi (Appendik I) setiap kali
selesai sekolah. Rekod peringkat daerah perlu dikemukakan kepada Pejabat
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) setiap bulan sebelum 5
haribulan bulan yang berikutnya.

 Anggota yang dipertanggungjawabkan di peringkat negeri akan


mengumpulkan pencapaian setiap 6 bulan dan mengemukakan kepada
Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia
(Cawangan Penggalakan Kesihatan Pergigian) sebelum 10 haribulan pada
bulan Julai (pencapaian bulan Januari sehingga Jun tahun semasa) dan
bulan Januari (pencapaian bulan Julai sehingga Disember tahun sebelum).
Sesalinan laporan hendaklah juga dikemukakan kepada Pegawai
Epidemiologi, Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri
masing-masing. Pegawai Epidemiologi Negeri akan memanjangkan kepada
Pegawai Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Aktiviti Intervensi Lanjutan


 Senarai pelajar yang terlibat dalam intervensi lanjutan untuk setiap
sekolah perlulah direkod dalam Borang PPIM 04-2016 iaitu Daftar
Intervensi Lanjutan Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui
Perkhidmatan Pergigian Sekolah adalah SULIT (Apendiks J). Daftar ini
menyenaraikan pelajar-pelajar yang dikenalpasti sebagai perokok semasa
dan penglibatan mereka dalam intervens lanjutan. Maklumat

13
dalam borang ini adalah SULIT dan terhad kepada Pegawai Pergigian dan
pembantu yang mengendalikan intervensi lanjutan.

 Laporan berkaitan murid-murid yang terlibat dalam intervensi lanjutan


dilaporkan melalui Borang PPIM 05-2016 iaitu berkaitan. Rekod
Intervensi Lanjutan Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui
Perkhidmatan Pergigian Sekolah (Apendiks K). Rekod ini dikemukakan
selepas intervensi lanjutan selesai di sekolah tersebut. Rekod peringkat daerah
perlu dikemukakan ke peringkat negeri di Pejabat Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri (Pergigian) setiap bulan sebelum 5 haribulan pada
bulan yang berikutnya. Anggota terlibat di Pejabat Timbalan Pengarah
Kesihatan Negeri (Pergigian) akan mengumpulkan pencapaian setiap 6
bulan dan mengemukakan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum 10 haribulan pada bulan Julai
(pencapaian bulan Januari sehingga Jun tahun semasa) dan bulan Januari
(pencapaian bulan Julai sehingga Disember tahun sebelum). Sesalinan
pencapaian hendaklah juga dikemukakan kepada Pegawai Epidemiologi,
Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan.

14
Ringkasan Penyaluran Laporan Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah.

Peringkat Aktiviti Saringan dan Aktiviti Intervensi Lanjutan Pegawai


Intervensi Ringkas bertanggungjawab
Sekolah Rekod status individu pelajar Borang PPIM 04-2016 Pegawai Pergigian
di PG307 (diubahsuai) Borang PPIM 05-2016 / Jururawat Pergigian
Borang PPIM 03-2016  Kemukakan kepada Pejabat
kemukakan kepada Pejabat Pergigian Daerah selepas
Pergigian Daerah sama seperti intervensi lanjutan selesai di
laporan HIMS yang lain sekolah

Daerah Borang PPIM 03-2016 Borang PPIM 05-2016 Penyelia / Ketua


 kemukakan kepada Pejabat  kemukakan kepada Pejabat Jururawat Pergigian
TPKN(G) sebelum 5hb bulan TPKN(G) sebelum 5hb bulan yang menyediakan
yang berikutnya. (Kes baru yang berikutnya. Laporan
hendaklah sama dengan HIMS peringkat daerah
jumlah kes baru program
pergigian incremental dalam
Laporan HIMS daerah)

Negeri Borang PPIM 03-2016 Borang PPIM 05-2016 Penyelia Jururawat Unit
 kemukakan data setiap 6 bulan  kemukakan data setiap 6 Promosi / anggota lain
kepada Bahagian Kesihatan bulan kepada Bahagian yang menyediakan
Pergigian, sesalinan kepada Kesihatan Laporan
Pegawai Epidemiologi, Unit Pergigian, sesalinan kepada HIMS peringkat negeri
Penyakit Tak Berjangkit, JKN. Pegawai Epidemiologi, Unit
Bagi bulan Januari sehingga Penyakit Tak Berjangkit,
Jun (hantar sebelum 10 Julai) JKN. Bagi bulan Januari
dan bagi bulan Julai sehingga sehingga Jun (hantar sebelum
Disember (hantar sebelum 10 10 Julai) dan bagi bulan
Januari tahun berikutnya) Julai sehingga Disember
(hantar sebelum 10 Januari
tahun berikutnya)

15
5.0 Apendiks

Apendiks A Borang PPIM 01-2016


Rekod Saringan Merokok

Apendiks B Borang PPIM 02-2016


Borang Penilaian Tabiat Merokok (Intervensi Lanjutan)

Apendiks C Teknik Pendekatan 5R

Apendiks D Slaid-Slaid Taklimat Pendidikan Kesihatan Pergigian

Apendiks E Kaedah DEAD Pointer

Apendiks F Borang Ujian Fagerstrom

Apendiks G Interpretasi Markah Ujian Fagerstrom dan Tindakan Susulan

Apendiks H Modul Intervensi Lanjutan

Apendiks I Borang PPIM 03-2016


Rekod Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan
Pergigian Sekolah

Apendiks J Borang PPIM 04-2016


Daftar Intervensi Lanjutan Di Sekolah Program Saringan dan
Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Apendiks K Borang PPIM 05-2016


Rekod Intervensi Lanjutan Program Saringan dan intervensi
Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah

16
Apendiks A
Borang PPIM 01-2016

REKOD SARINGAN MEROKOK


TAHUN
KELAS
STATUS MEROKOK
Perokok Semasa
Bekas Perokok
Perokok Pasif
Bukan Perokok
TANDA-TANDA MEROKOK
Bau Rokok
Stain Nikotin
Smoker’s Lip
Lelangit Perokok
KESEDIAAN UNTUK BERHENTI MEROKOK
Ya
Tidak
DIRUJUK UNTUK INTERVENSI LANJUTAN
Ya
Tidak

Format ini disediakan dalam bertuk cop bersaiz : 87mm (lebar) × 117mm (tinggi)

17
Apendiks B
Borang PPIM 02-2016

Borang Penilaian Tabiat Merokok (Intervensi Lanjutan)

Nama Pelajar: .............................................. Sekolah: .....................................

Untuk diisi oleh pelajar sewaktu intervensi lanjutan. (Merokok bermaksud menghisap atau
menghembus asap / wap hasil tembakau atau bahan-bahan lain).

Bagi soalan yang bertanda *, anda boleh memilih lebih dari satu jawapan.

1. Berapa lama anda telah merokok? bulan


tahun (rokok / rokok eletronik / sisha & lain-lain)

2. Berapa batang rokok anda hisap sehari @ berapa kali anda mengambil rokok eletronik
/ sisha / lain lain.................(nyatakan)?
batang / kali sehari

*3. Sumber mendapatkan bekalan rokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain :


 Beli sendiri kongsi  Melalui ahli keluarga
dengan kawan
 Melalui kawan-kawan Lain-lain : Nyatakan

*4. Apakah faktor yang menyebabkan anda mula menghisap rokok / rokok eletronik
/ sisha / lain-lain?
 Pengaruh kawan  Pengaruh keluarga yang merokok
 Stres / tekanan perasaan  Perasaan ingin mencuba
 Lain-lain : Nyatakan

*5. Di manakah biasanya anda merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?


 Di rumah  Di sekolah  Di kompleks membeli-belah
 Di kedai makan  Di perhentian bas  Lain-lain :

*6. Pada waktu bilakah anda biasa merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain?
 Ketika stres / tekanan  Ketika waktu bosan / tiada aktiviti
 Selepas makan  Ketika lepak / santai bersama kawan
 Sewaktu belajar  Lain lain:

*7. Dengan siapakah biasanya anda merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?
 Seorang diri sahaja  Bersama ahli keluarga
 Bersama kawan  Lain -lain:
18
8. Adakah ahli keluarga yang serumah dengan anda merokok / rokok eletronik / sisha /
lain-lain ?
 Tidak  Ya : (Nyatakan siapa: )

9. Pernahkah anda cuba berhenti merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?


 Tidak pernah  Ya : (Berapa kali anda mencuba? kali)

10. Adakah anda mahu berhenti merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain
sekarang ?
 Tidak  Ya, saya mahu berhenti merokok

11. Adakah anda perlukan bantuan untuk berhenti merokok / rokok eletronik / sisha
/ lain-lain ?
 Tidak  Ya

*12. Selain dari merokok, adakah anda pernah mencuba sebarang dadah jenis lain?
 Tidak
 Ya (Nyatakan) 
 Ketum  Gam  Ice / syabu /ectasy
 Ganja  Heroin  Lain:

Skor ujian Fagerstrom : markah

Tahap ketagihan nikotin :  Rendah  Sederhana  Tinggi

19
Apendiks C

Teknik Pendekatan 5R (Teknik 5R)

Teknik 5R lazim digunakan bagi meningkatkan motivasi perokok untuk berhenti


merokok. Komponen 5R adalah seperti berikut:

1. Relevance Bantu perokok untuk mengenalpasti kenapa berhenti merokok


adalah satu tindakan yang sangat berkaitan dengan beliau.
Contohnya berkaitan kesihatan fizikal / emosi diri, kewangan,
hubungan keluarga/sosial dan sebagainya.

2. Risk Galakkan perokok untuk kenal pasti kesan-kesan buruk akibat


perbuatan merokok.

3. Rewards Galakkan perokok untuk kenal pasti kebaikan sekiranya beliau


berjaya berhenti merokok.

4. Roadblocks Bantu perokok untuk kenal pasti halangan yang mungkin


menyebabkan kesukaran untuk berhenti merokok. Senaraikan
halangan-halangan ini dan bincangkan cara-cara yang terbaik untuk
mengatasinya.

5. Repetition Gunakan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan motivasi


perokok agar terus cekal berusaha sehingga berjaya mencapai status
bebas tembakau. Ulangi nasihat dan mesej berhenti merokok
setiap peluang yang ada.

20
Apendiks D

Slaid-Slaid Taklimat Pendidikan Kesihatan Pergigian

Slaid 1

Slaid 2

21
Slaid 3

Slaid 4

Kanser payu dara

22
Slaid 5

Slaid 6

23
Slaid 7

24
Apendiks E

Kaedah DEAD Pointer

D - Delay (Melengahkan)

 Sengaja melengah-lengahkan masa untuk menyalakan / menghisap rokok dengan


melakukan kerja lain sehingga rasa gian hilang

E - Escape (Melepaskan diri)

 Contoh melakukan aktiviti di kawasan larangan merokok atau menghindarkan diri


dari kumpulan yang sedang merokok

A - Avoid (Mengelak)

 Mengelak dari apa-apa kaitan dengan rokok


 Tidak mengelak pekara yang dapat membantu berhenti merokok

D - Distract (Mengalihkan fikiran)

 Teknik relaksasi – teknik pernafasan, urutan, meditasi


 Fokus minda kepada pelajaran, hobi atau keluarga
 Melakukan perkara lain seperti kerja sekolah, kerja-kerja rumah dan membantu
keluarga

25
Apendiks F

Borang Ujian Fagerstrom

Borang Penilaian Tabiat merokok


Nama Pelajar:................................... .............. Sekolah:.....................................

Sila pilih satu jawapan yang paling sesuai untuk setiap soalan berikut:

1.Berapa cepatkah anda menghisap rokok yang pertama selepas bangun dari tidur?
 Dalam masa 5 minit (3)
 6 hingga 30 minit (2)
 31 hingga 60 minit (1)
 Selepas 60 minit (0)

2.Adakah anda berasa sukar untuk tidak merokok di tempat-tempat larangan


merokok? Contohnya di sekolah, kompleks membeli belah, perhentian bas
 Ya (1)
 Tidak (0)

3. Menghisap rokok yang manakah yang paling sukar untuk anda tinggalkan?
 Yang pertama di sebelah pagi (1)
 Yang lain (0)

4. Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari?


 10 atau kurang (0)
 11 hingga 20 (1)
 21 hingga 30 (2)
 31 atau lebih (3)

5.Adakah anda lebih kerap merokok dalam jam pertama selepas bangun tidur
berbanding masa-masa lain sepanjang hari?
 Ya (1)
 Tidak (0)

6.Adakah anda masih merokok walaupun anda sakit teruk dan terpaksa berbaring di atas katil
untuk kebanyakan masa?
 Ya (1)
 Tidak (0)

Sila jumlah markah keseluruhan dengan mencampurkan semua markah dalam


kurungan, mengikut jawapan pilihan anda.
Skor ujian Fagerstrom : markah
Tahap ketagihan nikotin :  Rendah  Sederhana  Tinggi
26
Apendiks G

Interpretasi Markah Ujian Fagerstrom Dan Tindakan Susulan

Markah ujian Tahap ketagihan Tindakan


Fagerstrom

0-3 markah Ketagihan  Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk


rendah kepada nikotin pelajar membuang tabiat merokok.
 Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
kawan-kawan
 Jika perlu rujuk kepada kaunselor sekolah

4-5 markah Ketagihan sederhana  Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk klien
kepada nikotin membuang tabiat merokok
 Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
kawan-kawan
 Perlukan terapi kaunseling lebih kerap mengikut
jadual yang ditetapkan atau kaunseling individu jika
perlu.
 Rujuk kepada kaunselor sekolah jika perlu

6-10 markah Ketagihan tinggi  Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk
kepada nikotin pelajar membuang tabiat merokok
 Kaunseling secara individu
(mungkin mengalami  Perlukan kaunseling mengikut jadual yang ditetapkan atau
gejala ketagihan / lebih kerap jika perlu
gian yang kuat jika  Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan
berhenti merokok) kawan-kawan
 Rujuk kepada kaunselor sekolah untuk rawatan lanjut jika
intervensi tidak berkesan

27
Apendiks H

Modul Intervensi Lanjutan

Program Pencegahan dan Intervensi Merokok dalam Kalangan Pelajar


Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Topik 1 Pengenalan: Mengenalpasti Pelajar Yang Merokok

Topik 2 Rokok dan Ketagihan

Topik 3 Bahaya Merokok & Asap Rokok (Perokok Pasif)

Topik 4 Kebaikan Tidak Merokok dan Persepsi Remaja Tentang Rokok

Topik 5 Peruntukan Undang-Undang dan Pandangan Islam Mengenai Merokok

Topik 6 Faedah Berhenti Merokok

Topik 7 Persiapan dan Kaedah Berhenti Merokok

Topik 8 Mengatasi Keinginan Untuk Merokok (Gian) dan Mengekalkan Status Tidak
Merokok (Relapse Prevention)

28
TOPIK 1: PENGENALAN: MENGENALPASTI PELAJAR YANG MEROKOK

1. AKTIVITI
Mengisi Borang Penilaian Tabiat Merokok Intervensi Lanjutan: Borang PPIM 02-
2016 (Apendiks B) dan borang skor Fagerstrom (Appendiks F) untuk pelajar yang
dikenalpasti merokok

2. OBJEKTIF
i) Penilaian peserta Penilaian
ii tabiat merokok
) Penilaian tahap ketagihan
iii nikotin
)
3. MASA
30-60 minit

4. ALAT
i) Borang PPIM 02-2016 (Apendiks B)
ii Borang Skor Fagerstrom (Apendiks F)
) Jadual interpretasi ujian Fagerstrom dan tindakan susulan (Apendiks G)
iii
)
5. LANGKAH
i) Fasilitator mengedarkan Borang Penilaian Tahap Merokok (PPIM 02- 2016)
yang akan diisi oleh semua murid yang mengikuti Intervensi Lanjutan.
Jelaskan tujuan saringan dilakukan bagi tujuan kesihatan dan bukan
hukuman. Jika intervensi dibuat secara individu fasilitator boleh mengisikan
ringkasan penilaian tersebut untuk pelajar.

ii) Seterusnya edarkan borang skor Fagerstrom untuk diisi oleh murid
(ianya menilai status merokok dan tahap ketagihan kepada nikotin. Jumlah
skor hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Penilaian Tabiat Merokok
(PPIM 02-2016). Interpretasi tahap ketagihan nikotin adalah seperti
Apendiks G.

iii Fasilitator memberi maklumat berkaitan tabiat merokok dan tahap


) ketagihan nikotin dan membuat kesimpulan bersama murid.

iv) Fasilitator mengumpul data berkaitan intervensi dan memasukkan ke dalam


reten format yang disediakan.

v) Maklumat intervensi direkodkan dalam fail khas yang disediakan untuk


pelajar yang menjalani intervensi lanjutan.

29
TOPIK 2 ROKOK DAN KETAGIHAN

1. TOPIK
i) Kandungan dalam sebatang rokok dan asapnya
ii) Nikotin dan kesan ketagihan

2. OBJEKTIF
i) Peserta akan dapat memahami kandungan rokok Mengetahui
ii) faktor utama yang menyebabkan ketagihan.

3. KAEDAH
i) Ceramah
ii) Perbincangan / Latihan dalam Kumpulan

4. PRA DAN POS UJIAN (Ikut kesesuaian peringkat umur pelajar)


Arahan: Sila tandakan (  ) pada petak yang disediakan bagi jawapan yang betul.

i) Di antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok yang


manakah menyebabkan ketagihan?
 Tar
 Plumbum
 Ammonia
 Nikotin ()
 Karbon monoksida
ii) Lima (5) kesan-kesan ketagihan rokok
 Murung ()
 Mengantuk ()
 Lesu ()
 Ceria
 Gian ()
 Cergas
 Resah gelisah ()
 Waras
 Berubah selera makan (selera meningkat)
 Kurang tumpuan

30
5. NOTA FASILITATOR

i) Jenis Rokok Dan Kandungannya:

Produk hasil tembakau yang terdapat dalam pasaran :


 Tidak terbakar (smokeless tobacco) : e-cigarette, tembakau
kunyah / hisap
 Terbakar (combustible tobacco) : rokok, rokok gulung,
cerut, rokok paip shisha, bidis

Rajah 2.1:Produk hasil tembakau

Rokok Rokok Gulung / Daun Cerut

Bidis Tembakau kunyah Shisha

Tembakau snuf / snuf Rokok elektronik Paip

31
ii) Kandungan Rokok Dan Asapnya
 7000 bahan kimia
 300 bahan toksik
 81 bahan penyebab kanser

Rajah 2.2 Antara bahan-bahan kimia di dalam rokok / asap rokok

iii) Bahan-Bahan Berbahaya Dalam Rokok:

Rajah 2.3 Bahan-bahan merbahaya dalam rokok

Karbon dioksida, nitrogen


dioksida,
hidrogen sianida, aseton
KARBON MONOKSIDA

NIKOTIN, amonia, Tolu


kresol, metanol, ena,
metopren, TAR
kadmium, ,
arsenik, sianida DDT
,
formaldehida, butana,
logam berat, nitrosamina,
uretana

32
iv) Nikotin Dan Kesan Ketagihan:

Nikotin:
 Adalah sejenis dadah yang terdapat dalam tembakau
 Bahan yang menyebabkan perokok sukar untuk berhenti
merokok
 Sampai ke otak dalam masa 7-10 saat selepas disedut Menyebabkan
 ‘kebergantungan fizikal’ - ketagihan Pengambilan yang berlebihan
 boleh menyebabkan keracunan, koma atau maut

Kesan fizikal:
 Meningkatkan degupan jantung
 Meningkatkan tekanan darah
 Penyempitan salur darah
 Meningkatkan paras asid dalam perut
 Meningkatkan paras kolesterol dalam darah (LDL)
 Pernafasan menjadi cepat dan pendek

Kesan Fisiologi:
Nikotin bertindak merangsang pengeluaran bahan kimia dalam sistem saraf
dan tubuh badan yang menghasilkan kesan fisiologi seperti di dalam Rajah
2.4:

Rajah 2.4 Pencetus neuro hasil rangsangan nikotin dan kesan-kesannya.

Dopamin Kenikmatan, penekanan selera makan

Norepinefrin Rangsangan, penekanan selera makan

Nikotin Asetikolina Rangsangan, peningkatan kognitif

Glutamat Pembelajaran, peningkatan daya


ingatan

Serotonin Modulasi ‘mood’,


penekanan selera makan

Endorfin-β Pengurangan kebimbangan dan


ketegangan

Asid aminobutirik-gama Pengurangan kebimbangan dan


ketegangan (gamma – aminobutyric
acid; GABA) 33
Pada peringkat awal, merokok memberi kesan selesa dan seronok akibat
dari rangsangan Dopamin yang dikeluarkan oleh otak. Lama kelamaan,
kebergantungan akan berlaku di mana perokok akan terus merokok untuk
mengatasi masalah ketagihan nikotin.

v) Konsep ketagihan

Seseorang menjadi ketagih merokok jika mengalami gejala berikut :


 Toleran - Keperluan untuk meningkatkan pengambilan rokok bagi
mendapatkan kesan yang sama dengan yang sebelumnya Rokok perlu
 diambil dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap berbanding
sebelumnya.
 Keinginan merokok adalah di luar kawalan perokok
 Sindrom Tarikan - Timbul tanda-tanda seperti kegelisahan,
keresahan atau cepat marah akibat kekurangan jumlah nikotin dalam
badan.
 Perokok perlu merokok bagi meningkatkan semula jumlah
nikotin dalam badan.
 Sanggup menghabiskan wang dan masa bagi memenuhi
keperluan.
 Menjejaskan pelajaran, pekerjaan dan pergaulan.
 Tahu tentang bahaya rokok tetapi tidak mampu berhenti kerana
kebergantungan yang kuat terhadap nikotin.

vi) Rajah Putaran ketagihan

Rajah 2.5 Putaran ketagihan nikotin akibat merokok

34
vii) Tar Dan Kanser
 Tar terhasil sewaktu pembakaran tembakau di dalam rokok. Ini
bermakna merokok akan menghasilkan tar di dalam asap rokok. Tar
 adalah sangat toksik dan akan merosakkan tisu paru-paru perokok di
dalam jangka masa panjang.
 Tar juga menyebabkan penurunan kesihatan oral dengan
menghitamkan gigi, merosakkan gusi dan mengurangkan
sensitiviti deria rasa lidah.
 Tar mengandungi pelbagai bahan mutagenik (merosakkan DNA
di dalam sel) dan karsinogenik (menyebabkan kanser) seperti
Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH), benzene, acrylamide
and acrylonitrile.
 Merokok (secara aktif atau pasif) akan menyebabkan sel paru- paru
terdedah kepada bahan-bahan ini dan meningkatkan risiko mendapat
kanser.

viii) Karbon Monoksida Dan Masalah Kesihatan


 Karbon monoksida adalah gas tanpa warna yang terhasil akibat
pembakaran bahan yang mengandungi asas karbon seperti
tembakau.
 Karbon monoksida diserap dengan cepat ke dalam saluran darah
dan terikat dengan molekul hemoglobin di dalam sel darah
merah.
 Hemoglobin bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke
seluruh tubuh badan, tetapi karbon monoksida bersaing dengan
oksigen ke atas reseptor di hemoglobin.
 Akhirnya sel darah merah tidak mampu membawa oksigen
sepenuhnya dan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk
memastikan sel-sel menerima oksigen di seluruh tubuh badan.
Merokok adalah penyebab utama tahap karbon monoksida tinggi
 dalam darah dan perokok mempunyai tahap karbon monoksida
10 kali ganda daripada bukan perokok.

Rajah 2.6 Karbon monoksida bersaing dengan Oksigen untuk molekul hemoglobin di
dalam sel darah merah

35
TOPIK 3 BAHAYA MEROKOK & ASAP ROKOK (PEROKOK PASIF)

1. TOPIK:
i) Padah merokok kepada pelajar / individu
ii) Penyakit yang dikaitkan dengan merokok
iii Bahaya asap rokok basi (perokok pasif)
)
2. OBJEKTIF:
i) Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar / individu
ii Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok Memahami
) kesan bahaya yang dihadapi oleh perokok pasif
iii
3. )KAEDAH:
i) Informasi dan perbincangan
ii) Perbincangan kumpulan kecil

4. PRA DAN POS UJIAN:


i) Pilih beberapa kesan akibat merokok terhadap pelajar
 Mengheret ke arah dadah dan alkohol ()
 Meningkatkan keterampilan diri
 Melanggar disiplin sekolah ()
 Disukai keluarga dan kawan
 Menjejaskan prestasi pelajaran ()
 Menjejaskan stamina ()
 Menjejaskan penampilan diri ()
 Cergas dalam sukan
 Cemerlang dalam pelajaran
ii) Tiga (3) jenis penyakit akibat merokok
 Kanser ()
 Demam kencing tikus
 Angin ahmar ()
 Demam denggi
 Penyakit jantung ()

36
5. NOTA FASILITATOR

i) Bahaya Merokok
 Merokok adalah langkah pertama ke arah:
 Penyalahgunaan dadah : 90% penagih dadah bermula dengan rokok
Pengambilan alkohol : 70% penyalahgunaan alkohol bermula
 dengan rokok
Masalah disiplin sekolah:

a) Ponteng
b) Vandalisme
c) Gangsterisme
d) Menjejaskan
 Staminaprestasi
menurun: Kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah
 akademik dan
Menjejaskan penampilan diri:
ko-kurikulum
a) Selekeh / comot
b) Nafas berbau
c) Smoker’s lip – bibir gelap / hitam disebabkan merokok
d) Gigi kuning
 Batuk
 Mempercepatkan proses penuaan (kelihatan lebih tua):
a) Kulit cepat berkedut
b) Rambut cepat beruban
 Menjejaskan kesuburan perempuan dan lelaki (mati pucuk)
 Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan keguguran janin
Pendek umur / kematian pra-matang secara purata, perokok
 kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa
Menghidap penyakit-penyakit akut
 Penyakit radang gusi
 Jangkitan saluran pernafasan
 Menghidap penyakit-penyakit kronik (keterangan lanjut di muka surat
 seterusnya)

37
ii) Penyakit-Penyakit Kronik Yang Dikaitkan Dengan Merokok

 Penyakit kanser:

Rajah 3.1 Penyakit Kanser

Kanser mulut dan lidah (3-15 kali ganda risiko)

Paru-paru (7-15 kali ganda risiko) Kanser payu dara

Kanser perut (2 kali ganda risiko) Kanser hati

38
 Penyakit-penyakit kronik lain:
Rajah 3.2 Penyakit-
penyakit Kronik

Penyakit paru-paru kronik seperti Serangan sakit jantung (1.5 - 3


‘emphysema’ (10-20 kali ganda risiko) kali ganda risiko)

Kebutaan Kerosakan buah pinggang

Angin ahmar / strok Penyakit periodontal

39
iii) Perokok Pasif Dan Bahaya Asap Rokok Pasif

 Definisi perokok pasif

Individu yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok.

Definisi oleh World Health Organization (WHO): Seseorang yang


terdedah kepada asap rokok selama sekurang-kurangnya15 minit dalam
masa 2 hari seminggu

Rokok yang menyala mengeluarkan 2 jenis asap iaitu:

a) Asap aliran utama (main-stream): asap yang dihembus


keluar oleh perokok

b) Asap aliran sisi (side-stream smoke): asap yang


dibebaskan di hujung puntung rokok yang terbakar

Kombinasi asap aliran utama dan asap aliran sisi dikenali sebagai
asap rokok pasif

Rajah 3.3 Jenis asap aliran rokok

Asap aliran utama

Asap aliran sisi

Asap rokok aliran sisi tidak tertapis dan terhasil oleh proses
pembakaran yang tidak sempurna. Kandungan bahan kimia dalam asap
rokok sisi umumnya lebih tinggi berbanding asap rokok aliran utama.

40
Di antaranya :
i) 2 X ganda kandungan Nikotin
ii) 3 X ganda kandungan Tar
iii 5 X lebih tinggi kandungan Karbon Monoksida (CO)
) 50 X lebih tinggi kepekatan bahan kimia yang boleh
iv) menyebabkan kanser

Rajah 3.4 Asap rokok basi adalah sangat berbahaya kerana tiada tahap selamat terhadap
pendedahannya

Asap Aliran
Utama Asap Aliran
disedut Utama dihembus Asap
(30%) keluar Aliran
(80%) Sisi
(70%)

Masuk Asap Rokok


paru-paru Pasif/basi
(20%)

 Risiko kesihatan perokok pasif

i) 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru 25%


ii) lebih tinggi mendapat sakit jantung Penyakit
iii) asma / lelah bertambah teruk
iv) Merencatkan perkembangan dan tumbesaran bayi di dalam
kandungan
v) Kelahiran bayi yang kurang berat badan dan/atau pra-
matang
vi) Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan
keguguran janin
vii) Meningkatkan risiko wanita untuk mendapat kanser payu dara
Kanak-kanak terdedah kepada penyakit seperti jangkitan salur
viii pernafasan dan jangkitan kuman di telinga
) Mengganggu pertumbuhan paru-paru kanak-kanak.
ix) 41
Orang-orang di sekeliling perokok akan mengalami
impak negatif apabila mereka menghisap asap rokok basi.

Kajian mendapati bahawa:

 Mereka yang tinggal bersama perokok lebih daripada 30 tahun,


adalah 30% lebih mudah mendapat demensia (nyanyuk)
berbanding dengan golongan yang tidak pernah tinggal
bersama perokok.

 Meninggikan risiko serangan jantung, terutamanya bagi


golongan berisiko tinggi berpenyakit jantung.

Rajah 3.5 Anggaran kematian akibat terdedah kepada asap basi di seluruh dunia

Rajah 3.6 Risiko kesihatan berkaitan dengan perokok pasif

42
TOPIK 4: KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN PERSEPSI REMAJA TENTANG
ROKOK

1. TOPIK
i) Kebaikan tidak merokok
ii) Persepsi remaja tentang merokok

2. OBJEKTIF
i) Mengetahui kebaikan tidak merokok
ii) Mengetahui persepsi salah remaja tentang merokok dan fakta
sebenarnya

3. KAEDAH
i) Ceramah
ii) Perbincangan

4. PRA DAN POS UJIAN


i) Lima (5) kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok:
 Kelihatan lebih segak ()
 Membosankan
 Dapat menjimatkan wang ()
 Gagal dalam pelajaran
 Tidak dapat menumpukan pada pelajaran
 Lebih ceria dan riang ()
 Runsing dan gelisah
 Lebih sihat, cergas dan berstamina ()
 Berpotensi mencapai kecemerlangan akademik ()
ii) Berikut adalah persepsi remaja tentang tabiat merokok. Sila tandakan sama
ada persepsi tersebut betul atau pun salah.
Betul Salah
 Merokok melambangkan kedewasaan
 Merokok memudahkan seseorang mendapat kawan
 Merokok merupakan sumber ilham
 Merokok melambangkan kehebatan (macho)
 Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan

43
5. NOTA FASILITATOR

i) Kebaikan Berhenti / Tidak Merokok


 Lebih segak
 Matang
 Berketerampilan
 Keyakinan diri tinggi
 Perawakan yang menarik
 Kecemerlangan akademik
 Lebih cergas dan berstamina
 Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit
 Sentiasa ceria
 Lebih disenangi orang lain
 Lebih wang saku dan dapat berjimat cermat

ii) Persepsi Tentang Merokok

Ramai pelajar masih mempunyai persepsi yang salah tentang perbuatan


merokok. Ianya mungkin akibat propaganda syarikat rokok atau pemerhatian mereka
yang tidak berdasarkan fakta yang benar. Jadual 4.1 menunjukkan persepsi yang
sering di dalam pemikiran pelajar yang merokok. Perbincangan bersama dapat
memberi kesedaran kepada pelajar tentang fakta sebenar perbuatan merokok.

Jadual 4.1 Persepsi remaja yang salah tentang merokok

Bil Persepsi salah Fakta sebenar


1. Merokok melambangkan Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih matang dan
kedewasaan dewasa. Kedewasaan bukan diukur dengan perbuatan
merokok.

Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin pada diri


sendiri.

2. Dengan merokok Apa guna mendapat kawan sekiranya memberi pengaruh


seseorang itu mudah negatif terhadap anda.
dapat kawan
Dengan tidak merokok, remaja akan mendapat ramai kawan yang
baik kerana majoriti remaja tidak merokok.

3. Merokok boleh Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan kelangsingan


mengekalkan badan.
kelangsingan badan

44
Cara yang betul ialah dengan bersenam dan mengamalkan
pemakanan yang sihat.

Ini akan menjadikan remaja lebih sihat dan terhindar daripada


berbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan lain-
lain.

4. Merokok melambangkan Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah ciptaan palsu
kehebatan (macho) bagi yang diketengahkan oleh pengeluar rokok melalui iklan.
lelaki dan bergaya (trendy)
untuk perempuan Sebenarnya perokok kelihatan lebih selekeh, nampak tua dan nafas
berbau busuk.

5. Merokok merupakan Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham tetapi hanya


sumber ilham sekadar meredakan ketagihan.

Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat


berfikir secara produktif.

45
TOPIK 5: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PANDANGAN ISLAM
MENGENAI MEROKOK

1. TOPIK
i) Peruntukan undang-undang Pandangan
ii) Islam mengenai merokok

2. OBJEKTIF
i) Mengetahui undang-undang berkaitan
ii Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam
) Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok
iii
3. )KAEDAH
i) Perbincangan dan informasi
ii) Roleplay

4. PRA DAN POS UJIAN


Jumlah denda boleh dikenakan oleh mahkamah di bawah Peraturan 13,
Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011, sekiranya
disabitkan kesalahan memiliki, menguyah dan merokok:
a) RM 100
b) RM 500
c) RM 1000 ()
d) RM 1500
e) RM 2000

46
5. NOTA FASILITATOR

i) Peruntukan Undang-Undang Mengenai


Merokok:
Di bawah Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil
Tembakau 2004 (Pindaan 2011)
 Melarang penjualan rokok kepada mereka yang berumur di
bawah 18 tahun
 Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok,
mengunyah, membeli atau mempunyai hasil tembakau Larangan
 merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan sebagai kawasan
larangan merokok.
 Remaja-remaja yang di dapati bersalah di bawah peraturan ini boleh
dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM 1000.00. Namun,
biasanya kompaun ditawarkan sebanyak RM50, sebelum kes
dibawa ke mahkamah.
 Perokok dinasihatkan agar tidak merokok di kawasan larangan
merokok dan sebaiknya berhenti merokok.

ii) Kawasan-Kawasan Larangan Merokok

Beberapa kawasan telah diwartakan sebagai kawasan larangan


merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
(Pindaan 2011) iaitu:
 Hospital dan klinik (Kerajaan dan Swasta)
 Pusat hiburan dan teater
 Lif atau tandas awam
 Tempat makan atau kedai berhawa dingin
 Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
 Di dalam mana-mana bangunan yang diwartakan oleh Menteri
 Sekolah dan Institusi Pendidikan (Kerajaan dan Swasta)
 Lapangan terbang
 Premis kerajaan
 Dewan Orang Ramai
 Bas Sekolah
 Tadika, taman asuhan kanak-kanak
 Kaunter perkhidmatan awam:
a) Bank atau institusi kewangan
b) Tenaga Nasional Berhad Pos
c) Malaysia Berhad Telekom
d) Malaysia Berhad
 Kompleks membeli-belah serta kaki limanya
47
 Kompleks sukan
 Stadium
 Stesen minyak.
 Kem PLKN
 Kafe internet
 Perpustakaan
 Bangunan tujuan keagamaan.
 Tempat kerja berhawa dingin dengan sistem hawa dingin
berpusat
 Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di lebuhraya

iii Pandangan Agama Mengenai Merokok


)
Hukum merokok dalam Islam adalah haram. Berikut adalah fatwa dan nas
yang menyokong pandangan ini:
 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995
bersetuju membuat keputusan bahawa:” Merokok adalah haram
dari pandangan Islam kerana padanya terdapat
kemudaratan”.
 Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara
kesihatan jasmani dan rohani. Setiap benda yang apabila
digunakan mendatangkan kemudaratan kepada manusia adalah
diharamkan seperti firman Allah: ‘...Dan janganlah kamu
mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan...’
Al Baqarah:195
 ‘...Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka
merokok diputuskan sebagai haram...’ Sheikh Abdul Aziz Abdullah
bin Bazz, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Akademi Penyelidikan
dan Fatwa Arab Saudi
 ‘...Kami berpendapat haram merokok,
mengimportnya,
mengeluarkannya dan menjalankan perniagaan di dalamnya...’ Ulama
Al-Azhar Lujnah (fatwa di Al-Azhar)
 ‘...Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan
apa pun akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang
perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit. Justeru itu
berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan...’
Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar Masjid Al-Azhar.
‘...menghisap rokok adalah haram dalam Islam...’ Fatwa oleh Bekas
 Mufti Mesir. Dr Nasr Farid Wasil.

48
Hukum agama boleh menjadi satu faktor dorongan untuk berhenti
merokok. Pelbagai agama-agama utama yang lain juga menyokong bahawa
merokok adalah tidak digalakkan kerana mendatangkan kemudaratan.

 Agama Hindu menganggap merokok sebagai perbuatan


meracuni tubuh badan dan tidak sepatutnya diamalkan.
 Di dalam agama Sikh, Guru Gobind Singh melarang
pengikutnya dari merokok. Tembakau dinamakan ‘jagat jhoot’ atau
‘penipuan dunia’.
 Penganut Buddha digalakkan agar mengamalkan cara hidup sihat
dengan tidak merokok. Malah, di Bhutan, mana-mana sami
Buddha yang didapati merokok akan dipenjarakan.

49
TOPIK 6: FAEDAH BERHENTI MEROKOK

1. TOPIK
Faedah berhenti merokok

2. OBJEKTIF
Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok

3. KAEDAH
Perbincangan

4. PRA DAN POS UJIAN


i) Nyatakan lima (5) kebaikan fisiologi dengan berhenti merokok
 Sistem darah akan bersih daripada nikotin ()
 Kandungan oksigen tidak akan meningkat dalam darah
 Tekanan darah akan naik dengan mendadak
 Denyutan nadi akan balik ke paras normal ()
 Bertambah berat badan
 Kesuburan lelaki dan wanita berfungsi baik ()
 Muka nampak cengkung
 Karbon monoksida akan berkurangan daripada tubuh ()
 Berkurangnya risiko mendapat penyakit kardiovaskular ()
ii) Nyatakan lima (5) kebaikan psiko sosial apabila berhenti merokok
 Terlepas daripada belenggu ketagihan ()
 Meningkatkan keyakinan diri ()
 Tidak disayangi oleh keluarga atau kawan-kawan
 Prestasi akademik dan ko-kurikulum akan meningkat ()
 Membentuk imej baru yang matang dan bergaya ()
 Sentiasa ketagih
 Kurang cerdas dalam pelajaran
 Menjadi tauladan yang baik kepada seisi keluarga dan rakan ()
Tidak berkeyakinan

iii Nyatakan dua (2) kebaikan ekonomi dengan berhenti merokok
)  Perbelanjaan merawat penyakit akibat dapat
merokok dijimatkan ()
 Harga rokok akan dinaikkan
 Dapat menjimatkan wang yang dibazirkan () Penanam
 tembakau akan kehilangan mata pencarian

50
5. NOTA FASILITATOR

i) Kesan Positif Pada Fisiologi Selepas Berhenti


Merokok
Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula pulih secara
spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem badan anda
akan turun secara mendadak dan jantung serta paru-paru anda akan membaik
pulih kerosakan yang disebabkan oleh rokok.

Jadual 6.1 di bawah menerangkan perubahan drastik yang berlaku dalam


badan anda selepas anda berhenti merokok:

Jadual 6.1 Perubahan dalam badan selepas berhenti merokok

TEMPOH PERUBAHAN DALAM BADAN


BERHENTI
Hari 1 Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon monoksida
telah disingkirkan daripada badan anda.

Hari 2 Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan. Deria rasa dan
bau anda juga bertambah peka

2 hingga 3 minggu Kesan gian rokok telah hilang.

3 minggu Lapisan silia, unjuran berupa rerambut dalam peparu anda mula
menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam paru-paru . Ini
menyebabkan anda batuk untuk mengeluarkan bahan-bahan tersebut

1 bulan Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak tangga kerana
pengaliran udara ke dalam peparu anda telah bertambah baik.

2 bulan Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik , maka
suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.

1 tahun Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh berbanding


dengan seseorang yang masih merokok.

10 hingga 15 tahun Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal diminimumkan seperti
mereka yang tidak pernah merokok.

10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat kanser paru-paru adalah
30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada golongan yang masih merokok

51
ii) Kesan Psikososial
 Terlepas daripada belenggu ketagihan
 Keyakinan pada diri akan meningkat
 Prestasi sekolah sama ada akademik mahupun ko-kurikulum akan
meningkat
 Kehidupan akan lebih ceria Kelihatan
 lebih tampan dan kemas
 Terbentuk imej baru yang lebih
 matang dan bergaya
Menjadi contoh teladan yang baik kepada seisi keluarga dan juga
 rakan-rakan
Tidak lagi dipinggirkan oleh rakan-rakan lain
yang kebanyakannya tidak merokok

iii) Faedah Ekonomi

Banyak wang dapat dijimatkan

Jadual 6.2 Jumlah wang yang dapat dikumpulkan sekiranya berhenti merokok
Batang rokok 10 20 30 40
Kos rokok sehari 3.40 6.80 10.20 13.60

1 minggu (RM) 23.80 47.60 71.40 95.20

Satu bulan (RM) 95.20 190.40 285.60 380.80

Satu tahun (RM) 1,142.40 2,284.80 3,427.20 4,569.60

5 tahun (RM) 5,712.00 11,424.00 17,136.00 22,848.00

10 tahun (RM) 11,424.00 22,848.00 34,272.00 45,696.00

 Dengan berhenti merokok, risiko mendapat penyakit dapat


dikurangkan dan kos rawatan penyakit akibat merokok dapat
dijimatkan.

 Dengan berhenti merokok, risiko kebakaran dapat dikurangkan. 10%


daripada kebakaran rumah berpunca daripada puntung rokok yang
menyala.

52
TOPIK 7: PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK

1. TOPIK
i) Persiapan berhenti merokok
ii) Kaedah berhenti merokok

2. OBJEKTIF
i) Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok
ii) Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok

3. KAEDAH
i) Perbincangan
ii) Isi fail individu:
 Sebab ingin berhenti merokok
 Faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok

4. PRA DAN POS UJIAN


Tiga (3) perkhidmatan yang boleh diperolehi untuk membantu perokok
menghindari tabiat merokok adalah:
i) Melalui kaedah kaunseling ()
ii) Mendapatkan pertolongan daripada pekilang rokok
iii Mendapatkan perkhidmatan rawatan gantian nikotin ()
) Mendapatkan perkhidmatan bomoh
iv Dapatkan rawatan daripada Klinik Berhenti Merokok ()
) Membakar kilang rokok
v
)
vi
)

53
5. NOTA FASILITATOR

i) Persiapan Awal Berhenti Merokok

 Cara untuk berhenti merokok

Terdapat 2 cara untuk berhenti merokok: Ianya mungkin bergantung kepada


tahap ketagihan dan penggunaan rokok
a) Berhenti merokok secara serta-merta
b) Berhenti secara beransur-ansur

 Tarikh Berhenti Merokok (Quit date)


a) Tentukan tarikh untuk berhenti merokok –
b) Catat dalam diari / telefon pintar / kalendar
c) Pilih hari yang penting dan personal, contohnya tarikh hari
lahir diri sendiri, ibu bapa, WNTD, Merdeka dan
kenalpasti tarikh yang penting. Tarikh Berhenti Merokok
adalah sangat penting dan personal kepada perokok kerana
ianya adalah tarikh yang akan diingati dan sangat bermakna.

 Tips untuk pemilihan Tarikh Berhenti Merokok:


a) Beri tiga pilihan tarikh yang sesuai
b) Jangan biarkan terlalu lama untuk berhenti merokok
c) Sebagusnya di dalam tempoh 2 – 4 minggu dari tarikh
perbincangan

 Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti (fading


day)

Bagi yang memilih untuk berhenti secara beransur-ansur,


perkara berikut boleh dilakukan dalam masa 2-4 minggu
sebelum tarikh berhenti merokok:

Pelan berhenti - gunakan kaedah STAR (Set, Tell, Anticipate,


Remove)

a) Set - Menentukan tarikh berhenti merokok

Sebaik-baiknya tarikh berhenti dalam tempoh 2 minggu


selepas membuat keputusan untuk berhenti
b) Tell - Memberitahu;

54
Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan
dengan memaklumkan tarikh klien akan berhenti
merokok. Cuba dapatkan sokongan dari rakan-rakan yang
rapat dan boleh bawa rakan-rakan yang rapat dalam sesi
kaunselling.

c) Anticipate challenges – Menjangka cabaran/rintangan


yang akan dihadapi apabila berhenti merokok

 Memahami cara-cara untuk menangani hari-hari sebelum


berhenti
 Memahami tanda-tanda dan cara untuk mengatasi masalah gian
apabila berhenti merokok
 Amalkan kaedah DEAD Pointers (Apendiks D)
untuk mengatasi cabaran
 Memahami situasi yang mendorong pelajar menyalakan rokok dan
bagaimana mengatasinya (Jadual 7.1)

Jadual 7.1 Menjangka situasi yang akan menyebabkan pelajar merokok semula dan
bagaimana untuk mengatasinya

Situasi Bagaimana mengatasi (Sesi perbincangan bersama


pelajar untuk mencari penyelesaian)
Bersama kawan-kawan  Elakkan dari terlibat dalam situasi berkenaan
yang merokok  Beritahu rakan-rakan anda tidak lagi merokok
 Cekalkan hati untuk tidak merokok
Ahli keluarga yang  Alihkan perhatian – lakukan perkara lain
merokok  Ingatkan ahli keluarga yang merokok, asap rokok
membahayakan kesihatan diri sendiri dan ahli
keluarga yang lain
 Ajak ahli keluarga untuk sama-sama berhenti merokok
 Boleh buat ‘kad cinta’ untuk ayah yang merokok
Kawan yang memberikan  Ingatkan rakan anda bahawa anda tidak lagi merokok
rokok percuma  Minta rakan hormati pilihan anda untuk tidak merokok
 Alihkan perhatian / buat perkara lain sementara rakan
sedang merokok
 Galakkan rakan untuk sama-sama berhenti merokok
Situasi yang  Gunakan kaedah DEAD Pointers
mendatangkan stres dan  Berbincang masalah dengan kawan-kawan, guru dan ahli
tekanan seperti peperiksaan keluarga
 Doa, sembahyang, meditasi bagi tingkatkan semangat
 Melakukan teknik-teknik relaksasi
 Mendapatkan masa tidur yang mencukupi 55
Membuang tabiat  Lakukan carta merokok dalam sehari dan lihatlah
merokok di dalam rutin waktu mana anda biasa merokok dan kenapa anda
harian seperti pada merokok
waktu pagi  Setelah mengenalpasti bila dan kenapa
anda
merokok, cuba buangkan rutin merokok satu-persatu,
dimulakan dengan yang mudah dibuang dahulu (e.g.
seperti selepas makan).
d) Remove - Buangsemua perkara
yang boleh mengingatkan anda kepada rokok

 Buang rokok yang ada dalam simpanan,


 Buang barang-barang yang berkaitan e.g. bag / topi / t-shirt /
selaput telefon yang berkait dengan jenama rokok Sembunyikan atau
 buangkan saja bekas abu rokok dan pemetik api yang ada di dalam
rumah, dalam kereta

ii) Aktiviti Lain Yang Perlu Dilakukan


 Minum lebih banyak air (air masak)
 Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) untuk
membuang tabiat tangan dan mulut yang sudah biasa
menghisap rokok, dan juga untuk meningkatkan pengeluaran air liur
Mulakan bersenam / tingkatkan aktiviti senaman
 Senaraikan semua sebab anda ingin berhenti merokok dan baca
 setiap malam sebelum tidur
Wujudkan rumah, sekolah atau persekitaran bebas asap rokok

iii) Bantuan pada hari berhenti merokok (on Quit day)

Klien dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut pada hari


berhenti:
 Buang semua rokok, mancis, tempat habuk rokok
 Tukar rutin yang berkaitan dengan rokok seperti:
a) Tukar minum kopi kepada minuman lain yang tiada
kafein contohnya susu/air suam
 Jangan kunjungi kedai di mana anda sering membeli rokok
 Jangan bersama kawan-kawan yang merokok
 Basuh semua baju yang berbau rokok
 Jauhi tempat di mana ramai orang merokok
 Berada di kawasan larangan merokok 56
 Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam.
 Jika berjaya, hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang anda suka
Jumpa doktor gigi untuk membersihkan kesan merokok pada gigi

iv) Tanda-Tanda Awal Apabila Berhenti Merokok


Apabila pelajar berhenti merokok, beliau mungkin akan mengalami tanda-
tanda berikut:
 Pening atau ringan kepala. Ini disebabkan oleh penurunan paras
karbon monoksida dan peningkatan paras oksigen dalam darah / otak.
Kebas di tangan dan kaki yang disebabkan oleh pengaliran darah
 yang lebih baik.
Batuk – berfungsi untuk membuang lendir di salur pernafasan. Selera
 makan bertambah kerana deria bau dan rasa yang semakin baik.
 Mulut menjadi tawar atau payau dan terjadi luka-luka kecil
kerana pertukaran organisma di dalam mulut.
 Sembelit – tembakau mempunyai kesan laksatif (laxative)
Perasaan gian kerana paras nikotin ke otak berkurangan Gelisah,
 cepat marah dan kurang tumpuan disebabkan oleh kesan ketiadaan
 rangsangan nikotin dan pertukaran tabiat.

Semua tanda-tanda di atas adalah sementara semasa di peringkat awal


berhenti merokok. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa kesihatan
perokok akan menjadi bertambah baik dan ianya adalah sebagai proses
pemulihan dan penyesuaian kepada gaya hidup sihat tanpa rokok.

v) Tanda-tanda gian / withdrawals


 Kegelisahan
 Cepat marah
 Tiada mood / tidak bersemangat
 Kurang tumpuan
 Hilang sifat sabar
 Susah tidur
 Nadi menjadi perlahan
 Selera makan meningkat

57
vi) Bagaimana menangani masalah gian (boleh juga rujuk kaedah
DEAD Pointer – Apendiks D)

Perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan


perasaan gian terhadap rokok:
 Fahami bahawa gejala gian / withdrawal symptoms ini boleh
dialami sehingga sampai 10 minggu selepas berhenti merokok
 Apabila timbul rasa gian, ingat bahawa perasaan ini akan hilang
dalam masa beberapa minit sahaja. Lihat jam dan anda akan
menyedari perasaan gian ini akan hilang selepas 3 – 5 minit
sahaja.
 Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula (sugar free
gum), makanan ringan tanpa lemak, buah-buahan dan lain- lain.
Membuat sesuatu dengan tangan seperti menaip, bermain
 komputer, mengait, melukis dan sebagainya.
Membuat pekerjaan di mana merokok adalah menyusahkan seperti
 membuat kerja sekolah, bersukan, membuat kerja rumah, mandi
atau beriadah.
Jangan duduk diam tanpa melakukan sesuatu atau menonton TV
 terlalu lama.
Melakukan teknik-teknik relaksasi seperti bersolat, berwirid,
 meditasi dan lain-lain.

vii) Kaedah Untuk Berhenti Merokok

 Kaedah tanpa menggunakan ubatan / non-farmakologi

Kaedah tanpa farmakologi merangkumi semua kaedah selain


daripada penggunaan ubat. Ini termasuk pendekatan kerohanian, terapi
tingkah laku dan sebagainya.

Beberapa cara boleh diguna pakai seperti:

Amalkan pemikiran positif serta ingatkan diri bahawa banyak manfaat boleh
diperolehi dengan membuat keputusan berhenti merokok.
a) Meningkatkan kesihatan badan, stamina dan tenaga
b) Menurunkan risiko mendapat sakit: gigi kuning berkarat,
karang gigi, kulit cepat kendur, kulit berjerawat, gusi
bengkak, nafas berbau busuk, kuku/bibir hitam, batuk,
asma, ulser, kanser mulut (use good body image to stop
smoking)
58
c) Mewujudkan rumah dan sekolah tanpa pencemaran asap
rokok
d) Sikap dan tauladan yang baik
e) Menjimatkan kewangan
f) Melindungi orang sekitar anda
dari penyakit akibat asap
rokok basi
 Kaedah menggunakan ubatan/ farmakologi

Kaedah ini akan diguna pakai di bawah pengawasan Pegawai


Perubatan. Walau bagaimanapun rawatan farmakologi
biasanya diberikan kepada perokok berumur 18 tahun ke atas sahaja.
Bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk berhenti merokok
dengan cara kaunseling dan kaedah tanpa ubat, beliau boleh
dirujuk kepada Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan yang
berdekatan, dengan persetujuan ibu bapa pelajar.

59
TOPIK 8: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN
MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK (RELAPSE
PREVENTION)

1. TOPIK
i) Mengatasi keinginan untuk merokok/gian
ii) Mengekalkan status tidak merokok

2. OBJEKTIF
i) Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya
ii) Mengetahui kaedah mengekalkan status tidak merokok / keinginan untuk
merokok semula.
iii Mengetahui cara melindungi diri daripada tabiat merokok
)
3. KAEDAH
i) Perbincangan
ii) Roleplay

4. PRA DAN POS UJIAN


Tiga (3) cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam amalan
merokok
a) Melepak
b) Sentiasa mengikuti ajaran agama dan kerohanian ()
c) Sentiasa menonton filem kartun
d) Melengkapkan diri dengan fakta-fakta tentang bahaya rokok ()
e) Menjadi kutu rayau
f) Melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti persatuan ()

60
5. NOTA FASILITATOR

i) Cara Mengatasi Keinginan Untuk Merokok Semula / Gian

Jadual 8.1 Gunakan petua 12 M untuk mengatasi keinginan untuk merokok


Melengahkan Melambat-lambatkan mencari rokok atau tunggu
sekurang- kurangnya 5 minit sebelum menyalakan
rokok.

Menarik nafas panjang Tarik nafas secara dalam (deep breathing), tahan
selama 5 saat dan lepaskan perlahan–lahan.
Minum air Minum banyak air kosong dan jus buah – buahan.
Elakkan minuman berkafein, manis atau beralkohol.
Membuat sesuatu Buat sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada
rokok
Mandi dan membasuh Basuh tangan setiap kali terasa ingin merokok
tangan
Mengunyah sesuatu Bila terasa ingin merokok – kunyah sesuatu
menggantikan rokok.
Simpan bahan gantian (makanan - oral substitutes)
seperti kuaci, epal, kismis, gula-gula getah tanpa gula di
rumah / sekolah

Melakukan senaman Bergerak dan lakukan senaman regangan atau lenturan


regangan
Memohon doa Berdoa agar dikuatkan semangat untuk menempuhi
percubaan berhenti merokok
Berdoa agar berjaya menjadi bekas perokok tanpa
ketagihan nikotin lagi

Menjauhkan diri dari Elakkan dari situasi / persekitaran yang berkait dengan
rokok perbuatan merokok
Mengelakkan diri dari Jangan mudah berputus asa
merokok semula Berjanji tidak merokok lagi walaupun satu sedutan
Mendapatkan sokongan dan pemerhatian dari keluarga,
kawan dan guru / fasilitator

Menyibukkan diri Berikan tumpuan kepada pelajaran dan keluarga


Meditasi dengan Amalkan pemikiran positif, sentiasa ingatkan diri
pemikiran positif kelebihan berhenti merokok
61
ii) Mengekalkan Status Tidak Merokok / Tingkahlaku Berulang
(Relapse Prevention)

 Sebab-sebab pelajar merokok semula


a) Faktor diri
sendiri- : Lemah jati diri, tiada matlamat kukuh, tidak tegas dan
mudah terpengaruh
Tiada
- keyakinan diri
Tiada
- kemahiran menangani stres / tekanan Ketagihan
- yang tinggi
b) Faktor persekitaran :
- Di kelilingi ahli keluarga dan rakan yang merokok
- Mudah mendapatkan bekalan rokok
- Sukar mengatakan ’tidak’ kepada rokok.

 Mencegah ulangan (Relapse Prevention)


a) JANGAN MEROKOK WALAUPUN SATU SEDUTAN
b) Kemahiran mengatakan “TIDAK” dengan
tegas
(Assertiveness)
c) Mengurus stres – senaman regangan , berekreasi
d) Mengurus emosi – teknik relaksasi
e) Meningkatkan aktiviti fizikal- senaman
f) Mengawal berat badan
g) Imej / identit baru, mengubah gaya
hidup, menjauhi
kenalan yang merokok / tidak boleh
 memberi
Melindungi dirisokongan
daripada tabiat merokok

Kaedah yang boleh digunakan untuk melindungi diri dan


menjauhi daripada merokok:
a) Ketahui fakta-fakta tentang bahaya merokok. Bina
b) keyakinan diri - katakan ’TIDAK’ pada rokok
c) Bersikap positif terhadap cabaran
d) Libatkan diri dalam aktiviti berfaedah:
e) Bersukan
f) Berekreasi
g) Bergiat aktif dalam persatuan
h) Sentiasa patuh ajaran agama
i) Tidak terpedaya dengan promosi
dan iklan rokok

62
iii) Berkaitan rokok elektronik / e-vapor

 Rokok elektronik sama ada mengandungi nikotin atau tidak, boleh


menyebabkannya pelajar terjerumus semula kepada tabiat
merokok.

 Keselamatan penggunaan rokok elektronik masih belum


terbukti lagi.

 Malah kajian menunjukkan terdapat beberapa bahan kimia


merbahaya di dalam wap rokok elektronik.

 Ramai pengguna rokok elektronik akhirnya menggunakan


kedua-dua rokok biasa dan rokok elektronik.

 Pelajar-pelajar hendaklah menjauhi rokok elektronik dan


hendaklah menyemai gaya hidup tanpa rokok / e-vapor / nikotin
/ tembakau.

63
Apendiks I
Borang PPIM 03-2016

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

REKOD SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

TAHUN :

SEKOLAH/ DAERAH/NEGERI

ENR KES BARU PEROKOK SEMASA BEKAS PEROKOK PEROKOK PASIF BUKAN PEROKOK
BIL

BIL RUJUKAN INTERVENSI


TAHUN / TINGKATAN

LELAKI

LELAKI

LELAKI

LELAKI

LELAKI
BIL

BIL

BIL

BIL

BIL
%

%
%
PEREMBPUAN

PEREMPUAN

PEREMPUAN

PEREMPUAN

PEREMPUAN
BIL ENROLMENT

LANJUTAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

M C I L M C I L

PENERANGAN: Column 7, 18, 21 dan 26 : Bilangan / Kes Baru X 100. M=Melayu, C=Cina, I=India, L=Bumiputra lain

CETAK MENGGUNAKAN KERTAS A3


JUMLAH
64
Apendiks J
Borang PPIM 04-2016 (SULIT)

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


DAFTAR INTERVENSI LANJUTAN DI SEKOLAH
PROGRAM SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : NAMA PEGAWAI PERGIGIAN:


TAHUN:

TARIKH KEHADIRAN STATUS SELEPAS


INTERVENSI LANJUTAN

NAMA PELAJAR KELAS

Rujuk Kepada Guru Kaunseling


(Jika perlu sahaja)

(Jika perlu sahaja)

(Jika perlu sahaja)


Sesi 1

Sesi 2

Sesi 3

Sesi 4

Sesi 5

Sesi 6

Tarikh Berhenti Merokok


Tidak Berhenti

Berhenti
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

65
Apendiks K
Borang PPIM 05-2016

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


REKOD INTERVENSI LANJUTAN
PROGRAM SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI
PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

SEKOLAH/DAERAH/NEGERI :
BULAN/TAHUN:

BILANGAN BILANGAN BILANGAN


PEROKOK PEGAWAI YANG BILANGAN PEROKOK
BILANGAN YANG TERLIBAT SESI BERHENTI BILANGAN PEROKOK
TAHUN/ PEROKOK DIRUJUK KEPADA GURU
TINGKATAN MENYERTAI DALAM INTERVENSI MEROKOK
SEMASA INTERVENSI INTERVENSI LANJUTAN SELEPAS KAUNSELING
LANJUTAN LANJUTAN INTERVENSI

JUMLAH

66

You might also like