PowerPoint B@K (Minggu 5)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

GUIDANCE AND COUNSELLING (HPGD2103)

MASA :3.30-4.30PM/5.00-6.00PM
TARIKH: 21.10.2023
HARI :SABTU
NAMA TUTOR: DR.VELAYUDHAN P.K VEERAN

Tajuk:4. Kemahiran Main Peranan


SELAMAT DATANG DAN SELAMAT PAGI
DEAR FRIENDS
 WELLCOME EACH AND EVERYONE IN MY ONLINE GOOGLEMEET CLASS ROOM.
 DEAR FRIENDS, PLEASE MUTE SOUND SUPAYA PERLAKSANAAN CLASS BERJALAN
LANCAR.
 HANYA SEORANG SAHAJA TANYAKAN SOALAN DALAM SATU SATU MASA.
 PERBINCANGAN LANJUT DALAM TUTOR FORUM NANTI.
 SAYA AKAN CUBA MEMBANTU UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PEMBELAJARAN SERTA
KEMAJUAN KENDIRI MASING MASING.
 KERJASAMA ANDA DIHARGAI DENGAN RIBUAN TERIMA KASIH.
PENGENALAN

Topik 4 akan menjelaskan kepada anda cara seorang kaunselor


mempraktikkan tiga peranan asas menggunakan semua kemahiran
berkomunikasi yang dinyatakan sebelum ini. Pertama, peranan
memfokuskan; kedua, peranan menjelaskan; dan ketiga; peranan
menyokong. Beberapa contoh tentang cara tiga peranan ini dapat
dimainkan secara berkesan turut diberi.

Pada akhir topik ini juga terdapat beberapa latihan yang boleh anda
cuba. Diharapkan melalui latihan ini, anda dapat membezakan
antara ketiga-tiga peranan tersebut.
PERANAN MEMFOKUSKAN

Memfokuskan ialah proses memberikan sepenuh perhatian kepada klien dengan niat
untuk memahami dan tidak mempunyai sebarang keraguan terhadap klien. Matlamat
ini hanya akan tercapai sekiranya kaunselor itu mendengar secara aktif mesej yang
hendak disampaikan oleh klien.
Ciri-ciri lain yang menunjukkan bahawa kaunselor itu mendengar secara aktif adalah:
(a) Bersabar dan terbuka; (b) Memfokuskan kandungan perbualan dan frasa yang
digunakan; dan (c) Memfokuskan perasaan yang implisit (terlindung) dan eksplisit
(nyata), dan pergerakan bukan lisan
PERANAN MEMFOKUSKAN
Jenis Maklum Balas Memfokuskan
Contoh Jenis Maklum Balas Memfokuskan
Empat Tahap Maklum Balas Memfokuskan
PERANAN MENJELASKAN
Apabila menggunakan peranan menjelaskan dengan klien,
anda sebenarnya menggalakkan klien untuk mengingat
semula apa-apa yang telah diperkatakan sebelum ini,
nyatakan semula apa-apa yang telah diperkatakan
mengenai sesuatu isu atau masalah. Permintaan supaya
klien menjelaskan lebih lanjut boleh dilaksanakan melalui
isyarat gerak tubuh seperti mengangguk, bertentangan
mata atau mengemukakan soalan terbuka yang
memerlukan jawapan lebih daripada sekadar menjawab
ya atau tidak.
Jenis Maklum Balas Menjelaskan
Contoh Memberi Maklum Balas Menjelaskan
Tahap Maklum Balas Menjelaskan
Contoh Tahap Maklum Balas Menjelaskan
PERANAN MENYOKONG
Kemahiran khusus yang terdapat dalam dua peranan ini digunakan
apabila anda mahu menyampaikan sokongan dan keyakinan yang lebih
kuat. Peranan ini termasuklah memberi maklum balas positif,
berkomunikasi dengan perasaan selamat, yakin, menggalakkan dan
membina persekitaran yang harmoni.
Peranan menyokong sangat penting dalam perhubungan kaunseling
kerana klien pada kebiasaannya mahu rasa diterima dan klien
selalunya gagal dalam mengumpul cukup tenaga untuk memulakan
perubahan ataupun untuk mencari penyelesaian kepada masalah tanpa
sokongan daripada kaunselor.
Peranan menyokong dan meyakinkan ini digunakan apabila anda mahu
mengukuhkan lagi pernyataan klien supaya klien rasa dia diterima
sebagai manusia yang mempunyai nilai moral, walaupun sesetengah
tingkah laku dan sifat semula jadinya sukar diterima oleh anda dan
orang lain.
Jenis Maklum Balas Menyokong
Contoh Memberi Maklum Balas Menyokong
Tahap Maklum Balas Peranan Menyokong

Kaunselor pakar akan menggunakan peranan menyokong bagi menunjuk hormat


kepada klien beliau, memahami sifat kuat dan lemah semula jadi manusia dan
mempunyai nada suara yang menenangkan, menggunakan gerak isyarat
(gesture) secara berkesan dan selalu memberi penuh perhatian.
Penggunaan peranan secara berkesan boleh membantu meredakan perasaan
klien, merasa kurang bimbang melakukan aktiviti tertentu, mempunyai
kepercayaan dalam hubungan kaunseling dan memiliki tahap keyakinan yang
tinggi. Maklum balas ini membantu klien menggunakan kekuatan untuk
melepaskan apa-apa yang telah berlalu dan mencari alternatif lain bagi
menghadapi masa hadapan dengan positif. Di samping itu, maklum balas
menyokong memberi peluang kepada klien dalam memperkukuhkan sifat positif
yang dikehendaki.
Empat Tahap Maklum Balas Menyokong
Contoh Tahap Maklum Balas Menyokong
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan cara, jenis dan tahap maklum balas peranan
memfokuskan;
2. Menghuraikan jenis dan tahap maklum balas peranan menjelaskan;
3. Menerangkan jenis maklum balas dan tahap peranan menyokong; dan
4. Melatih kemahiran main peranan dalam situasi yang bersesuaian.

TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI DALAM KELAS AKAN DATANG

You might also like