Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

HURAIKAN SUMBANGAN

(KEJAYAAN) KHALIFAH ABU


BAKAR AS-SIDDIQ
PENDAHULUAN
● Nama sebenar Abu Bakar as-siddiq ialah Abdullah bin
Uthman.Beliau berasal daripada Bani Taim.Beliau
dilahirkan di kota Mekah.Khalifah Abu Bakar as-siddiq
dilahirkan dua tahun setengah setelah keputeraan Nabi
Muhammad SAW.Oleh itu sejak awal lagi,mereka telah
mempunyai hubungan yang akrab.
● Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang terkenal
dengan sifat seperti pemurah,jujur dan baik hati.
Isi-isi penting
1.Meneruskan Gerakan tentera
● Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat,baginda telah membentuk pasukan
tentera yang dikenal oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk
menyerang Ghassan yang Ketika itu berada dibawah jajahan
Byzantine.Tindakan tersebut dilakukan kerana beberapa orang utusan Nabi
Muhammad SAW telah dibunuh.
● Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,Khalifah Abu Bakar as-siddiq
berhasrat untuk menyambung semula usaha baginda.Walaubagaimanapun,
cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat.Mereka
mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar as-siddiq supaya ekspedisi
ketenteraan ke sempadan Syam ditangguhkan memandangkan ancaman al-
Ridaah yang lebih berbahaya.Namun,khalifah Abu Bakar as-siddiq tetap
tegas dengan keputusan beliau.
● Setelah berperang selama 40 hari,pasukan perang Usamah bin Zaid peroleh
kemenangan.Kemenangan ini menyedarkan kaum yang berhasrat menyerang
Madinah bahawa tentera Islam kuat dan tidak mudah untuk
dikalahkan.Setelah pasukan Usamah bin Zaid Kembali ke kota Madinah,
pasukan beliau ditugaskan menjaga keselamatan kota Madinah.Tindakan ini
menghindarkan kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan dan lain-lain.
2.Menentang Gerakan al-Riddah
● Khalifah Abu Bakar menyedari bahawa kewujudan golongan ini boleh menjadi
anasir yang dapat menghancurkan kerajaan Islam.Oleh itu, suatu Tindakan yang
bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan bagi menangani masalaha tersebut.
Sebagai Langkah awal untuk mengatasi ancaman tersebut,Khalifah Abu bakar
telah menghantar para utusan kepada ketua kumpulan-kumpulan tersebut untuk
mengajak mereka Kembali memeluk Islam.
● Memandangkan golongan tersebut enggan Kembali kepada Islam.Khalifah Abu
Bakar terpaksa mengambil Tindakan ketenteraan bagi menghadapi kedegilan
golongan tersebut.Sebanyak 11 buah pasukan tentera yang diketuai oleh
panglima Islam terkenal seperti Khalid bin al-Walid,Ikramah bin Abi Jahal dan
Amru bin al-As telah dibentuk oleh beliau.
● Pasukan tentera Islam ini telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar ke luar
Kawasan Hijjaz bagi memerangu golongan penentang Islam tersebut.
Akhirnya gerakan tentera tersebut beroleh kemenangan apabila Berjaya
menundukan dan mengembalikan golongan al-Riddah ke pangkuan Islam.
3.Penulisan Al-Quran
● Peperangan bagi memerangi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai paea
sahabat yang juga merupakan haffaz Al-Quran terkorban.Keadaan ini
menyebabkan timbulnya kebimbangan dalam kalangan umat Islam
kemungkinan akan hapusnya Al-Quran.Selain itu,mereka juga bimbang
berlakunya penyelewengan Al-Quran.
● Ekoran keadaan tersebut,timbul cadangan daripada sahabat supaya menubuhkan
satu kumpulan khas bagi menulis Al-Quran.Khalifah Abu Bakar menerima
dengan baik cadangan tersebut.Zaid bin Thabit telah dipertanggungjawabkan
oleh Khalifah Abu Bakar untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis
semula naskhah dari simpanan para sahabat dan juga dari para haffaz.Naskhah
Al-Quran yang telah ditulis semula itu kemudiannya disimpan di rumah
khalifah Abu Bakar.
4.Menentukan Bakal Khalifah
● Khalifah Abu Bakar telah menamakan bakal pengganti beliau,iaitu Umar bin al-
khattab.Beliau telah mengadakan suatu perundingan dengan para sahabat tentang
bakal pengganti beliau.Perkara ini berlaku ketika beliau sedang sakit .Dalam
pertemuan tersebut,Khalifah Abu Bakar telah mengcadangkan supaya Umar bin
al-Khattab dilantik menjadi khalifah.
● Cadangan beliaumendapat tentangan daripada para sahabat.Oleh itu,Khalifah
Abu Bakar telah mengarahkan Uthman bin Affan menulis keputusan tersebut.
Dengan cara ini,Khalifah Abu Bakar telah Berjaya mengukuhkan kedudukan
politik Islam.
KESIMPULAN
● Khalifah Abu Bakar telah membawa perubahan besar kepada tamadun Islam
yang sampai ke hari ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam iaitu
Al-Quran.
● Kejayaan-kejayaan beliau merupakan kejayaan yang amat besar untuk
dijadikan teladan oleh umat Islam.
TERIMA KASIH

You might also like