Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

BMMB1114

SEJARAH PERKEMBANGAN
JAWI DI MALAYSIA
MOHD ZUHAIRI RAFFIEN
TULISAN JAWI - ‫توليسن جاوي‬
• Huruf Jawi berasal daripada huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan
untuk menulis dalam bahasa Melayu.
• Merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan
sistem tulisan alternatif di Malaysia.
• Tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh
abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan
kebudayaan.
• Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu
yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di
Malaysia dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.
SEJARAH AWAL - ‫سجاره اول‬
• Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu.
• Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi.
• Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik
lisan.
• Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam
bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga, va dan nya.
• Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1300–1399 M yang
ditemui di Sumatera, sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu
datang dari akhir abad ke-19.
Batu Bersurat Terengganu, tulisan
tahun 1303M, merupakan artifak bertulisan
Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia
bercatatkan undang-undang setempat yang
dipengaruh oleh Syariah, maka merupakan
bukti terawal pengaruh Islam di
Malaysia.
• Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal
berbanding tulisan Rumi.
• Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu
Tidak Bersekutu semasa penguasaan British.
• Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat
istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan,
Perlis dan Terengganu.
• Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia
digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran,
adat istiadat dan perdagangan.
• Sebagai contoh, ia digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara
pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis,
Belanda dan Inggeris.
• Selain itu, Pemasyuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia
antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
SURAT
SULTAN
BANJAR
SURAT
KEBENARA
N
BERNIAGA
UNDANG-
UNDANG
LAUT
MELAKA
HIKAYAT
SERI
RAMA
HIKAYAT
ABDULLAH
PENGISYTIHARAN
TANAH MELAYU
• Tulisan ini adalah antara tulisan terawal. Ia berkembang sejak
zaman Kerajaan Islam Pasai, kemudian kerajaan Melaka,
Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.
• Bukti kewujudannya dengan terjumpa Batu Bersurat Terengganu
yang bertarikh 702H/1303M, manakala tulisan rumi yang paling
awal pada akhir kurun ke-19.
• Tulisan jawi yang tertua dapat dikesan di Kuala Terengganu,
mengikut Syed Muhammad Najib al-Attas, bertarikh Jumaat 4
Rejab 702H = 22 Februari 1303M
• Prasasti Terengganu ini ditemui oleh saudagar keturunan Arab
bernama Syed Husin Ghulam al-Bukhori.
• Tempatnya di Sungai Tarekat di Kuala Berang.
• Perakuan Penyata Razak – Tulisan dan bacaan jawi
diajar kepada murid-murid Melayu sebagai sebahagian daripada
sukatan Pelajaran Agama Islam.
• Tahun 1964, pelajaran jawi adalah mata pelajaran pilihan
dimestikan di sekolah kebangsaan (darjah 1-3 )
• Tahun 1965, menyebut pelajaran jawi termasuk dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu, diajar di sekolah
kebangsaan mulai darjah 2, sementara sukatan mata
pelajaran bahasa kebangsaan tidak menyebut ada pelajaran
jawi.
• Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan memperuntukkan 60
minit seminggu untuk pelajaran jawi dengan menggunakan waktu
pilihan di sekolah kebangsaan dan guru Agama Islam dibenarkan
mengajar mata pelajaran itu sekiranya tiada guru biasa boleh
mengajar jawi.
• Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris, pelajaran jawi diajar
dalam mata pelajaran Agama Islam seperti dilaksanakan sejak
1957.
• 1969, kementerian menegaskan guru-guru agama Islam
membantu mengajar jawi jika sekolah menghadapi masalah
kekurangan guru.
• 1970, pelajaran jawi diajar mulai tahun satu di sekolah
kebangsaan sahaja sementara di SJK Inggeris bermula Kelas
Peralihan.
• Tahun 1972, Bahasa Melayu menjadi Bahasa Malaysia, pelajaran jawi
masih diajar sebagai sebahagian daripada Bahasa Melayu dan diajar mulai
tahun 2 – 2 waktu seminggu tanpa peruntukan masa khas.
• Guru Bahasa Melayu dibenarkan mengajar dan dibantu guru agama Islam.
• Mulai 16 Ogos 1979, sukatan pelajaran bersama dibina – cantuman
Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia yang disebut Sukatan Pelajaran
Bahasa Malaysia.
• Murid-murid bukan Melayu tidak wajar belajar pelajaran jawi.
• Tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
meletakkan pelajaran jawi di bawah Bahasa Melayu dan diajar
mulai tahap dua (Tahun4).
• Tetapi dalam pelaksanaan pelajaran jawi dirangkumkan dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam.
• Tahun 1990, Pelajaran Jawi diletakkan dalam Pendidikan Islam,
diajar mulai tahun 1 dengan peruntukan masa 30 minit tambahan
seminggu.
• Manakala di SRJK, murid-murid Islam ada belajar mata pelajaran
Pendidikan Islam, pelajaran Jawi diajarkan secara sisipan dan sekali gus
diajar oleh guru-guru Agama Islam.
• Tahun 1995, dicadangkan “Pengajian dan Pembelajaran Tulisan Jawi di
Sekolah Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu” – diluluskan pada 20
Oktober 1995, kemudian dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
• Akhirnya, Pelajaran Jawi kekal sebagai sebahagian daripada mata Pelajaran
Pendidikan Islam seperti yang dilaksanakan sekarang.
BAGAIMANAKAH KEDUDUKAN TULISAN
JAWI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN?

JABATAN PEGUAM NEGARA menjelaskan :


• Tidak ada percanggahan dari segi Perlembagaan menjadikan Jawi sebahagian
daripada Bahasa Melayu dan memasukkannya ke dalam sukatan pelajaran.
• Tidak ada percanggahan undang-undang bagi kementerian menyuruh sekolah
mengajarkan Pelajaran Jawi. Tetapi bercanggah dengan semangat Akta Bahasa
Kebangsaan 1993 memaksa penuntut mempelajari Jawi sebahagian daripada
Bahasa Malaysia.
• Sekiranya Jawi dijadikan satu mata pelajaran berasingan
daripada Bahasa Malaysia, tidak ada percanggahan undang-
undang memaksa sekolah mengajarnya dan memaksa murid-
murid mempelajarinya.
Profesor Dr. Kang :

“Sudah sampai masanya untuk semua rakyat


Malaysia menguasai bahasa kebangsaan Malaysia
iaitu bahasa Melayu dalam tulisan aslinya iaitu
tulisan jawi di samping tulisan rumi.”
TERIMA

You might also like