Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

BAB 6: MENILAI PERSEKITARAN

USAHA TEROKA
OBJEKTIF BAB
1. Mengenal pasti komponen-komponen persekitaran yang mempengaruhi
usahawan.
2. Menghuraikan kepentingan setiap komponen persekitaran luaran umum.
3. Membincangkan pengaruh persekitaran industri dan kepentingannya kpd
usahawan.
4. Membincangkan pengaruh persekitaran dalaman dan kepentingannya kpd
usahawan.
Persekitaran ialah keadaan, situasi atau suasana yang boleh
mempengaruhi unit keluarga, organisasi, masyarakat dan
sebagainya.
Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana
persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka tetapi
mereka perlu juga mengkajinya semasa
pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang.
Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua
bahagian:
1) Pandangan Makro –persekitaran luaran umum
2) Pandangan Mikro – persekitaran luaran khusus dan
dalaman
6.2 KOMPONEN PERSEKITARAN
• Boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu luaran umum, luaran khusus dan
dalaman.
• Luaran umum / makro- kenal pasti peluang dan ancaman. PEST.
• Luaran khusus/ mikro- elemen yg pengaruh secara langsung.
• Dalaman – kelemahan dan kekuatan organisasi.
a) Persekitaran Luaran (External Environment)
Persekitaran luaran boleh mempengaruhi
keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk
jangka masa panjang dan merupakan unsur yang
tidak boleh dikawal.

Komponen peluang & ancaman di luar kawalan usahawan

Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:


· Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation)
· Ekonomi
· Kebudayaan Sosial
• Teknologi
Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran
Mikro terhadap pelaburan perniagaan adalah sebahagian
daripada Persekitaran Luaran Pelaburan, tetapi ia secara
langsung boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti
usahawan. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran Industri
atau Persekitaran Tugas.

Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:


· Pengguna
· Pesaing (Competitors)
· Pembekal
· Institusi Kewangan
· Organisasi bukan Kerajaan
· Agensi Kerajaan
Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga
dikenali sebagai Persekitaran Bersifat Persaingan di
dalam Model Porter 5 Forces yang mana termasuk
ancaman terhadap kemasukkan pesaing baru, produk
tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal
dan pembeli.

Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran


Umum manakala Organisasi bukan Kerajaan dan Agensi
Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan
undang-undang yang dibuat.
b) Persekitaran Dalaman (Internal Environment)

Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan


yang akan dibuat oleh usahawan. Walau bagaimanapun,
usahawan boleh mengawal unsur ini.

Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur


berikut:
· Struktur Organisasi
· Budaya
· Sumber
6.3 PENGARUH
PERSEKITARAN
LUARAN UMUM/
MAKRO
6.3.1 Persekitaran Makro-Politik dan Undang-Undang

mengambil kira tentang keadaan politik di mana usaha


terokanya beroperasi.
Keadaan politik yang stabil dalam sesebuah negara
adalah satu suasana yang kondusif yang dapat
membantu usaha teroka berkembang maju.
Terdapat perbezaan peraturan dan undang-undang
antara satu negara dengan negara lain.
6.3.2 Persekitaran Ekonomi
Keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil di sesebuah
negara dapat menggalakkan aktiviti keusahawanan tapi jika
sebaliknya berlaku, kegiatan keusahawanan juga terganggu..
Usahawan bolehlah mengemukakan beberap persoalan
dalam menilai persekitaran ekonomi ini. Contohnya ialah
(i) Bagaimana keadaan ekonomi semasa negara?
(ii) Bagaimana keadaan pasaran buruh semasa?
(iii) Berapakah kadar pengangguran semasa negara?
(iv) Berapakah kadar inflasi semasa negara?
(v) Berapakah jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar semasa
dan ramalan akan datang?
(vi)Berapakah kadar tukaran asing negara atau nilai RM
semasa?
6.3.3 Persekitaran Sosiobudaya
dua aspek penting dalam persekitaran sosiobudaya -
demografi dan kedua aspek budaya.
Aspek demografi yang perlu dikenal pasti dan dianalisa oleh
usahawan ialah seperti umur, jantina, dan lain-lain yang akan
mempengaruhi usahawan dalam membuat keputusan
tentang lokasi dan jenis keluaran.
Usahawan perlu menganalisa faktor budaya kerana terdapat
peluang-peluang perniagaan yang boleh diteroka.
Asas kepada analisis demografi ialah perubahan jumlah
penduduk, kumpulan etnik, struktur penduduk mengikut
umur, jantina, kedudukan geografi dan agihan pendapatan di
kalangan penduduk
6.3.4 Teknologi
Usahawan perlu membuat penganalisaan teknologi
dengan membuat penelitian dan pemantauan terhadap
hasil penyelidikan hingga kepada pembangunan produk
dan pemasaran.
Proses inovasi bertujuan untuk membantu industri yang
sedia ada agar lebih cekap.
Proses inovasi merujuk kepada perubahan dalam reka
bentuk, rumusan produk, dan perkilangan, bahan-bahan
dan
perkhidmatan penghantaran.
6.4 PERSEKITARAN LUARAN KHUSUS (INDUSTRI)

Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga


merujuk kepada persekitaran industri.

Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan


sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini di dalam
industri.

Usahawan memerlukan perancangan dan melaksanakan


strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di
dalam industri.

Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing,


pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan
organisasi bukan kerajaan.
6.4.1 Pengguna / pelanggan
Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam
perniagaan.

Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang


dikeluarkan oleh industri.

Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat


seperti: surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan
manusia.

Pengguna adalah ‘raja’ di dalam sistem pasaran.


Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri
seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit.
Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan
usahawan.
6.4.2 Pembekal
menyalurkan input seperti bahan mentah, peralatan, mesin,
dan lain-lain lagi.
Hubungan yang baik-menjamin proses pengeluaran dapat
dijalankan dengan baik, kualiti produk terjamin dan
menepati masa yang ditetapkan untuk memasarkan
produk.

6.4.3 Pengaruh Kerajaan


Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui
pelaksanaan polisi. Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi
Penswastaan dan Dasar Pertanian.
Usahawan perlu peka terhadap sebarang perubahan dasar dan
prosedur kerajaan kerana ia mempengaruhi aktiviti usahawan
sama ada secara langsung atau tidak langsung.
6.4.4 Insitusi Kewangan

Bank perdagangan, syarikat kewangan dan syarikat insurans


Institusi kewangan merupakan sumber modal kewangan
untuk memulakan usaha teroka, membiayai kos operasi atau
mengembangkan perniagaan.
Pemiutang atau pelabur yang mengenakan kadar faedah
atau keuntungan yang tinggi boleh menjejaskan prestasi
usaha teroka.
6.4.5 Pesaing

Usahawan perlu mengetahui siapakah pesaing yang


berada dalam industri yang sama agar dapat membentuk
strategi perniagaan yang berkesan.
perlu membuat analisa terhadap kekuatan dan kelemahan
yang ada pada pesaing-pesaing dalam industri tersebut.
6.4.6 Pertubuhan Bukan Kerajaan

Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan


Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan Pencinta Alam
Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan
kerajaan yang mempengaruhi usahawan.

Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen


terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan
penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk.

Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan


memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil
tindakan terhadap sesuatu isu.
6.5 PENGARUH PERSEKITARAN DALAMAN

unsur yang paling dekat dengan usahawan dan


mempengaruhi secara langsung aktiviti perniagaan usaha
teroka.
Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan yang ada
dalam organisasinya.

6.5.1 Sumber
termasuklah usahawan sendiri, aset kewangan, sumber manusia,
bahan mentah, kemudahan fizikal, teknologi dan reputasi.
Diri usahawan yang menyumbang tenaga, idea, kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman.
Sumber kewangan terdiri daripada modal sendiri, pinjaman bank,
pinjaman daripada saudara mara atau rakan, pelabur-pelabur, dan
penjanan sumber kewangan dalaman.
6.5 PENGARUH PERSEKITARAN DALAMAN
Sumber manusia melibatkan pekerja yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan bagi
melakukan pekerjaan.
sumber fizikal ialah harta digunakan dalam pengeluaran dan
pentadbiran usaha teroka.
Sumber reputasi adalah persepsi pihak-pihak persekitaran
terhadap syarikat.
6.5.2 Struktur dan Budaya
Struktur usaha teroka ialah kaedah mengorganisasikan
terma komunikasi, rantaian perintah, autoriti dan aliran kerja.
budaya organisasi berkaitan pula dengan corak
kepercayaan, jangkaan dan nilai yang dikongsi oleh ahli
organisasi.
6.6 KESIMPULAN
• Bab ini menyentuh ttg mengenal pasti jenis-jenis
persekitaran dan kepentingan bagi penelitian dan
penganalisaan dibuat ke atas setiap elemen tersebut.
• Usahawan dpt kenal pasti peluang2, ancaman2 yg
wujud.
• Usahawan tidak mempengaruhi persekitaran luaran.
• Namun, persekitaran dalaman dapat dipengaruhi dan
mempengaruhi.
• Usahawan perlu atur langkah bijak dlm merebut
peluang dan hadapi ancaman dlm persekitaran yg tidak
menentu.

You might also like