Bantu Mula

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani.

Saya, Kadet Alvaro Gavriel, saya, kadet David Ng dan saya, kadet
Sylvestian.

------------

[ALVARO] Hari ini, kami akan menunjukkan cara-cara bantu


mula kecederaan luka hirisan pada tapak tangan.

[SEMUA] Jom sama-sama kita saksikan.


[DAVID] Sebelum itu, mari kita lihat peralatan-peralatan yang diperlukan

[ALVARO]:

1. Kain anduh
2. Kain kasa
3. Kain bersih
4. Pita perekat
5. Krim antiseptik
[ALVARO] Penting untuk kita mengikuti Langkah-langkah bantu mula
yang betul dan selamat.

Sebelum pegang luka, sila pastikan anda basuh tangan terlebih dahulu
untuk mengelakkan jangkitan.

Cuba hentikan pendarahan secepat yang mungkin.

Selepas pendarahan pada luka telah berhenti, bilaskan tangan dengan air.
Sapukan antiseptic atau antibiotik pada Kawasan luka sebelum meletakkan
kain kasa pada luka.
[ALVARO] Baiklah, mari kita teruskan dengan Balutan anduh
pergelangan tangan, bantu mula luka hirisan di tapak tangan.

Langkah pertama, letakkan kain kasa pada luka di tangan mangsa.


Sediakan kain anduh.

Kain anduh hendaklah dilipat 1 inci ke dalam untuk kekemasan.


Letakkan tangan mangsa pada kain anduh.

Tarik puncak kain anduh ke arah mangsa. Silangkan kain anduh dan
lilitkan pada tangan mangsa dengan ketat.

Setelah balutan selesai, buat ikatan buku sila dengan kemas.

[SYLVESTIAN] (Kanan atas kiri, pusing begini, kiri atas kanan)


Kemaskan balutan dan ikatan dengan rapi.

[DAVID] Seterusnya, boleh bawa mangsa ke klinik atau


hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya jika luka
berlarutan.

[SEMUA] Sekian, terima kasih.

You might also like