6.2 Transformer

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

BAB 6:

6.2 transformer
6.2 transformer
Apa itu transformer?

Transformer adalah alat yang mengubah voltan arus ulang alik. Terdiri daripada satu teras
besi lembut yang dililit dawai berpenebat, transformer boleh meningkatkan voltan atau
pun menurukan voltan. Transformer terbahagi kepada 2 iaitu Transformer Injak Naik dan
juga Transformer Injak Turun.

Transformer injak turun Transformer injak naik


Bahagian transformer
Gegelung sekunder
Gegelung primer

Teras besi lembut


Perbezaan di antara :-
Transformer injak naik Transformer injak turun

vs
Transformer Injak Naik adalah lebih banyak Transformer Injak Turun adalah lebih
bilangan lilitan pada gegelung sekunder. banyak bilangan lilitan pada gegelung
primer.

Voltan output (sekunder) bagi Transformer Voltan output (sekunder) bagi


Injak Naik adalah lebih tinggi daripada Transformer Injak Turun adalah lebih
voltan input (primer). rendah daripada voltan input (primer).
Fungsi Transformer dalam penggunaan
elektrik di rumah.
• Bekalan elektrik yang sampai di rumah Rumus mengira masalah berkaitan transformer:
mempunyai voltan kira-kira 240 V.

• Kebanyakan peralatan elektrik dirumah


beroperasi pada voltan yang lebih rendah.

• Sebagai contoh sebuah telefon pintar beroperasi


dengan voltan kira-kira 3.8 V. Oleh yang
demikian bekalan elektrik 240 V perlu
Vp = voltan input gegelung primer atau voltan
dikurangkan dengan transformer injak turun yang primer
ada pada adapter yang disambungkan ke telefon Vs = voltan output gegelung sekunder atau voltan
pintar. sekunder
Np = bilangan lilitan gegelung primer
Ns = bilangan lilitan gegelung sekunder
Contoh :
Bilangan lilitan dalam gegelung primer dan ke dalam sebuah transformer ringkas adalah 160 lilitan dan 480
lilitan masing-masing. Jika voltan yang dibekalkan kepada transformer itu ialah 50 V, berapakah nilai voltan
sekunder nya?
Penyelesaian ;
Vp = 50 V, Np = 160, Ns = 480, Vs = x
Vp = Np
Vs Ns

Vs = Ns x Vp
Np

Vs = 480 x 50V
160

Vs = 150 V

Voltan sekunder ialah 150 V.


Jawab soalan
1) Namakan transformer di bawah :
a) b)

2) Namakan setiap bahagian transformer berikut:


3. Transformer merupakan alat mengubah voltan bagi arus?

4. Bolehkah transformer digunakan untuk arus terus?

5. Mengapakah teras besi berlamina digunakan dalam transformer?

6. Transformer apakah yang mewakili simbol di bawah?

7. Semasa menjalankan eksperimen, Ali mendapati mentol menjadi lebih terang apabila disambungkan
kepada transformer X. Apakah transformer X?

8. Di Malaysia, voltan bagi bekalan arus ulang-alik yang dibekalkan ke rumah ialah 240 V, manakala untuk
mengecas telefon bimbit bekalan arus yang digunakan ialah 5 V. Apakah jenis transformer yang digunakan?

9. Rajah di bawah menunjukkan rajah litar bagi transformer di dalam pengecas telefon bimbit. Berapakah
bilangan lilitan gegelung primer?

You might also like