Kajian Kes Sejarah Tingkatan 4 2022

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

KAJIAN KES SEJARAH

TINGKATAN 4 2022

NAMA :Muhammad Farhan bin Ahmad Roshidi


TINGKATAN :4 Bestari
SEKOLAH :SM Sultan Abdul Halim
NAMA GURU :Pn. Hehmalatha
ISI KANDUNGAN

1. Pernyataan masalah
2. Persoalan kajian
3. Objektif kajian
4. Kaedah kajian
5. Hasil dapatan
6. Kesimpulan
7. Lampiran
8. Rujukan
PERNYATAAN
MASALAH
&
PERSOALAN
KAJIAN
TEMA :PEMBINAAN NEGARA
TAJUK 12 :PERJUANGAN RAKYAT KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH
AIR
SK 10.2 :PERJUANGAN RAKYAT SEMASA PENDUDUKAN JEPUN

 Pernyataan Masalah :
Pendudukan jepun di negara kita memberi banyak impak kepada negara kita .Perjuangan rakyat menentang
pendudukan jepun merupakan reaksi terhadap kekejaman Jepun.Buktikan.

 Persoalan Kajian :

1. Apakah dasar pendudukan Jepun di negara kita ?

2. Bagaimanakah rakyat menentang pendudukan Jepun ?

3. Mengapakah semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajahan Jepun di negara ini wajar
dicontohi oleh generasi muda masa ini ?
OBJEKTIF
KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN

 1.Mengenalpasti dasar pendudukan Jepun di negara kita.

 2.Mengetahui perjuangan rakyat menentang pendudukan Jepun.

 3.Meneroka kewajaran generasi muda hari ini mencontohi semangat


perjuangan penduduk tempatan menentang penjajahan Jepun.
KAEDAH
KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Bagi menyempurnakan kajian kes ini, saya memilih 3 kaedah kajian iaitu :

1. Rujukan

2. Melayari internet

3. Tunjuk ajar guru


RUJUKAN
Saya telah membuat rujukan pada buku teks sejarah
tingkatan 4 dan melayari beberapa laman sesawang untuk
mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat
MELAYARI INTERNET
Saya telah melayari beberapa laman sesawang dan menonton bahan ilmiah
daripada ‘YOUTUBE’ untuk menambahkan bahan-bahan dan gambar untuk
dijadikan rujukan tambahan dalam tugasan sejarah ini.
TUNJUK AJAR GURU

Guru mata pelajaran Sejarah,Pn Hehmalatha telah banyak membantu saya dalam
menyelesaikan tugasan sejarah ini.
HASIL
DAPATAN
HASIL DAPATAN
DASAR PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

!.Faktor masalah ekonomi Jepun

 Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang

 Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum,bijih timah dan
getah

 Jepun perlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri


!!.Faktor sekatan ekonomi

• Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai


China

• China dikuasai Jepun melalui perang China-Jepun kedua 1937

• Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri

• Serangan diketuai jeneral Tojo

• Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera

• Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun

• Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara


PERJUANGAN RAKYAT MENENTANG PENJAJAHAN JEPUN
Dua batalion Rejimen Askar Melayu terlibat dalam mempertahankan tanah air.

Rejimen Askar Melayu Benteng Pertahanan Tanah Air


•Bekerjasama dengan tentera British menentang pendaratan tentera Jepun di Kelantan
dan Singapura.
•Leftenan Adnan Saidi: Bertempur di Bukit Candu, Singapura, menjulang nama Regimen
Askar Melayu.
•Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC: Menyelamatkan hampir 2000 tentera Bersekutu yang
terperengakap di pantai Johor dan dianugerahkan pingat Military Cross.
•Koperal Yaakob: Dianugerahkan pingat Military Medal atas keberanian dalam
peperangan di Pasir Panjang.
Penentangan MPAJA
•Orang Cina cari perlindungan bawah Parti Komunis Malaya (PKM) - mengelakkan daripada
dibunuh.
•PKM tubuhkan pasukan gerila untuk serang Jepun.
•Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan dan dilatih oleh British.
•Menerima latihan di Sekolah Latihan Khas di Singapura - jalankan kerja sabotaj dan perang
gerila.
•Dihantar ke Tanah Melayu sebagai pasukan gerila yang menjadi asas pembentukan lapan rejimen
MPAJA.

Kerjasama MPAJA dan Force 136


•MPAJA dan Force 136 wakil tentera British adakan perjanjian kerjasama untuk melawan tentera
Jepun.
•MPAJA teria bantuan ubat-ubatan, senjata, kewangan dan latihan ketenteraan daripada British.
Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA
•Gerila Cina yang dikuasai nasionalis daripada Parti Kuomintang (KMT) menentang Jepun di utara
Tanah Melayu (Hulu Perak dan Kelantan).
•Tubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA), dikenali sebagai Tentera Bintang Satu.
•Gerila KMT bekerjasama dengan MPAJA/PKM menentang tentera Jepun .

Force 136
•British tubuhkan South East Asia Command (SEAC), berpusat di Colombo, Sri Lanka.
•Membentuk unit khas (Force 136) 1943.
•Force 136 mendapat latihan di India dan Sri Lanka.
•Dihantar ke Tanah Melayu melalui kapal selam atau payung terjun.
•Bertujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu tubuhkan pasukan gerila anti-Jepun.
•Force 136 dan pertubuhan gerila Melayu bekerjasama jalankan aktiviti rahsia di Tanah Melayu.
• Mengumpul maklumat
• Melakukan sabotaj
• Menyebarkan propaganda
• Membuat persiapan untuk British lancarkan Operasi Zipper (serangan secara besar-besaran
untuk menawan Tanah Melayu semula).
Penentangan Individu
•Gurchan Singh
• Seorang anggota polis sebelum pendudukan Jepun.
• Nama samaran "Lion of Malaya".
• Menyebarkan risalah anti-Jepun secara teratur.
• Berjaya menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan.
• Mendalangi sabotaj terhadap landasan kereta api - jejaskan pengangkutan tentera Jepun.
• Beliau ditangkap oleh Kempetai akibat dikhianati tetapi berjaya melarikan diri ke Burma.
•Sybil Kathigasu
• Seorang jururawat yang berani membantu mangsa perang dan gerila anti-Jepun di Perak.
• Mengendalikan klinik di Ipoh bersama suaminya Dr. Abdon Clement Kathigasu sebelum perang sehingga
kedatangan Jepun.
• Pasangan ini memberi bantuan ubat-ubatan kepada gerila anti-Jepun.
• Menyembunyikan radio dan berkongis maklumat dengan gerila anti-Jepun.
• Kegiatan mereka terbongkar dan ditangkap oleh tentera Jepun.
• Selepas kematian suaminya, Sybil diterbangkan ke Britain untuk menerima rawatan.
Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah.
•Operasi Semut
• Siri operasi peninjauan oleh Unit Khas Z Australia.
• Operasi dilaksanakan oleh Jabatan Peninjauan Perkhidmatan Austrlia atau Australian Services
Reconnaissance Department (SRD)
• Mengumpul risikan dan latih orang tempatan lancarkan perang gerila.
• Mei 1945, anggota SRD mendarat di kawasan tengah dan timur laut Sarawak untuk atur
penentangan dan buat persediaan bagi pendaratan pasukan Bersekutu.
• Anggota yang terlibat adalah tentera Australia, British dan New Zealand.
• Kepakaran anggota tempatan dalam selok-belok bumi Sarawak penting dalam merancang taktik
perang gerila.
•Pemberontakan Jesselton
• Dikenali sebagai pemberontakan Double Tenth.
• Diketuai oleh Albert Kwok.
• Kumpulannya dikenali sebagai gerila Kinabalu, melancarkan serangan terhadap pejabat
pentadbiran, balai polis dankemudahan Tentera Diraja Jepun dan membunuh tentera Jepun di
Jesselton, Kota Belud, Menggatal dan Tuaran.
• Jepun menyerang balas di perkampungan di pesisiran pantai dan dibom.
• Disember 1943, Albert Kwok menyerah diri dan dihukum mati.
Kewajaran generasi muda hari ini mencontohi semangat pejuang tempatan
menentang penjajahan Jepun

Generasi muda hari ini mestilah mencontohi semangat pejuang tempatan dalam menentang
penjajahan Jepun.Hal ini dikatakan demikian kerana pejuang terdahulu telah bermati-
matian menentang penjajah agar dapat memperoleh kemerdekaan.ini membolehkan
generasi hari ini dapat hidup selesa tanpa merasakan nyawa mereka dalam bahaya.generasi
hari ini perlulah menerapkan semangat cinta akan negara seperti mana pejuang terdahulu
supaya negara tidak akan dijajah kembali oleh negara-negara lain.
KESIMPULAN
Sejarah telah membuktikan bahawa rakyat Tanah Melayu bukan orang yang
mudah tunduk kepada penjajah dan sanggup menggadaikan nyawa demi negara
tercinta.

RUJUKAN
ALAMAT LAMAN WEB:3.6 - Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita - WeAcademia
https://www.weacademia.com › sejarah

https://question.pandai.org › read › KSSM-F4-SJ-10-02


• BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4

You might also like