Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 50

PERINGKAT PENGENALAN

SIDANG 6

SEJARAH KEPENGAKAPAN
OBJEKTIF SIDANG
Di akhir sidang ini peserta kursus akan:

Menghayati ketokohan Pengasas


1 Pergerakan Pengakap sedunia

Memahami perkembangan sejarah


2 kepengakapan di Malaysia

3 Menghargai sumbangan kepimpinan Pengakap kepada


perkembangan kemajuan pergerakan berpengakap
ROBERT BADEN-POWELL

 Pengasas Pergerakan Pengakap Dunia, Ketua


Pengakap Sedunia
 Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah
dihasilkan oleh David Jagger pada tahun 1929
SEJARAH PENGAKAP

Sejarah Pengasas Pengakap –


Lord Baden-Powell (B-P);
 Lahir : 22 Februari 1857 di Paddington, London (United
Kingdom).
 Nama sebenar ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN-
POWELL (B-P).
 Ayahnya Reverend HG B.Powell ialah profesor di
University Oxford, England.
 B-P mempunyai 7 orang adik-beradik.
SEJARAH PENGAKAP

 Ayahnya meninggal dunia semasa B-P berumur 3 tahun,


B-P dididik oleh ibunya.
 Masa kecil, B-P suka melakukan aktiviti di luar rumah
serta alam semulajadi.
 Semasa menuntut B-P suka mengembara dan mereka
cipta dalam kegiatan luar.
SEJARAH PENGAKAP

 B-P mula berkhidmat dalam pasukan tentera British,


berpangkat Leftenan Muda pada 20 Februari 1876.
 Pergolakan di India dan Afrika membuatkan dia terfikir
untuk membina kegiatan luar dan kemahiran memerhati.
 Pengakap bermula sebagai satu kesedaran awal semulajadi
dari awal zaman kanak-kanak sehingga kerjaya B-P dalam
tentera.
SEJARAH PENGAKAP

 Selepas perang Boer, B-P menjadi Ketua Pasukan


Polis Afrika Selatan.
 Beliau mereka cipta pakaian seragam (baju, seluar
pendek, skaf, dan topi bertepi lebar) yang
mempengaruhi pakaian seragam Pengakap .
 B-P mengambil warna hijau & kuning dari pakaian itu
sebagai warna pakaian Pengakap.
SEJARAH PENGAKAP

 Pada tahun 1899, semasa berkhidmat di Mafeking


(Afrika), B-P menggunakan khidmat budak-budak
sebagai penyampai berita dan pesanan semasa
Mafeking diserang.
 Khidmat budak-budak serta kebolehan mereka itu,
meninggalkan kesan yang mendalam kepada B-P.
SEJARAH PENGAKAP

 Apabila pulang ke England pada tahun 1907, B-P


menganjurkan satu perkhemahan percubaan pada 1
hingga 8 Ogos 1907 di Pulau Brownsea yang disertai
oleh 20 budak-budak lelaki daripada pelbagai latar
belakang.
 Hasil dan pengalaman daripada perkhemahan itu,
pada tahun 1908, B-P mengarang buku “Scouting for
Boys”.
 B-P dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia (Chief
Scout of the World) semasa Jambori Pengakap Sedunia
Pertama di Olympia.
SEJARAH PENGAKAP
Antara buku-buku tulisan Baden-Powell adalah:
 Aids to Scouting (1899) (Buku berkaitan ketenteraan)
 Scouting for Boys (1908)
 My Adventures as a Spy (1915)
 Young Knights of the Empire (1916)
 Aids to Scoutmastership: A Handbook for
Scoutmasters on the Theory of Scout Training (1919)
 Scoutmastership, a handbook for scoutmasters on the
theory of scout training (1920)
 Scouting Games (1921)
 Rovering to Success a Guide to Young Manhood
(1922)
 Paddle Your Own Canoe (1939)
SEJARAH PENGAKAP

 Pergerakan Pengakap berkembang di seluruh dunia


kecuali di negara anutan komunisme.
 Cadangan dan pengalaman B-P yang dimuatkan di
dalam buku itu, dimanfaatkan oleh ramai anak muda
yang memberi peluang kepada mereka untuk
menyertai pelbagai kegiatan dalam memajukan diri
sendiri.
SEJARAH PENGAKAP

 1937, semasa berumur 80 tahun, B-P berpindah ke


Kenya (Afrika) bersama isterinya Lady Baden-Powell
(yang juga terlibat dalam membantu
mengembangkan kegiatan Pengakap).
 B-P juga telah melawat banyak negara untuk melihat
sendiri perkembangan Pengakap di negara itu. Salah
satu negara itu ialah Malaysia (Malaya pada masa
itu).
SEJARAH PENGAKAP

 B-P meninggal pada 8 Januari 1941 dan


disemadikan di Kenya.
 Tuhan memimpin dan membantumu di dalam
kerja-kerjamu. Berpengakap satu permainan
bagi kanak-kanak, tetapi satu tanggungjawab
kepada orang dewasa....... (Kata B-P)
SEJARAH PENGAKAP
DI MALAYSIA
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Menurut rekod, Pergerakan Pengakap mula bertapak


di Malaysia pada awal abad ke-20 apabila sebuah
pasukan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau
Pinang pada tahun 1908.
 Inisiatif tersebut dipercayai mempunyai kaitan
dengan sumbangan F. C. Sands dari Britain yang
menubuhkan pergerakan tersebut di Singapura
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

Ketua Pengakap Komanwel, Lord Maclean beramah mesra


dengan Pengurus Lapangan Terbang B. E. Webber semasa  Pada 1915, H. R. Cheeseman, seorang pendidik,
lawatan beliau ke Pulau Pinang pada1964.
telah mendaftar penubuhan sebuah kumpulan
Pengakap di Penang Free School.
 Pulau Pinang juga diberi penghargaan kerana
memulakan Pergerakan Pengakap di sekolah
Melayu.
Tun Abdullah Ahmad Badawi (barisan belakang, lima dari
kanan) bersama kumpulan pengakap Sekolah Tinggi Bukit
Mertajam, Pulau Pinang.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
 Cheeseman diibaratkan nyawa bagi
Pergerakan Pengakap di Pulau Pinang.
Beliau telah berkhidmat selama 13 tahun
di Pulau Pinang.

 Beliau juga memainkan peranan penting


dalam membangunkan pergerakan
tersebut di seluruh negara, dan sebagai
menghargai jasa itu, beliau dianugerahi Perbarisan peserta Jambori Pengakap Malaysia pertama di Kem Jubli,
Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 1966.
pingat Silver Wolf pada 1927.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pulau Pinang juga mempunyai beberapa


pemimpin Pengakap terkenal lain seperti
S. M. Zainal Abidin, Oon Hoot Ewe,
Basha Merican, dan Khoo Sim Teong.
Tetamu kehormat membalas tabik hormat pada majlis perbarisan
sempena perasmian jambori, Teluk Bahang, Pulau Pinang pada 1966.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pasukan Pengakap pertama bagi pelajar Melayu


aliran Inggeris ditubuhkan pada 1919 di Singapura
bawah kepimpinan Kapten N. M. Hashim dan A.
Z. Alsagoff.
 Berikutan itu, Pergerakan Pengakap kemudian
berkembang ke negeri lain di seluruh Persekutuan
Tanah Melayu.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Di Selangor, Pergerakan Pengakap


mula bertapak kukuh pada tahun
1926 selepas penubuhan sebuah
pasukan percubaan yang
ditubuhkan pada tahun 1909
tidak mendapat sambutan.

Peserta Kursus Ketua Patrol di Castle Camp, Kuala Lumpur


(dahulunya adalah Selangor).
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pada tahun 1918, Pasukan Anak Serigala


(kini dikenali sebagai Pengakap Kanak-
kanak) ditubuhkan dan dipimpin oleh H.
C. Chan dari Victoria Institution.
Pemimpin-pemimpin pengakap yang mengikuti Kursus
Kepimpinan Penolong Jurulatih (CALT) di Kem Semangat
(Kem Sardon Jubir), Balakong, Selangor.

E.M.F. Payne (tujuh dari kiri) mengadakan perbincangan Jurulatih dan pemimpin pengakap bergambar kenangan
dengan jurulatih Kursus PTC di Castle Camp. semasa Kursus Latihan Negara di Castle Camp.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pada bulan Mei 1926, Pesekutuan Tempatan


(Local Assosiation) Selangor telah
ditubuhkan yang tarafnya adalah sama
dengan Majlis Pengakap Negeri pada hari ini.
 Encik J.R.Kellam telah dilantik sebagai
Persuruhjaya Daerah (jawatan Pesuruhjaya
Daerah pada masa itu adalah setaraf dengan
jawatan Persuruhjaya Negeri hari ini) dan
Encik Ameen Akbar dilantik sebagai
Transkrip daripada Mr. Bennett E. Shaw
Penolong Persuruhjaya Daerah. Berkenaan pengesahan penubuhan Pergerakan Pengakap Selangor
Bertarikh 13 Oktober 1910.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Encik Ameen Akbar telah menubuhkan bahagian


Pengakap Kelana (Rover) pada tahun 1926.
 Pergerakan Pengakap semakin berkembang
melalui usaha gigih Encik Ameen Akbar yang
memperkenalkannya di sekolah-sekolah Melayu
sekitar Kuala Lumpur pada tahun 1925 dan diikuti
oleh sekolah-sekolah Melayu di luar Kuala Lumpur
kemudiannya. Pergerakan Pengakap turut
berkembang ke sekolah-sekolah aliran Cina dan
aliran Tamil di Selangor.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Mengikut pendapat F.C Sands, Encik


Ameen Akbar adalah tunggak utama
Pergerakan Pengakap di Selangor pada
masa itu.

Peserta Kursus Ketua Patrol di Castle Camp, Jalan Padang


Tembak, Kuala Lumpur (dahulunya Selangor).
E.M.F. Payne bersama jurulatih Kursus PTC di Castle Camp
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pergerakan Pengakap yang pertama di Malaysia


Timur ditubuhkan di Sandakan, Sabah, pada
tahun 1913.
 Mubaligh Thomas Cecil Alexander telah
menubuhkan Kumpulan Budak Pengakap Lelaki
Pertama di Sandakan dan berkhidmat di sana
sehingga tahun 1926 sebelum pulang ke England.
 Kemudian pergerakan ini berkembang ke daerah
lain sekitar negeri Sabah.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pergerakan Pengakap di Sarawak pula


bermula pada tahun 1913.
 Walau bagaimanapun, pada tahun
1920-an Pergerakan Pengakap di
Sarawak tidak aktif.
 Pergerakan Pengakap Sarawak
diaktifkan semula pada tahun 1930-an.

Transkrip daripada Mubaligh Thomas Cecil Alexander


Berkenaan pengesahan penubuhan Pergerakan Pengakap Sarawak
Bertarikh 22 November 1913.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Di Pahang, sebuah pasukan Pengakap


ditubuhkan di Pekan oleh G. M. Laidlaw.
 Bagaimanapun, selepas kematian beliau,
pergerakan tersebut menjadi tidak aktif.
 Pergerakan ini kemudian telah diaktifkan
semula pada 1927 oleh H. R. Hertslet dan
diperluaskan ke daerah lain oleh L. R.
Wheeler dan Frisby daripada Pejabat
Pendidikan Pahang.
Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah melawat tapak
perkhemahan Jambori Pengakap Pahang pada 15 Februari 1982.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Di Perak, Pergerakan Pengakap diasaskan oleh


Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada
tahun 1926.
 Pada tahun yang sama, beliau dianugerahkan
pingat Silver Wolf, manakala D.C. Doral, yang
membantu beliau membangunkan pergerakan
tersebut, dianugerahkan Pingat Perkhidmatan
Cemerlang pada 1930.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Hertslet juga memainkan peranan penting


dalam memajukan pergerakan tersebut di
Perak dengan dibantu oleh Keir, yang
merupakan seorang pegawai sekolah-sekolah
Perak, Wheeler dan Ahmad Jalalludin.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
 Di Kedah, Pergerakan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1922, atas
inisiatif E. C. Hicks, E. A. G. Stuart, R. P. S. Walker dan C. W. Bloomfield.

Ketua Pengakap Negara Dato’ Sardon Jubir (dua dari kanan) Ahli-ahli Jawatankuasa Persekutuan Tempatan (Daerah)
disambut oleh Pemimpin Pengakap semasa lawatan ke Tapak Langkawi.
Perhimpunan Pengakap Peringkat Negeri Kedah.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Sejarah Pergerakan Pengakap di Johor pula


bermula pada awal tahun 1928 berikutan
kedatangan Cheeseman dari Pulau Pinang.
 Dua kumpulan Pengakap kemudiannya telah
ditubuhkan di English College, Johor Bahru,
dengan bimbingan Abdul Hamid yang hadir ke
kolej itu pada setiap Khamis.
 Selepas itu, Pergerakan Pengakap berkembang
ke Muar, Batu Pahat, dan Segamat.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
 Di Melaka, Pergerakan Pengakap
bermula pada tahun 1925 dengan R.
Brunston dilantik sebagai Pesuruhjaya
Pengakap Daerah pertama.

Ketua Pengakap Negara Dato’ Sardon Jubir (tengah), diiringi


Pesuruhjaya Pengakap Negeri Melaka Tawi Yaakub (kiri) dan
Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Melaka, Chin Thian Soo
memeriksa perbarisan hormat bersempena perasmian Jambori
Pengakap Malaysia ke-2 di Kem Ayer Keroh, Melaka
dari 29 Julai hingga 4 Ogos 1970.

PPM Melaka trofi pusingan ‘Pioneering Shield’ dalam


Pertandingan Kemahiran Berpengakap peringkat kebangsaan
dalam tahun 1963.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pada tahun yang sama 1925, Pergerakan Pengakap di Negeri Sembilan


telah ditubuhkan dengan Bird dan Roger Smith masing-masing dilantik
sebagai Pesuruhjaya Daerah dan Penolong Pesuruhjaya Daerah.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar ibni Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar
Almarhum Tuanku Abdul Rahman diiringi Pemimpin Kumpulan ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman tertarik dengan cara
Ke-3 Seremban, dikenali ramai dengan panggilan Mr. Lee, memasak tanpa menggunakan peralatan biasa seperti
mencuba tangga yang dibina oleh ahli Pengakap. periuk dan kuali.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pergerakan Pengakap di Terengganu lahir pada tahun 1926


di bawah kepimpinan A. J. Gracie.

Tuanku Mizan Zainal Abidin (berdiri, lima dari kiri) bersama


kumpulan Pengakap Kelana Laut A Daerah Kuala Terengganu dan
Pengakap Laut Kumpulan 01 Kuala Terengganu dari Sekolah
Menengah Sultan Sulaiman.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
 Pergerakan Pengakap dimulakan di Kelantan
sebelum tahun 1927.

 Pengasas dan Pemimpin Pasukan Pengakap  Yang Dipertua pertama Pergerakan Pengakap
yang pertama ialah Yang Mulia Tengku Ahmad Negeri Kelantan ialah Tuan Yang Terutama Lt. Col.
Temenggong (Tengku Ahmad Panglima Raja) D. A Somerville, Penasihat British (BA) Kerajaan
Negeri Kelantan,merangkap Pesuruhjaya Daerah
Kelantan, mengikut peruntukan Undang-Undang
Kecil Persekutuan Pengakap-Pengakap Kelantan
yang telah disahkan pada 6 haribulan Mei 1932.

 Pemimpin-pemimpin lain yang turut bergiat cergas


dalam pasukan pengakap pada waktu itu antara
lain ialah Yang Mulia Tengku Mahmood Mahyiddin
Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya
dan H.R.Carey
Petra diiringi Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohamad Yaakob
ketika keberangkatan tiba baginda untuk merasmikan Jambori
Pengakap Malaysia Ke-5 dan Asia Pasifik Ke-7 pada 11 April 1982.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Pergerakan Pengakap di Perlis ditubuhkan


pada tahun 1931 oleh Bird dan Roger Smith.

Kontinjen Malaysia yang menyertai


Jambori Australia ke-8.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Selepas Perang Dunia Kedua, Pergerakan Pengakap


Tanah Melayu dan Singapura dipisahkan menjadi dua
cawangan daripada Persatuan Budak-budak Pengakap
Britain.
 Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957,
Pergerakan Pengakap di negara ini diwakili oleh
Persekutuan Budak-budak Pengakap Tanah Melayu,
manakala Pergerakan Pengakap Negeri dikenali
sebagai Pengakap Daerah.
Kumpulan ke-12 Kuala Lumpur dalam
aktiviti pengembaraan
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Persekutuan Budak-budak
Pengakap Tanah Melayu secara
rasmi menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia
pada 1 September 1957.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Berikutan pembentukan Malaysia pada 1963, Persatuan Budak-budak Pengakap


Singapura, Sarawak dan Sabah tidak lagi merupakan cawangan daripada
Persatuan Budak-budak Pengakap Britain.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan Tanah Melayu E.M.F. Ketua Pengakap Negara Sir Donald McGillivray (empat dari kiri)
Payne (memegang tongkat) dan Pesuruhjaya Tinggi British, beramah mesra dengan ahli pengakap remaja bersempena
merangkap Ketua Pengakap Negara Sir Donald McGillivray pada sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia peringkat
satu program di Castle Camp, Jalan Padang Tembak (kini, Jalan kebangsaan. Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Tanah
Semarak), Kuala Lumpur. Melayu E.M.F. Payne (tiga dari kiri).
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan


Ahli delegasi yang menyertai persidangan meja bulat di
pada November 1964, dengan Persatuan
BP House, Jalan Davidson (kini Jalan Hang Jebat), Kuala Lumpur
pada 1964.
Pengakap Singapura, Sarawak dan Sabah
sebagai cawangannya.

Ketua Pengakap Komanwel beramah mesra dengan pemimpin


Pengakap dalam satu program.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 Bagaimanapun, apabila Singapura


berpisah daripada Malaysia pada Ogos
1965, Persatuan Pengakap Singapura
tidak lagi menjadi cawangan bagi
Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ketua Pengakap Negara Sir Jen. Gerald Walter Robert Templer


meletakkan batu asas BP House di Jalan Davidson (Jalan Hang
Jebat), Kuala Lumpur pada 16 Mei 1954. Beliau juga adalah
Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 PPM Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


ditubuhkan pada 27 Februari 1983 sejajar dengan
termeterainya Perjanjian Kuala Lumpur antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor
untuk menubuhkan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur pada 01 Februari 1974.
 Penubuhannya bertujuan untuk meninggikan lagi taraf
pencapaian matlamat berpengakap bagi melicin serta
mempercekapkan lagi pentadbiran, pelaksanaan dan
perjalanan seluruh jentera Pengakap di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.
Surat Pengisytiharan Penubuhan
Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA

 PPM Negeri Wilayah Persekutuan Labuan ditubuhkan


pada 2 Februari 1985 sejajar dengan termeterainya
Perjanjian Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan
Persekutuan untuk menubuhkan Wilayah Persekutuan
Labuan pada 16 April 1984.
 Penubuhannya bertujuan untuk meninggikan lagi taraf
pencapaian matlamat berpengakap bagi melicin serta
mempercekapkan lagi pentadbiran, pelaksanaan dan
perjalanan seluruh jentera Pengakap di Wilayah
Persekutuan Labuan.
Surat Pengisytiharan Penubuhan
Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
Dipetik daripada buku

1908-2008
ULANGTAHUN KE-100
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Centenary of the
Scouts Association of Malaysia
100 YEARS AND BEYOND

ISBN 978-967-12691-4-5

Penerbit:
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia /
Malaysian National News Agency (BERNAMA)
Pada tahun 2017
SEJARAH JAMBORI MALAYSIA

1966 - Jambori Malaysia Pertama, 1970 – Jambori Malaysia Ke-2,


Pulau Pinang Melaka

1974 - Jambori Malaysia Ke-3, 1978 - Jambori Malaysia Ke-4,


Johor Sarawak
SEJARAH JAMBORI MALAYSIA

1982 - Jambori Malaysia Ke-5 & 1986 - Jambori Malaysia Ke-6,


Asia Pasifik Ke-7, Kelantan Pahang

1989 - Jambori Malaysia Ke-7 , 1992 - Jambori Malaysia Ke-8,


Perak Sabah
SEJARAH JAMBORI MALAYSIA

1997 - Jambori Malaysia Ke-9 & Asia Pasifik 2002 - Jambori Malaysia Ke-10,
Ke-18, Terengganu Kedah

2006 - Jambori Malaysia Ke-11, 2011 – Jambori Malaysia Ke-12 ,


Negeri Sembilan Terengganu
SEJARAH JAMBORI MALAYSIA

2016 – Jambori Malaysia Ke-13,


Kuala Lumpur
SEKALUNG PENGHARGAAN
Kepada Panel yang terlibat:

Kandungan bahan slaid Penyemakan bahan pembelajaran


ENCIK RADIEN BIN BOHARI YBRS. DR. EKBERT YONG YEN LOONG
ENCIK MOHD AZRI BIN RAMLI @ HISHAM
ENCIK MOHD HAFFIZ BIN HAMDAN SHUKOR
Susun atur dan info grafik bahan slaid ENCIK MOHD FADZIL BIN MOHD YUSOP
ENCIK MOHD HAFFIZ BIN HAMDAN SHUKOR ENCIK SAIFUL AZLAN BIN AZIMAT
ENCIK RADIEN BIN BOHARI
Latar belakang slaid PUAN ZAHRULHUDA BINTI DATO’ HAJI KAMARUDIN
ENCIK RADIEN BIN BOHARI PUAN NOR AZIZAH BINTI SHA’ARI
Sekian, terima kasih.

You might also like