Pra Peperiksaan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

Pra Peperiksaan

semester 2 2020
• 1. Nyatakan empat ciri masyarakat Malaysia yang perlu ada dalam diri setiap individu
untuk mencapai matlamat Malaysia menjadi sebuah Negara maju pada tahun 2020. [4]
Jawapan:
• Yakin pada diri sendiri
• Mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh
• Hidup dalam masyarakat yang demokratik
• Liberal dan bertolak ansur
• Penyayang
• Adil dan saksama
• Progresif dan makmur
• Ekonominya yang mampu bersaing dan berdaya maju
2. Berikan tiga strategi memantapkan ekonomi Negara.

• 1. Memacu produktiviti di semua peringkat


• 2. Menggalakkan pelaburan berkualiti
• 3. Mewujudkan inisiatif kepada industri yang meningkatkan rantai nilai
• 4. Memperkukuh eksport
3. Satu daripada isu untuk menjadikan Malaysia negara maju ialah pembentukan satu negara bangsa

a. Apakah yang dimaksudkan konsep Satu Negara Bangsa? [2]


• Konsep Satu Negara Bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang
rakyatnya tidak dapat dibezakan melalui kaum, keturunan dan kepercayaan.
b.Berikan dua contoh amalan yang dapat dikaitkan dengan konsep tersebut.
[2]
• 1. Menjaga perpaduan negara
• 2. Taat setia kepada Raja dan Negara
• 3. Mengekalkan keharmonian antara kaum
• 4. Mempunyai sikap toleransi
4. Jelaskan dua langkah yang dijalankan oleh kerajaan dalam mensejahterakan kehidupan rakyat.

Idea (1m) Huraian (1m)


1. Meningkatkan pendapatan Melalui usaha bantuan kepada petani, pengusaha Industri Kecil dan
rakyat/taraf hidup luar bandar Sederhana dan nelayan.
2. Memperluaskan perkhidmatan Pelbagai kemudahan awam telah disediakan seperti kemudahan
awam pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti,
perkhidmatan kaunter yang lebih cekap, dan kemudahan kesihatan
untuk memberi rawatan yang terbaik kepada rakyat
3. Membanteras jenayah Mewujudkan keamanan dan keselamatan yang terjamin supaya
rakyat berasa selamat dalam menjalankan tugas harian dan
kehidupan mereka
4. Menyediakan persekitaran yang Penguatkuasaan telah dijalankan bagi memastikan alam sekitar
bersih dan kurang pencemaran bebas dari pencemaran yang akan menjejas kesihatan rakyat
5. Menyediakan kemudahan Pelbagai kemudahan asas telah ditambah dan diperbaiki dari
prasarana yang lengkap dan moden semasa ke semasa seperti jalan raya, elektrik, air untuk kemudahan
rakyat di bandar dan luar bandar
6. Menyediakan peluang pekerjaan Kerajaan sedaya upaya untuk menyediakan peluang-peluang
yang luas dan upah yang tinggi pekerjaan dengan menarik pelabur dalam dan luar negeri untuk
melabur di Malaysia.
MALAYSIA: KELUASAN KAWASAN PENANAMAN DAN POLA JUMLAH PENGELUARAN
HASIL KELAPA SAWIT MENGIKUT KAWASAN PENANAMAN DARI TAHUN 2013 HINGGA
TAHUN 2017.

Keluasan Kawasan Penanaman kelapa sawit (ribu hektar)


Kawasan
Penanaman 2013 2014 2015 2016 2017

estet 2248 2333.6 2412.7 2476.1 2598.9


kebun kecil 1554 1541.7 1638.6 1689.1 1713.4

Kawasan Pola jumlah pengeluaran hasil kelapa sawit (ribu tan metrik)
Penanaman 2013 2014 2015 2016 2017
estet 42689.5 43404.9 45551.8 48531.6 49457.1
kebun kecil 29510.5 28675.6 30936.8 33106.4 32615.5
Jumlah 72200 72080.5 76488.6 81638 82072.6
Putrajaya 2020
• Bahagian A
1. Berikan tiga kesan sekiranya rakyat Malaysia tidak menghayati prinsip-prinsip
Rukun Negara [3]
• i. Rakyat akan terjebak dengan budaya/perlakuan tidak bermoral
• ii.Wujudnya fahaman politik yang tidak menghormati sensitiviti pelbagai kaum
• iii. Kurangnya kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana
harmoni
• iv. Runtuhnya keperibadian seseorang, bangsa dan negara
• iv. Kehidupan dalam masyarakat dan negara akan kucar kacir, tidak aman, dan
tidak selamat
• v. Berlaku prejudis dalam kalangan anggota masyarakat
2. Huraikan dua pihak yang bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat
Wawasan 2020 bagi mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.
[4]
Bil. Pihak Huraian
i. Pihak Kerajaan Menggubal dasar berkaitan pembangunan sains dan
teknologi
ii. Pihak Swasta Menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan sains
dan teknologi
iii. Pihak Keluarga Memberi galakan kepada ahli keluarga supaya
meminati bidang sains dan teknologi
iv. Pihak Sekolah Memberi dorongan dan kemudahan untuk pelajar
meminati subjek sains dan teknologi
v Pihak Institusi Menawarkan lebih banyak tempat/kuota untuk pelajar
Pengajian Tinggi sains dan teknologi
3. Nyatakan empat strategi bagi menjayakan Dasar Sains dan Teknologi.
[4]
• i. Memperkukuhkan kapasiti dan kebolehan bidang penyelidikan dan
teknologi negara.
• ii. Menggalakkan pengkomersilan hasil penyelidikan.
• iii. Membangunkan kapasiti dan kebolehan sumber manusia.
• iv. Menggalakkan budaya sains, inovasi, dan keusahawanan berasas
teknologi.
• v. Memperkukuhkan rangka kerja institusi dan pengurusan untuk S&T
dan memantau perlaksanaan dasar S&T.
• vi. Memastikan penyebaran yang luas dan aplikasi teknologi, yang
menyumbang kepada peningkatan R&D yang didorong pasaran untuk
menyesuaikan dan meningkatkan teknologi.
• vii. Membina kecekapan dan kepakaran di dalam teknologi-teknologi
yang baru.
• 4. Huraikan dua aspirasi sistem pendidikan Malaysia melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan (2013-2025)
[4]
• i. Akses – 100% enrolmen merentasi semua peringkat pendidikan
daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
• ii. Kualiti – Negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
• iii. Ekuiti – 50% pengurangan dalam jurang pencapaian antara bamdar-
luar bandar, sosioekonomi dan gender menjelang tahun 2020
• iv. Perpaduan – Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian
pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
• v. Kecekapan – Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid
mengikut peruntukan sedia ada.
8. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di
negara ini semakin meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi
menangani gejala tersebut. Ulaskan.
• Isu – gelandangan
• Fokus – i. gelandangan semakin meningkat
ii. Usaha menangani gejala tersebut
Skema – 2+3 / 3+2

You might also like