BAB 5 Kesamarataan Peluang Pendidikan.pptx

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

BAB 5

KESAMARATAAN PELUANG
PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Pn Siti Mislia bt Selamat
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGKTI
KESAMARATAAN PELUANG PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
5.3 Cabaran Kesamarataan
5.1 Kesamarataan Peluang 5.2 Program Pendidikan
Peluang Pendidikan di
Pendidikan Untuk Semua di Malaysia
Malaysia
• Jantina • Pend Orang Asli , • Guru
• Kelas Sosial Pribumi dan Pedalaman • Murid
• Pedalaman • Pendidikan Juvana • Ibu bapa
• Kumpulan Minoriti • Pend. Pemulihan • Infrastruktur
• Pend. Khas
• Sekolah Dalam Hospital
• Sekolah Bimbingan
Jalinan Kasih
• Sekolah Kurang Murid
5.1 Kesamarataan Peluang Pendidikan
• Kesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi
input secara individu yang sama. ( Coleman,1968:14)
• Juga merujuk kepada pendidikan sama rata untuk semua penduduk.
• Setiap kanak-kanak di Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang
pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing.
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025).
• Dalam konteks Malaysia, terdapat beberapa faktor yang menghalang
kesamarataan pendidikan, iaitu:
• Jantina
• Kelas sosial
• Pedalaman
• Kumpulan minoriti
•Anjakan 1: menyediakan
kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti
bertaraf antarabangsa.
•Betujuan merapatkan
jurang pendidikan
1) JANTINA
• Murid perempuan dan lelaki masing-masing pilih mata pelajaran yang
bersifat lebih ke arah mereka.

• Kajian Mohd Uzi Dollah, (2003) yang menjalankan kajian minat pelajar ke atas
mata pelajaran matematik bagi murid tingkatan empat di tiga buah
sekolah menunjukkan bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk fokus
pada subjek Matematik berbanding subjek Bahasa Melayu yang didominasi
oleh pelajar perempuan.
1) JANTINA
• Isu unsur bias
• Menurut, Zalizan, et.al (2005), guru perempuan kurang memberi perhatian
kepada pelajar lelaki yang dianggap bermasalah di dalam kelas. Guru lebih
memberikan perhatian kepada perempuan yang sering mengikut arahan guru
dan mudah untuk dikawal.

• Isu pencapaian akademik pelajar perempuan lebih baik berbanding


pelajar lelaki
• Kajian yang dijalankan oleh Ab Manan. et.al (2003):
pencapaian akademik pelajar wanita > pelajar lelaki.
1) JANTINA
• Isu kaedah pengajaran guru
• Menurut Norawati binti Hashim (2004), strategi pengajaran yang biasa
digunakan oleh guru adalah kaedah tradisional yang biasa dilaksanakan oleh
guru-guru.
• aktiviti kurang menarik pelajar hilang minat.
• Pelajar perempuan dikatakan lebih bersedia untuk menghadiri kelas dan
mereka akan fokus dengan pengajaran guru. Walau apa kaedah yang
digunakan sekali pun, pelajar perempuan tetap fokus.
1) JANTINA
• Isu bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan di Institusi
Pengajian Tinggi
• Jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar lelaki dan perempuan di
peringkat persekolahan memberi impak kepada enrolmen pelajar di institusi
pengajian tinggi awam(IPTA) dan ia terbukti apabila jumlah kemasukan pelajar
perempuan di IPTA seluruh negara secara umumnya melebihi 70 peratus
kebelakangan ini (Zalizan.et.al, 2009).
• Faktor kekeluargaan:
- Kebanyakan pelajar lelaki terpaksa berdikari untuk mencari
peluang pekerjaan bagi menanggung kos hidup keluarga.
1) JANTINA
• Untuk mencapai kesamarataan dari segi jantina dalam peluang
pendidikan, beberapa usaha harus dilakukan:

Kaedah dan pendekatan pengajaran yang lebih kreatif, berinovasi


dan sesuai
Guru mempelbagaikan aktiviti PdP (gaya pembelajaran)
Kursus pendidikan guru perlu beri fokus dalam perbezaan jantina.
Menghormati hak untuk mendapat peluang pendidikan yang
samarata.
2) Kelas Sosial
• Berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat.
• Kelas sosial boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai
kedudukan sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan,
martabat (pangkat), pekerjaan atau dasar lain.
• Masayarakat Kapitalis membahagikan kelas sosial kepada 2 golongan:
• Bourgeoisie: masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran,
pengagihan, dan pertukaran.
• Proletariat: masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya hanya
tenaga kerja sahaja.
2) Kelas Sosial
Max Weber: ada 5 kelas sosial.

Golongan atasan/ orang kaya/ ahli korporat/ kumpulan elit

Pertengahan atasan: org yg berpendidikan tinggi, profesional dan


memegang jawatan yang baik (uruskan pentadbiran negara/organisasi)

Pertengahan bawahan: lulusan sekolah menengah dan pemegang sijil


diploma

Kelas pekerja: terdiri drpd pekerja kolar biru (ada PT3,SPM)

Golongan bawahan: kelulusan yg amat rendah dan tidak terima


pendidikan formal
2) Kelas Sosial
• Kesamarataan peluang pendidikan dihalang dari segi kelas
sosial kerana:
• Murid berada dapat pilihan pendidikan lebih (lanjutkan pelajaran
di dalam atau luar negara)
• Suasana tempat tinggal
• Tuisyen/ kelas tambahan (seni/ muzik)
• Tahap kesihatan (makanan berkhasiat)
• Kemampuan membeli kemudahan ICT/ bahan bacaan tambahan/
peralatan seperti ipad, buku elektronik dan sebagainya.
• Cabaran KPM memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian,
dan latihan mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah.
• Usaha KPM membantu:
• Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
• Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin
• Bantuan makanan asrama
• Bantuan perjalanan dan pengangkutan murid
• SBPT
• Elaun bulanan pelajar kurang upaya
• Skim Baucer Tuisyen
• BRIM
• Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti
• Asrama Harian
3) Pedalaman
• Pelajar yang berada di bandar lebih mudah menerima akses pendidikan berbanding bandar.

• Kemudahan yang disediakan untuk pelajar adalah lebih banyak dan lebih meluas

penggunaannya.

• Demi kesamarataan peluang pendidikan, sejumlah peruntukan telah dilaburkan bagi

mengelakkan jurang antara pelajar bandar dan luar bandar, namun masih terdapat banyak
halangan dalam perlaksanaannya seperti tiada kemudahan elektrik dan jalur lebar yang
meluas.

• Sekolah luar bandar juga menghadapi masalah kurang guru mahir dan berpengalaman

dalam opsyen yang diajar serta kekurangan guru yang ditempatkan di pedalaman.
3) Pedalaman
• Kadar pertukaran guru lebih tinggi daripada bandar.

• Latar belakang dan sosioekonomi ibu bapa yang kurang mampu untuk membantu
sekolah dari segi kelengkapan sekolah.

• Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha menangani isu-isu jurang pendidikan


antara lokasi, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid di kawasan pedalaman.

• Perlu meningkatkan bilangan guru mengikut opsyen supaya dapat memastikan semua
sekolah dapat menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk pelajar daripada
pelbagai latar belakang, minat dan potensi.
3) Pedalaman
• Untuk kesamarataan peluang pendidikan, kerajaan juga perlu menangani jurang digital

supaya perbezaan dari segi akses kepada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK) dan penguasaan kemahiran TMK dalam pelajar dengan guru di kawasan pedalaman

dan bandar dapat dikurangkan.

• Tempat tinggal murid yang berjauhan dan terpencil menyebabkan perhubungan dan

pengangkutan antara tempat tinggal ke sekolah kurang baik dan sesetengah murid tidak

hadir ke sekolah atau lewat ke sekolah.

• Hal ini membawa keciciran yang tinggi di sekolah.


4) Kumpulan Minoriti
• Kumpulan minoriti: golongan kecil yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di

sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya. (Kamus Dewan,

2007)

• Kumpulan minoriti mempunyai kesamarataan peluang pendidikan walaupun mempunyai kekangan semasa

menerima pendidikan seperti lokasi tempat tinggal mereka di pedalaman, perhubungan dan pengangkutan,

infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapan sekolah.

• Perbezaan di antara kaum atau etnik tidak akan menyebabkan penyediaan peluang pendidikan tidak sama

rata.

• Mereka mempunyai peluang mengikuti kurikulum yang sama seperti pelajar lain walaupun mempunyai

golongan minoriti ini yang berkemungkinan mengalami masalah buta huruf sekaligus menjadi punca tiada

minat untuk belajar.


4) Kumpulan Minoriti
• Kesamarataan peluang pendidikan akan menjadikan kadar keciciran yang tinggi menjadi
rendah, jurang pencapaian murid berbanding dengan kumpulan majoriti akan
bertambah kurang dan jurang digital dalam kalangan murid dan guru juga tidak akan
terlalu luas.

• Pihak sekolah perlu peka dan prihatin terhadap cara hidup dan budaya supaya
kumpulan minoriti tidak terpinggir dalam peluang pendidikan yang disediakan.

• Guru harus dapat menyesuaikan dan mengadaptasi kurikulum sedia ada supaya mesra
budaya dan semua murid tanpa mengira kaum, agama dan budaya dapat menerimanya.
Pencarian secara kumpulan
5.2 Program Pendidikan Untuk Semua di Malaysia dan cabarannya

• Pend Orang Asli , Pribumi dan Pedalaman


• Pendidikan Juvana
• Pend. Pemulihan
• Pend. Khas
• Sekolah Dalam Hospital
• Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
• Sekolah Kurang Murid
5.3 Cabaran Kesamarataan
Peluang Pendidikan di Malaysia
Cabaran di Sekolah Dalam Hospital

1. Kekurangan guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)


• Guru terpaksa menjalankan PdP di wad. Mereka perlu pergi dari katil
ke katil murid dan ini memerlukan masa yang lama.
• Guru dan PPM terpaksa menjadi serba boleh. Mereka bukan sahaja
mengajar untuk pelbagai subjek malah dilatih mengenai teknik-teknik
pemerhatian dalam kes tertentu dan menjalani sesi Orientasi Klinikal
bagi merasai sendiri keadaan dan persekitaran sebenar di wad
hospital.
2. Keselamatan guru
• Guru terdedah kepada penyakit berjangkit contohnya seperti
Tuberculosis.
• Bagi penyakit berjangkit seperti TB, para guru dan PPM perlu
mengambil langkah berjaga-jaga seperti memastikan
pengudaraan yang baik di sekeliling tempat belajar, menutup
mulut ketika batuk, bersin dan sentiasa menutup mulut dengan
topeng mulut sepanjang PdP berjalan.
• Kebajikan guru harus dipertingkat untuk menggalakkan lebih
ramai guru berminat untuk menjadi tenaga pengajar SDH.
3. Cabaran guru dalam mendidik
• Di SDH, murid-murid akan dikelaskan mengikut peringkat sekolah
rendah atau menengah, dan mereka akan diletakkan di dalam sebuah
kelas yang sama, walaupun tahap pengetahuan mereka adalah
berbeza-berbeza.
• Guru perlu kreatif dalam merancang isi kandungan PdP supaya murid
dapat menerima pengetahuan yang disampaikan.
• Kebiasaannya, pembelajaran akan dijalankan secara kumpulan kecil
atau individu dan menyebabkan lebih daripada seorang guru
diperlukan supaya kelas berjalan dengan lancar.
• Tambahan pula, guru tidak begitu mengenali murid kerana tempoh
mengajar seseorang murid terlalu singkat.
• Contohnya SDH biasanya tidak melibatkan murid yang mempunyai
masalah kesihatan yang lama, paling lama sekitar 7 hari, jadi guru
tidak sempat untuk mengenal latar belakang murid dan tidak tahu
bagaimana tahap murid tersebut untuk disesuaikan dengan PdP di
SDH.
4. Pembelajaran pelajar yang tidak sama rata
• Pelajar yang sakit perlu mendapat pengesahan rawatan oleh doktor.
• Jumlah pelajar yang hadir ke kelas setiap hari tidak tetap dan tidak
semua yang hadir setiap hari.
• Penerimaan pelajar terhadap pelajaran bergantung kepada tahap
kesihatan mereka.

5. Kekurangan dana dan fasiliti untuk jangka masa panjang.


• Sumbangan daripada pelbagai pihak NGO terutamanya sangat
digalakkan untuk meringankan beban kerajaan dalam melancarkan
pelaksanaan dasar ini.
Cabaran di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih

1. Pentadibiran Sekolah:
• Masalah latar belakang pelajar yang pelbagai dan tiada dokumen
pengenalan diri.
2. Pelajar:
• Sikap pelajar yang tidak mempunyai matlamat hidup.
3. Guru:
• Kawalan disiplin pelajar.
• Tenaga pengajar terhad.
4. Ibu bapa:
• Sikap ibu bapa yang tidak terbuka terhadap kepentingan pendidikan.
Cabaran di Sekolah Kurang Murid

1. Lokasi Sekolah Kurang Murid yang jauh


• Lokasi SKM terletak jauh di kawasan pedalaman menyukarkan
pelaksanaan coaching and mentoring, penyeliaan klinikal,
perkongsian pintar dan bimbingan berfokus.
• Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana
kebanyakannya berada jauh di pedalaman. Ini telah mengurangkan
kemungkinan untuk menempatkan guru dan guru besar berprestasi
tinggi berkhidmat di sekolah berkenaan.
• Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan
SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan.
• SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah
kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.
• SKM kurang mendapat manfaat dari segi kokurikulum, kemudahan
yang lebih baik, dan interaksi dengan rakan sebaya daripada pelbagai
latar belakang.
2. Menghadapi masalah status sosioekonomi
• kebanyakan sekolah ini berada dalam kawasan status sosioekonomi
rendah dan menghadapi masalah yang berkaitan dengan status
sosioekonomi itu.
• Keluarga berpendapatan rendah biasanya akan berdepan dengan
cabaran untuk mengekalkan anak mereka di sekolah kerana terpaksa
menanggung kos berkaitan bekalan, pakaian seragam, dan
pengangkutan, yang membawa kepada pertambahan kadar tidak
hadir ke sekolah.
3. Cabaran guru dalam mendidik
• Kelas bercantum diwujudkan apabila bilangan murid dalam tahun
persekolahan kurang daripada 15 orang. Kelas bercantum diwujudkan
dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang tediri
daripada tahun persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas.
• Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun
persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum.
• Guru sukar memberi perhatian terhadap pelajar di dalam kelas kerana
kesuntukan masa dan ini merugikan pelajar lemah yang memerlukan
lebih masa untuk ditunjuk ajar.
• Strategi pengajaran dan pembelajarannya juga berbeza daripada kelas
biasa di mana, semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun
persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan
ditinggalkan.
• Guru juga perlu memilih dan merancang strategi pengajaran yang
sesuai untuk menyelenggarakan bilik darjah.
CABARAN DALAM PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

1.Masalah Berkomunikasi dengan Pihak Sekolah dan Ibu Bapa


Sebab-sebab halangan komunikasi :
i. Rakan guru kurang faham tanggungjawab dan peranan seorang guru Program
Pemulihan Khas.

ii. Maklumat yang disampaikan oleh guru Pemulihan Khas mengenai program
pemulihan tidak mencukupi dan tidak lengkap.

iii. Pengendalian program pemulihan khas kurang mesra dengan ibu bapa sehingga ada
ibu bapa yang tidak tahu pun anak mereka ditempatkan dalam program pemulihan
khas.

iv. Ibu bapa tidak atau kurang dilibatkan dalam program, acara dan aktiviti di sekolah,
2. Pentadbiran dan Pengurusan

Pihak pengurusan sekolah telah mempunyai persepsi terhadap tugas seorang


guru pemulihan khas, yang dikatakan tidak banyak tugas dan kurang
mencabar seperti mana guru aliran arus perdana.

Guru pemulihan yang paling kerap diberikan kelas ganti kerana guru tidak
hadir.

Kurang sokongan daripada pihak pengurusan sekolah, PPD, JPN dan ibu bapa
sendiri.
3. Kewangan

Tidak ada peruntukan khusus bagi keperluan bekalan kemudahan fizikal dan peralatan
untuk murid dan guru pemulihan khas termasuk BBM elektronik dan multimedia.

Menjadikan pelaksanaan kelas pemulihan khas tertakluk kepada minat dan


kecenderungan pihak pentadbir sekolah serta inisiatif guru-guru pemulihan khas.

4. Kemudahan Fizikal
Tidak mempunyai bilik khas yang sesuai untuk menjalankan kelas pendidikan
pemulihan khas.

Murid yang akan mengikuti program khas perlu dibawa ke kelas pemulihan
mengikuti P & P pemulihan daripada guru pemulihan khas. Kelas ini memang sesuai
dari segi keluasannya dan harus berfungsi dan mempunyai makna yang sewajarnya.
CABARAN DALAM PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS
Pelabelan terhadap Kanak-kanak Khas

Murid-murid normal kurang berkenalan dan memahami kanak-kanak khas.

Sebahagian daripada guru berasa tidak sabar akan kanak-kanak khas dan menganggap
mereka sebagai satu bebanan dalam sekolah.

Penglibatan Ibu Bapa

Terdapat ibu bapa yang masih kurang sedar mengenai kepentingan pendidikan khas bagi kanak-kanak
istimewa.

Ibu bapa tidak yakin dan tidak mahu memberi peluang kepada anak mereka untuk mencuba sesuatu yang
baru.

Ibu bapa hanya bergantung kepada pihak sekolah sahaja dalam usaha memberi pendidikan khas bagi anak
mereka.
Profesionalisme Guru
Kekurangan guru khas yang terlatih.
Kebanyakan guru tidak mempunyai pendedahan yang cukup untuk membuat alat bantu mengajar bagi
pelajar-pelajar Pendidikan Khas.
Soalan Tutorial
• Sejauhmanakah program kesamarataan berjaya mengurangkan
ketidaksamarataan peluang pendidikan
(10m)

• Jelaskan implikasi usaha KPM bagi memastikan kesamarataan peluang


pendidikan di Malaysia
(10m)
Sekian,
TERIMA KASIH!

You might also like