Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

AKTIVITI KLINIK KESIHATAN

KANAK-KANAK

KUMPULAN 3
DEFINISI
• Perkhidmatan kesihatan kanak-kanak didefinisikan sebagai penyeliaan
atau jagaan kesihatan yang berterusan dan jagaan perubatan yang
sepenuhnya kepada semua kanak-kanak bermula dari konsepsi
(persenyawaan ) ,kelahiran ,peringkat kanak-kanak,peringkat pra
sekolah ,peringkat sekolah sehingga peringkat remaja.
• Jagaan dan penyeliaan yang berterusan yang diberi kepada kanak-
kanak pada semua peringkat umur supaya mereka setiasa berada
dalam kedaan yang sihat .
OBJEKTIF JAGAAN KESIHATAN
KANAK-KANAK
1. Untuk memelihara dan meningkatkan kesihatan kanak-kanak
2. Untuk melindungi kanak-kanak dari penyakit berjangkit dan
mencegah jangkitan.
3. Untuk memerhatikan corak pertumbuhan dan perkembangan bagi
memberi bimbingan kesihatan jika perlu .
4. Untuk mengesan kecacatan dan keluarbiasaan dan rujuk awal
untuk rawatan.
5. Untuk menetukan kanak-kanak hidup sihat dalam keadaan
Bahagia dan selamat.
6. Untuk mengurangkan kadar kematian neonatal dan bayi .
APA ASPEK PENCEGAHAN TERSEBUT ??
1. Imunisasi
2. Penilaian perkembangan kanak-kanak
3. Pendidikan kesihatan : tajuk
• Pemakanan
• Kebersihan diri
• Pengegahan kemalangan
• Jagaan dental
4. Rujukan awal
ASPEK JAGAAN KESIHATAN KANAK-
KANAK
1. kandungan meliputi dari masa :
• Konsepsi
• Kelahiran
• 7 hari selepasa kelahiran
• Jagaan diberi melalui khidmat klinik antenatal
2. Jagaan bayi baru lahir ,infant,toddler dan kanak-kanak pra sekolah.
• Melalui klinik kesihatan Kanak Kanak
3. Jagaan kanak-kanak sekolah
• Diberi dibawah perkhidmatan kesihatan sekolah
* Jagaan kesihatan kanak-kanak menekankan aspek pencegahan *
SAMB ;

4. Pemberian makanan tambahan seperti :


• Susu
• Ubat vitamin
5. Rawatan ringan seperti batuk,selsema, septik spot,oral trush &
jangkitan
AKTIVITI KLINIK KESIHATAN KANAK-
KANAK SEBELUM SESI KLINIK
1. PERSEDIAAN KLINIK

• Persediaan keperluan-keperluan sebelum kedatangan pelanggan


untuk menentukan kelancaran sesi klinik termasuk ;
- Jagaan kebersihan klinik
- Menyediakan alatan untuk mengambil antropomentri seperti
penimbang dan pita ukur
- Menyediakan troli vaksin untuk imunisasi
- Alat-alat untuk menguji perkembangan kanak-kanak
SAMB ;
• Kad-kad kesihatan anak
• Buku-buku rekod
• Ubat-ubatan

2. PENDAFTARAN
- Untuk semua kes baru dan ulangan
TUJUAN;
- Untuk kegunaan reten
- Menyenangkan failing
- Menyenangkan lawatan rumah
- Meramalkan masalah yang mungkin berlaku supaya Langkah pengegahan
boleh diambil
BUTIR-BUTIR YANG PERLU DIAMBIL SEMASA PENDAFTARAN
1. No. k/p ibu
2. Nama anak
3. No. sijil kelahiran
4. Tarikh lahir
5. Jantina
6. Berat lahir
7. Keturunan
8. Nama ibu
9. Nama bapa
10. Alamat tetap
* Tujuan mendapatkan maklumat adalah untuk mendapatkan maklumat yang
betul dan lengkap
3. UKURAN ANTROPOMENTRI
• Tujuan mengambil ukuran antropomentri ialah untuk menilai taraf
pembesaran kanak-kanak
3.1 Berat badan
- Diambil setiap kali rawatan
3.2 Ukuran Panjang /tinggi
- Diambil secara supine untuk kanak-kanak berumur bawah 2 tahun
- Diambil 6 bulan sekali
- Ukuran tinggi diambil untuk kanak-kanak 2 tahun keatas
- Ukuran perlu diambil pada umur anak 1/12 , 3/12, 6/12, 9/12 dan 1
thn
SAMB ;

• 3.3 Diambil pada lawatan pertama klinik biasanya semasa umur


anak 1/12, 3/12, 6/12, 9/12, dan 1 tahun
Tujuan ; kesan keabnormalan contohnya hidrochephalus dan
microchephalus
3.4 Lilitan dada diambil pada lawatan pertama ke klinik
- Biasanya diambil pada umur anak 1/12, 3/12, 6/12, 9/12, 1 tahun
- Ukuran dada digunakan untuk menilai taraf pemakanan kanak-
kanak
SAMB;
• 4.TEMUBUAL
- Tujuan menjalankan temubual ialah untuk mendapatkan maklumat
tentang taraf kesihatan kanak-kanak
- Pertanyaan dan perbincangan mesti bersesuaian dengan umur dan
peringkat perkembangan kanak-kanak tersebut
- Maklumat yang dikumpul
4.1 Butiran peribadi
- Umur anak
- Riwayat kelahiran – umur kandungan dan apgar score
- Kemajuan anak – dari lahir hingga sekarang untuk kes baru dan
lawatan akhir hingga sekarang
SAMB;
- Masalah kesihatan cth; eliminasi
- Pencapaian perkembangan untuk menilai samaada
perkembangannya sesuai dengan umur
- Taraf imunisasi untuk menilai samaada anak telah dilindungi dengan
imunisasi

4.2 MAKLUMAT KELUARGA


- Bilangan dalam keluarga
- Bilangan anak yang hidup /mati – tujuan untuk mendapatkan
maklumat keluarga ialah untuk mengetahui tanggungjawab keluarga
SAMB;
4.3 RIWAYAT PENYUSUAN / PEMAKANAN

Tujuan –menilai samaada kanak-kanak tersebut mendapat makanan/


penyusuan yang cukup atau tidak

- Untuk mendapat Riwayat penyusuan dan pemakanan anda perlu


mengemukakan soalan berikut
- Jenis susu ,jika susu botol – sukatan ,cara bancuhan, kekerapan cara
bersihkan
SAMB;
4.4 JAGAAN HARIAN
- Adalah mustahak untuk kita mengetahui tentang penjagaan harian
kanak-kanak supaya bimbingan yang sempurna boleh diberikan
kepada ibubapa

- Maklumat yang boleh kita kumpulkan adalah


• Jagaan kebersihan diri cth; mandi berapa kali sehari
• Rangsangan yang diberi kepada anak
• Tidur dan rehat adakah cukup atau tidak
5. PENILAIAN PERKEMBANGAN

Tujuan menjalankan penilaian perkembangan kanak-kanak ialah


untuk menilai samaada sejajar dengan usia atau tidak

- bidang-bidang yang perlu dinilai ialah


• Motor kasar ( gross motor)
• Motor halus ( adaptif/ fine motor)
• Penglihatan , pendengaran , pertuturan dan sosial
PEMERIKSAAN FIZIKAL
Pemeriksaan fizikal perlu dijalankan dari kepala hingga ke kaki untuk
mengesan keabnormalan
- Sekiranya terdapat keadaan-keadaan yang abnormal , mereka perlu
dirujuk kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk pengendalian
selanjutnya
6.1 KEPALA
- Saiz kepala- bandingkan saiz kepala dengan dada untuk mengesan
hidrochephalus dan microchephalus
- Saiz fonttela – anterior tutup 18/12 dan posterior tutup 6/52-8/52
- Warna rambut struktur rambut – jika rambut perang dan senang putus
adalah tanda kurang zat protein
- Lihat kebersihan rambut dan kulit kepala –kutu
6.2 MATA
Perhati untuk kehadiran – mata juling ,discharge ,kekuningan dan
pucat
6.3 MULUT
- Bibir – cyanosis,ulser, sumbing
- Lidah – bersih ,ulser, seriawan
- Gigi – kebersihan ,rosak
- Gusi – sihat /tidak
6.4 TELINGA
- Keluarbiasaan
- Discharge
6.5 HIDUNG
Bersih , discharge , septal ,
6.6 LEHER
- Ruam panas , pembesaran kelenjar
6.7 DADA
- Pigeon chest
- Pectus excavation ( dada masuk kedalam seperti corong )
- Axymmetrical ( tidak sama kedua belah dada )
6.8 ABDOMEN
- Kembung , ascites
- Pembesaran hepar
6.9 PUSAT

- Kebersihan
- Kering /lembap
- Umbilical hernia
6.9 GENETILA
- Untuk lelaki
• Perhati undescended , testis
• Hipospedias ( liang urethra , terdapat dibahagian zakar )
• Epispedias ( urethra di bahagian atas zakar )
SAMB ;
- Untuk perempuan – kehadiran labia majora ,labia minora , liang
vagina / discharge

6.10 ANGGOTA ATAS


- Sama Panjang
- Jari-jari cukup /lebih
• Polydactyl – berlebihan jari
• Syndactly – jari melekat seperti jari itik
• Clubbing finger – mungkin mengalami penyakit paru-paru/jantung
• Warna dan kuku – cynosis , spoon shape
6.11 ANGGOTA BAWAH
- Periksa kaki samaada sama Panjang
- Kehadiran talipes
6.12 KULIT
- Bersih ,licin ruam
- Jaundis
6.13 OTOT
- Periksa tonus otot bayi / kanak-kanak samaada pejal /lembik
7.IMUNISASI

kanak-kanak yang perlu dapat imunisasi akan diberikan imunisasi


mengikut jadual untuk mencegah penyakit- penyakit tertentu
cth; - suntikan BCG , HEXA , DLL.

8. PENDIDIKAN KESIHATAN
- Diberi mengikut keperluan mereka berkaitan dengan masalah semasa
- Boleh diberi secara perseorangan / berkumpulan , ia juga boleh diberi
dalam bentuk ceramah , pertunjukan ,perbincangan / melalui video
9. RAWATAN PENYAKIT RINGAN

- Sekiranya terdapat penyakit / jangkitan Yang ringan , rawatan boleh


diberikan
- Keadaan Yang boleh diberi rawatan
• Jangkitan kutu kepala , kudis , ruam panas / lampin, scabies , KZM ,
ubat vitamin dan susu penuh krim
10. KENALPASTI KES-KES YANG PERLU JAGAAN SUSULAN

Untuk kanak-kanak yang bermasalah kesihatan seperti kekurangan


berat badan dan kes- kes cacat . Temujanji untuk lawatan ke rumah
perlu dibuat supaya jagaan susulan boleh diberi dirumah .

Tarikh lawatan susulan akan datang


Kanak-kanak memerlukan penyeliaan dan penilaian kesihatan dari
masa ke semasa , mereka perlu diberi Tarikh susulan supaya datang
semula untuk penilaian kesihatan dan menerima imunisasi mengikut
jadual .
11. JADUAL TCA

UMUR JADUAL KEDATANGAN


0- < 6 BULAN SETIAP BULAN
6 - < 12 BULAN SETIAP 2 BULAN
1 - < 2 TAHUN SETIAP 3 BULAN
2 – < 4 TAHUN SETIAP TAHUN
4 – 6 TAHUN SETIAP TAHUN
PEMERHATIAN

• Jadual diatas adalah untuk kanak-kanak yang normal atau sihat


sahaja
• Untuk kes bermasalah cth;KZM , kecacatan , dll
• Kekerapan datang ke klinik diberi lebih kerap iaitu sebulan sekali
hingga berat badannya meningkat 3/12 berturut-turut
12. RUJUKAN
Sekiranya mendapati kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan
dimana tidak dapat diatasi oleh jururawat , mereka perlu dirujuk
pada agensi-agensi yang berkaitan untuk pengendalian selanjutnya
cth ;
- Doktor
- Pakar-pakar
- Pegawai kebajikan masyarakat
cth masalah ; bayi masih menggengam tangannya walaupun usia
melebihi 3 bulan
13. REKOD
• Semua penilaian yang telah dijalankan hendaklah direkod dalam
Kad kes kanak-kanak
• Rekod-rekod ini perlu disimpan dengan bersistematik untuk
menyenangkan kegunaan pada masa akan datang
• Kedatangan anak direkod dalam KKK 101-Buku Sistem Pengurusan
Maklumat Kesihatan / Health Management Information System
( HRMIS )
• Rekodkan pendapat /nasihat / rawatan didalam kad kesihatan anak
untuk rujukan
CARTA PERTUMBUHAN

• Carta ini berguna untuk merekod berat badan kanak-kanak


• Perubahan dikesan ,ditafsirkan dan diawasi untuk Tindakan
pemulihan sekiranya bermasalah
• Berat badan kanak-kanak direkod bermula dari lahir dan diteruskan
pada setiap kali Tarikh temujanji
TERIMA KASIH

You might also like