1 - Sistem Pernomboran Awal Azie

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SISTEM PERNOMBORAN AWAL

Takrif Nombor Jenis Nombor Angka Sejarah Nombor


Disediakan oleh : HAZIRAH SEMAN NORHAYATI MUHAMED WAN MASNIRA WAN MUSTOFAR

Takrif Nombor
Entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran Simbol untuk nombor dipanggil angka Angka sering digunakan sebagai label (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod (ISBN) Dalam bidang matematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumi keabstrakan seperti pecahan, nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks

Operasi-operasi aritmetik untuk nombor, seperti penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian, dibuat lebih umum dalam cabang matematik yang dikenali sebagai algebra niskala Algebra niskala(abstract algebra) ialah kajian tentang sistem-sistem nombor abstrak, seperti kumpulan, gelanggang dan medan

Jenis Nombor
Nombor asli Integer Nombor nisbah Nombor nyata Nombor kompleks

Angka
Nombor dan angka adalah berbeza Contohnya, nombor 'lima' boleh diwakili dengan kedua-dua angka asas sepuluh, iaitu 5, atau angka Roman, V Notasi-notasi yang digunakan untuk mewakili nombor dibincangkan dalam rencana sistem angka

Satu perkembangan yang penting dalam sejarah angka ialah perkembangan satu sistem tempat dan serupa dengan sistem perpuluhan moden, dapat mewakili nombor-nombor yang amat besar. Sebaliknya, angka-angka Roman memerlukan simbol-simbol tambahan untuk mewakili nombor-nombor yang lebih besar.

Sejarah Nombor
Nombor Pertama
Penggunaannya buat pertama diketahui bertarikh sejak sekitar ketika gundal digunakan oleh Paleolitik Contoh terawal yang dikenali ialah gua di bahagian selatan Afrika. kali yang 30000 SM, orang-orang dari sebuah

Sistem ini tidak mempunyai konsep nilai tempat (seperti dalam notasi perpuluhan yang digunakan sekarang) dan oleh itu, mengehadkan perwakilan nombor yang besar Sistem pertama yang diketahui mempunyai nilai tempat ialah sistem asas 60 Mesopotamia (3400 SM), dan sistem asas 10 terawal yang dikenali wujud sejak 3100 SM di Mesir

Sejarah Sifar Penggunaan sifar sebagai satu nombor harus dibezakan daripada penggunaannya sebagai satu angka pemegang tempat dalam sistemsistem nilai tempat Banyak teks India kuno menggunakan perkataan Sanskrit shunya untuk merujuk kepada konsep lowong

Rekod-rekod menunjukkan bahawa orang-orang Yunani kelihatan tidak pasti tentang status sifar sebagai satu nombor Menimbulkan perdebatan falsafah dan menjelang Zaman Pertengahan juga, perdebatan agama yang menarik tentang sifat dan kewujudan sifar Orang-orang Yunani juga mempersoalkan adakah 1 sebagai satu nombor Orang-orang Olmec dari Mexico tengah selatan yang lebih lewat memulakan penggunaan sifar benar di dalam Dunia Baru, mungkin sejak abad ke-4 SM tetapi pasti pada 40 SM

Menjelang tahun 130 Masihi, Ptolemy yang dipengaruhi oleh Hipparchus dan orang-orang Babylon, menggunakan satu simbol untuk sifar (satu bulatan kecil dengan satu palang yang panjang di atasnya) Disebabkan nombor sifar ini digunakan secara berasingan, dan bukan sahaja sebagai pemegang tempat, sifar keyunanian ini merupakan penggunaan sifar benar yang 'didokumenkan' buat pertama kali di dalam Dunia Lama

Untuk manuskrip-manuskrip Rom Timur, Syntaxis Mathematica (Almagest), bentuk sifar keyunanian Ptolemy telah diubah menjadi huruf Greek, omikron (sebelum itu bermaksud 70) Menjelang tahun 525 Masihi, lagi satu sifar benar telah digunakan di dalam jadual-jadual, bersama-sama dengan angka Rom

Penggunaan pertama yang diketahui adalah oleh Dionysius Exiguus, tetapi sebagai perkataan, iaitu nulla yang bermaksud tidak ada satu pun, dan bukannya sebagai satu simbol Apabila pembahagian menghasilkan sifar sebagai bakinya, nihil yang juga bermaksud tiada ada satu pun, digunakan

Satu penggunaan sifar yang awal oleh Brahmagupta yang telah didokumenkan di dalam Brahmasphutasiddhanta bertarikh sejak tahun 628 Masihi Beliau mengolahkan sifar sebagai satu nombor, dan membincangkan operasi-operasi yang melibatkannya, termasuk pembahagian

Pada masa ini, iaitu abad ke-7, konsep ini jelas telah tiba di Kemboja, dan dokumen-dokumen menunjukkan bahawa idea ini kemudian tersebar ke China dan dunia Islam

You might also like