Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pandangan Islam tentang Seni

Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. - Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. - Tamadun Islam meghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun yan unik dan berbeza dengan tamadun lain.


Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya dari segi aspek rohani, jasmani, pemikiran atau perasaan. - Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak terlalu boros dan melampau dan tidak kikir dan sempit.


Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian.  Al-Quran sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan permai. Hadith nabi yang bermaksud: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan. (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)

Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia - dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni sastera dan lain-lain.

Prinsip-prinsip Kesenian Islam


1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan Allah s.w.t. 2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kemarufan, kesahihan dan budi yang mantap.

4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undangundang Allah dan SyariatNya. - Maknanya is harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. -Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. 5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk.

You might also like