Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 10

LONTAR PELURU

Acara padang yang mementingkan kekuatan dan kemahiran melontar yang baik. Atlet yang mempunyai kekuatan otot yang baik dan penguasaan kemahiran yang baik akan mempunyai kelebihan dalam acara ini.

Teknik Lontar Peluru


Teknik lontaran yang biasa digunakan ialah :
1. 2. 3. 4. Gaya berdiri Gaya gelongsor selangkah Gaya putaran Gaya O Brien

Ansur Maju
Teknik Memegang Peluru dan Kedudukan Peluru. 1. Letakkan peluru di bahagian pangkal tiga jari yang terpanjang. 2. Renggangkan sedikit ketiga-tiga jari. 3. Pastikan peluru tidak berada pada tapak tangan. 4. Bawa peluru ke leher, ke bawah sedikit daripada dagu. 5. Siku menghala keluar badan dengan pangkal lengan membuat sudut 45 darjah dengan badan.

Ansur Maju
Kemahiran melakukan hantaran.
Teknik lontaran O Brien terdiri daripada empat fasa :
1. 2. 3. 4. Fasa persediaan Fasa gelongsor Fasa lontaran Fasa ikut lajak

Fasa Persediaan
Berdiri di bahagian belakang bulatan dalam kedudukan membelakangkan sektor lontaran. Bengkokkan lutut kanan untuk merendahkan bahagian atas badan. Gunakan tangan kiri untuk mengimbangkan badan. Pada masa yang sama, rendahkan pusat graviti dengan merendahkan bahagian pinggul dan bahu.

Fasa Gelongsor
Kaki kiri dibengkokkan dan badan direndahkan sebagai persediaan untuk fasa gelongsor. Kaki kiri ditendang ke belakang sambil kaki kanan menggelongsor ke tengah bulatan. Bahagian atas badan masih rendah . Pada penghujung fasa gelongsor, kaki kanan dibawa ke bahagian bawah badan dan kaki kiri diletakkan di hadapan bulatan.

Fasa Lontaran
Putarkan kaki kanan yang beraksi pada bebola kaki ke arah lontaran. Kilas pinggang, dada dibawa ke hadapan dan badan diangkat ke atas. Peluru ditolak bermula dengan bahagian bahu,diikuti dengan tangan dan jari. Kedua-dua belah kaki menyentuh tanah semasa peluru dilontar.

Fasa Ikut Lajak


Kaki kanan dibawa ke hadapan bulatan dan pada masa yang sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu keseimbangan badan.

Peraturan Asas Melakukan Lontaran


1. Pelontar hendaklah memulakan lontarannya di dalam bulatan. 2. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. 3. Peluru dibenarkan menyentuh bahagian dalam lengkungan besi atau blok penahan. 4. Peluru yang dilontar mestilah mendarat dalam sektor lontaran. 5. Selepas peluru mendarat,pelontar hendaklah keluar melalui bahagian belakang bulatan.

Berat peluru mengikut kategori umur


Kumpulan umur Lelaki Bawah 18 tahun Bawah 15 tahun Bawah 12 tahun 5.45 kg 4.55 kg 2.72 kg Berat peluru Perempuan 4.0 kg 4.0 kg 2.72 kg

You might also like