Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 86

OLEH : ANIS SYAFIQAH MOHAMED NOOR.

DEFINISI KRAF

"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979

DEFINISI KE-2

Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati iaitu penciptaan kraftangan ini memerlukan keahlian dan kecekapan serta memerlukan daya estetika dalam penggunaan bahanbahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

CIRI-CIRI KRAFTANGAN

Mempunyai daya tarikan kebudayaan & tradisional.

Mempunyai nilai estetika /keindahan Hasil buatan tangan / proses bergantung kepada hasil kerja tangan atau kemahiran tangan.

Motif berasaskan sumber alam.

FUNGSI KRAFTANGAN

Lambang kebudayaan dan kesenian penduduk sesuatu tempat.

Daya tarikan pelancong. Lambang keunikan dan kehalusan

SENI TEMBIKAR / LABU SAYUNG


Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar. Wujudnya dari buah labu tua yang dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya sematamata tetapi kerana keindahannya, berasaskan nilai estetika barangan tembikar itu.

KAWASAN UTAMA PENGELUARAN BARANGAN TEMBIKAR.


Kampung Mambong Kuala Krai, Kelantan Sayong, Kuala Kangsar, Perak Kampung Pasir Durian Hulu Tembeling, Pahang beberapa tempat di Sarawak

CIRI-CIRI TEMBIKAR/ LABU SAYUNG


Diperbuat daripada tanah liat Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-tumbuhan dan juga motif geomatrik .

menekankan sifat semulajadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan tangan

Hiasan umum yang terdapat pada labu ialah hiasan panai dan gelugur

MOTIF DAN HIASAN LABU SAYUNG


Bunga cengkih Bunga kedudut Bunga tanjung Bunga padi Bunga pecah empat Bunga pecah lapan Bunga lawang Pucuk rebung

HIASAN PANAI & GELUGUR


Hiasan panai iaitu jaluran timbul yang disusn secara menyerong atau tegak.

Hiasan gelugur pula ialah jaluran cekung di permukaan yang menimbulkan kesan cembung. Hiasan jaluran cekung ini juga dikenali sebagai bekas tali air. Dua garis timbul atau turis yang melingkar di bahagian badan labu disebut gelang puyoh.

FUNGSI LABU SAYUNG


bekas menyimpan air minuman di majlis kenduri( airnya yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas )

bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Barang perhiasan.

Tanah-tanah ditumbuk menggunakan lesung kaki & diayak dan ditapis untuk memisahkan sampah-sarap dan ketul-ketul batu yang ada. Tanah diuli supaya menjadi padat. Proses ini memerlukan ketelitian bagi memastikan tanah itu menjadi padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah itu kemudiannya dibentuk menjadi silinder .

Tanah berbentuk silinder dilingkar menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar terbentuk badan, leher, kepala dan muncung labu. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek pula digunakan untuk memampatkan badan labu. Setelah badan labu terbentuk, tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian yang terbuka. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu.

Apabila labu siap, ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. Motif-motif dihasilkan dengan menekankan kayu materai ke permukaan labu. Labu ini sekali lagi dibiarkan kering untuk dibakar.

Proses pembakaran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai, membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api, sabut kelapa kering dan sedikit kayu kering yang dibakar. Labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang, daun kelapa atau tikar selepas disalai. Kayu api disusun pada bahagian bawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.

Labu yang telah dibakar dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam pada permukaan labu. Kemudian bahagian bawah atau tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan.

SONGKET
Songket, diwarisi zaman berzaman. Tenunan songket:Terengganu , Kelantan dan Pahang. Kelantan :sejak pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610-1677). Songket berasal dari perkataan sungkit yang bermaksud satu teknik menyungkit dengan menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui benang lesung di permukaan alat tenun yang dinamakan kek.

zaman silam: motif dan warna pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan .Alat-alat tenunan, motif dan ragam hiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

Motif kain songket :unsur alam dan tumbuhan. Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

CIRI- CIRI SONGKET


Motif dan corak berunsurkan alam Memerlukan ketelitian dan kesabaran sewaktu proses penghasilan

Songket diperbat daripada benang: benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak.

FUNGSI SONGKET
lambang kehalusan seni tenunan Melayu Songket digunakan untuk membuat tanjak,samping,kain selendang dan persalinan diraja. Diilhamkan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding dan kusyen. Simbol kemegahan dan kebanggaan kepada si pemakainya (majlis-majlis besar terutama perkahwinan serta majlis pertabalan dan penganugerahan sesuatu darjah kebesaran) membuat pakaian pengantin,perhiasan dinding,alas meja,beg tangan,barangan kraftangan dan sebagai cenderamata

Benang untuk tenunan terdiri daripada benang kapas, benang sutera, benang emas, dan benang perak. Benang emas dan benang perak adalah bahan asli yang tidak perlu diwarnakan. Gempalan benang mentah diwarna berulang kali supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas dengan air, lalu dijemur sehingga kering.

Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. Bahanbahan dibahagikan ke dalam pelting buluh yang dinamakan benang pakan.

Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian

Benang digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung).

Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat dipanggil pengait.

Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekan.

Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng.

Proses menekat ini Dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau tekat tiga. Setelah songketsongket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan daripada celahcelah benang. Motif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban ini dikenali sebagai menyulam atau menekat benang emas.

Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau 'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

FALSAFAH TERKANDUNG DALAM MOTIF


SONGKET 1.Motif Bunga Raya : o melambangkan perpaduan rakyat Malaysia kerana mempunyai lima kelopak yang melambangkan prinsip rukun negara iaitu:  Kepercayaan kepada Tuhan  Kesetiaan kepada Raja dan Negara  Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang  Kesopanan dan kesusilaan o menaikkan semangat perpaduan sesama manusia.

2.Motif Bunga Teratai :

Bunga Teratai digambarkan sebagai bunga suci bagi sesuatu agama seperti Hindu / Budha.Motif bunga tersebut digunakan dalam pembuatan songket untuk menunjukkan tumbuhan teratai amat jelas kelihatan.

3.Motif Lawi Ayam : Menggambarkan kemegahan sesuatu tekstil masyarakat Melayu.Pada masa dahulu,lawi ayam dikagumi kerana kepanjangan dan kecantikkan yang terdapat pada bulu ayam itu melambangkan kebanggaan dan kemegahan ayam tersebut.Motif lawi ayam pada songket digunakan bagi menggambarkan kegagahan dan kemegahan apabila pasangan pengantin memakainya. Songket tersebut menggambarkan kepeliharaan maruah si pemakainya.Penciptaan lawi secara semulajadi pada ayam menggambarkan dakwah islam kadangkala disampaikan secara tersurat dan tersirat.

4.Motif Bunga Bintang :


Bintang dari sudut falsafah mempunyai lima bucu. Setiap bucu-bucunya mempunyai makna :melambangkan keagamaan, kebudayaan, kesenian,tradisi,dan perkauman.

Bentuk bucu bintang yang saling mencakupi juga menggambarkan semangat perpaduan si pemakai.Manakala bintang itu sendiri juga melambangkan peningkatan jiwa dari alam.

5.Motif Bunga Sireh : Melambangkan ketinggian dan penghormatan orang melayu.Melalui motif yang diterapkan dalam tenunan songket menggambarkan bahawa warisan melayu masih wujud dan disemai dalam kehidupan masyarakat melayu.

Menggambarkan ketinggian kesucian adat melayu yang harus dipertahankan .

6.Motif Rumah atau Bangunan : Bangunan :tempat tinggal untuk berlindung dan menjamin keselamatan & mercu tanda.

Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.

bangunan bertiang lurus dan tegak melambangkan masyarakat mementingkan keteguhan dan ketahanan bagi rumah atau bangunan tersebut untuk digunakan dalam jangka masa yang lama.

DEFINISI BATIK

secara umum yang telah disepakati pada saat konvensi batik Internaional di Yogyakarta pada tahun 1997 adalah proses penulisan gambar atau ragam hias pada media apapun dengan menggunakan lilin batik (wax)sebagai alat perintang warna.

CIRI-CIRI BATIK
Kain batik berbau aroma lilin. Menggunakan lilin batik Kain batik dikemas dalam bentuk lipatan/ dibungkus satu persatu/ set. Bahan dasar yang digunakan adalah terbuat dari serat alam atau serat selulosa atau serat yang dihasilkan dari binatang. Gambar pada kain batik biasanya sebagian akan tembus hingga pada bahagian belakang kain. Bentuk ragam hias atau ornamen pada sehelai kain batik terkadang tidak ada kesamaan yang tepat antara motif yang satu dengan yang lainnya.

FUNGSI BATIK
Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lainlain lagi.

ASAL USUL BATIK


Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap .

Diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910

Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik.

Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik.

Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.

Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif corak batik

Motif organik

Motif geometrik

Motif organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik: Motif Ayam Motif Bunga Raya Motif Daun Sireh Motif Pucuk Rebung Motif Rama-rama Motif Siput

MOTIF AYAM

Contoh Motif Geometrik: Motif Pucuk Rebung Motif Bunga Kotak Bercampur

Motif pucuk rebung

Motif bunga raya

Motif siput

CORAK KAIN BATIK


Corak kain batik bermaksud bagaimana motifmotif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan. Corak Berdiri Corak Jalur Corak Melintang Corak Menyeluruh Corak Menyerong Corak Tompok-tompok Corak Ulangan Batu-bata Corak Ulangan/Selang seli

RUPABENTUK KAIN BATIK SARUNG

ALATAN MEMBUAT BATIK


Blok penerap Campuran lilin Kain Pencelup Sebuah Meja

Blok penerap batik

CARA MEMBUAT
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis.

Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering, akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.

Batik conteng Batik blok


Penjenisan kain batik

Batik skrin

BATIK BLOK
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

PROSES MENERAP KAIN DENGAN


MENGGUNAKAN BLOK

BATIK CONTENG
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagianbahagian ini berwarna putih sebagai benteng.

PROSES MENCANTING KAIN

BATIK SKRIN.

Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang.

Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji.

Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

ANYAMAN

DEFINISI ANYAMAN

Siti Zainon Ismail dalam buku beliau yang bertajuk Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi (DBP,1986) menyatakan bahawa, menganyam merupakan satu proses menjaring helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusup antara satu sama lain.

PENGENALAN

wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. rumah-rumah masyarakat zaman dahulu dinding rumah dianyam dengan buluh.

Seni anyaman berkembang tanpa menerima pengaruh luar.

Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang).

Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya.

Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.

NEGERI YANG MENGUSAHAKAN


KRAFTANGAN ANYAMAN

Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan (anyaman daun pandan).

Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka pula (anyaman daun mengkuang).

PROSES MENGANYAM
Disebut juga sebagai "menaja". Waktu yang baik:pagi / malam & cuaca redup/ dingin kerana daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesankesan pecah Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman: penciptaan kelarai (motif) dan corak.

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih.

Tikar dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tudung saji dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Tikar mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi.

Anyaman pandan

Menganyam tudung saji

Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sebagai suatu ciri perhiasan.

Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu.

Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong.

Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Kira-kira 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsurunsur tumbuhan dan binatang.

Kelarai unsur bintang

Kelarai bentuk tampuk pucuk dan akar

MOTIF KELARAI UNSUR FLORA


Bentuk bunga : kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput.

akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang).

MOTIF KELARAI UNSUR FLORA

Anggota haiwan: seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau.

Bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas seperti anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

MOTIF BEBAS

seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis.

MEMBUAT KELARAI

Perkara utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan.

 o

Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras.

warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak.

UNSUR ALAM YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGANYAM.


Bemban Rotan Pohon Mengkuang Nipah Buluh

MENGKUANG

BULUH

ROTAN

POKOK NIPAH

MENGANYAM TIKAR

ANYAMAN MENGKUANG

BAKUL PANDAN

TUDUNG SAJI

PRINSIP-PRINSIP ESTETIKA DALAM SENI ANYAMAN


o

Prinsip Berhalus Prinsip ini menonjolkan daya kreatif orang Melayu. Prinsip Berguna Setiap karya seni yang terhasil mempunyai fungsi. Prinsip Bersatu Keharmonian sesuatu karya seni itu (warna,corak dll).

Prinsip Berlawan Melibatkan permukaan yang kasar atau licinmenimbulkan kesan ketegangan yang menjurus kepada kesan penyudahan karya seni yang menarik.

Prinsip Berlambang Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk.

Prinsip Bermakna Motif anyaman yang dihasilkan juga mempunyai makna-makna tertentu yang dikaitkan dengan unsur-unsur alam Fauna dan flora

You might also like