Definisi, Hubungan Dengan Bidang Kejuruteraan Awam Dan

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 9

DEFINISI, HUBUNGAN DENGAN BIDANG KEJURUTERAAN AWAM DAN KAITAN SPESIFIKASI JABATAN KERJA RAYA (JKR)

APA ITU UKUR PEMBINAAN / BANGUNAN

Dengan itu ukur pembinaan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang terlibat di dalami membina sesuatu struktur seperti bangunan, jambatan, empangan dan juga saluran-saluran paip, peparitan, pembentungan dan sebagainya. Ianya merupakan satu kerja yang amat penting dalam sebarang pembinaan kejuruteraan awam kerana sekiranya selisih atau kesilapan berlaku dalam pemancangan dalam pembinaan yang dirancangkan maka banyak faktor akan terjejas. Sebagai contohnya menyebabkan kelewatan terhadap projek tersebut, banyak jentera-jentera dan logi akan terbiar dan ini akan menambahkan kos dalam pembinaan tersebut bertambah.

Pada dasarnya ia merupakan satu proses pemancangan dalam penetapan tanda-tanda dan garisan-garisan bagi menentukan kedudukan dan aras elemen untuk kerja binaan supaya kerja-kerja boleh diteruskan dengan merujuk kepada pemancangan ini.

MATLAMAT OPERASI UKUR PEMBINAAN Dua matlamat utamanya ialah : Binaan yang akan dibina mesti betul dalam semua dimensinya, relatif atau absolut, iaitu saiz, kedudukan dan aras. Sekiranya kerja pemancangan telah bermula kerja lanjutan mesti dapat diteruskan tanpa tertangguh. Ini adalah untuk mengurangkan atau meminimakan kos pemancangan semula.

TEKNIK YANG DIPRAKTIKKAN


Teknik yang dipraktikan untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas antaranya ialah Titik kawalan mendatar ditetap kedudukannya hampir dengan kawasan tapak bina. Kawalan tegak juga ditetapkan kedudukannya berhampiran dengan kawasan binaan untuk menentukan ketinggian aras yang betul Kaedah yang tepat dalam menyediakan titik kawalan. (mendatar dan tegak)

PERSEDIAAN AWAL DALAM PEMBINAAN


Pada peringkat ini, pelbagai agensi atau jabatan akan terlibat dalam pembinaan sesuatu projek. Pelan kawasan dan tapak cadangan projek pembinaan akan dibuat oleh jurukur bagi tujuan pemeriksaan dan kajian oleh pihakpihak tertentu. Terdapat dua perkara penting yang perlu anda fikirkan dalam menyediakan pelan cadangan tapak ini, iaitu : Maklumat apakah yang hendak ditunjukkan dalam pelan tersebut? Kepada siapakah perlu anda tunjukkan atau berikan maklumat atau pelan tersebut?

Jika diimbas kembali, apa yang anda telah pelajari di dalam modul Lukisan Pelan, maklumat-maklumat penting yang perlu ada di dalam pelan kawasan atau tapak cadangan adalah merupakan maklumat-maklumat yang diambil dari pengukuran topografi. Di antara maklumat penting yang perlu ada adalah seperti berikut:

Kedudukkan tapak cadangan (Pelan lokasi) Nombor lot tanah yang akan dibangunkan. Nama pemilik tanah atau pemaju projek. Maklumat-maklumat jurukur tanah. Keluasan tanah. Keadaan topografi kawasan (Kontor). Kandungan butiran yang sedia ada di dalam lot tanah yang hendak dibangunkan. Tapak cadangan projek koordinat titik-titik kawalan, aras cadangan dan sebagainya.

Setelah pelan cadangan ini siap dilukis oleh jurukur tanah, maka pelan itu akan dibuat beberapa salinan untuk diserahkan kepada jabatan-jabatan atau pihak-pihak seperti berikut: Pemaju tanah atau pemilik tanah Majlis Perbandaran Jabatan-jabatan kerajaan seperti:- JKR, JPS, TNB, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya.

SPESIFIKASI JABATAN KERJA RAYA (JKR)

Di dalam menetapkan tapak cadangan projek atau bangunan ke dalam lot tanah yang berkaitan, terdapat beberapa spesifikasi tertentu yang perlu dipatuhi atau diikuti bagi menjamin keselamatan semasa pembinaan dijalankan atau pun setelah projek berkenaan siap. Spesifikasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandaran atau Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia terkandung di dalam Undangundang Bangunan Seragam. Di antara perkara-perkara yang penting ditekankan adalah berkaitan dengan jarak bangunan yang dicadangkan dengan sempadan lot tanah yang akan dibangunkan. Satu piawaian khas diperuntukkan untuk jarak tersebut, sebagai contohnya jarak di sebelah depan dan belakang bangunan.

You might also like