Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

PENYEDIAAN BAHAN BANTU AKTIVITI PENGAYAAN

Disediakan oleh: Jumiati Binti Yassin PISMP BM/ PJ/ KS SEMESTER 3

PENGENALAN
Pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang diberikan kepada kumpulan murid yang telah mencapai tahap memuaskan @ telah menguasai kemahiran asas. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan melalui 3 bahagian iaitu:
i. Permainan bahasa ii. Bacaan tambahan iii. Kerja projek

PERMAINAN BAHASA
Aktiviti permainan bahasa bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti terdiri daripada permainan pendidikan & permainan untuk rekreasi. Aspek yang perlu diambilkira dalam penyediaan aktiviti permainan bahasa:
Dapat menarik minat Mencabar Menyeronokkan

Contoh-contoh permainan bahasa


Sahibba Ular & tangga Jigsaw Puzzle Dam Bermain dengan bentuk geometri Menyambung titik-titik Teka-teki Teka silang kata Mencari benda tersembunyi

BACAAN TAMBAHAN
Tujuan: supaya murid dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang bahasa. Bacaan tambahan boleh dijalankan di dalam kelas @ perpustakaan. Guru berperanan sebagai pembantu kepada murid dengan memilih bahan yang sejajar dengan minat & kebolehan murid. Murid digalakkan menyimpan rekod kemajuan membaca. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan tentang bahan yang dibaca untuk mengetahui kebenaran rekod.

Garis Panduan Menyediakan Kad Bacaan Tambahan


1. Bahan bacaan bolehlah berbentuk puisi, penerangan, dialog, teka-teki, cerita, iklan, dan berita. 2. Ilustrasi yang digunakan hendaklah berwarna-warni serta menarik. Ia boleh mengikut bentuk benda sebenar atau kartun. 3. Saiz tulisan hendaklah cukup besar, terang jelas serta mudah dibaca. 4. Bahasa yang digunakan hendaklah sejajar dengan kebolehan murid. 5. Tajuk yang dipilih hendaklah sejajar dengan peringkat pembelajaran murid. 6. Dalam satu mata pelajaran, unsur mata pelajaran lain hendaklah diserapkan.

Contoh-contoh bahan bacaan


Kad bacaan Buku pengetahuan & cerita kanak-kanak Karangan murid Majalah kanak-kanak Potongan akhbar Risalah.

KERJA PROJEK
Projek merupakan suatu rancangan kerja yang melibatkan murid dalam suatu kajian terhadap sesuatu perkara yang dipelajari atau diminati. Kerja projek menggalakkan murid bertambah aktif, kreatif serta berinisiatif. Sifat bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat juga dapat dikembangkan. Tempoh yang digunakan berbeza dari empat puluh minit hingga seminggu atau lebih.

Contoh Kerja Projek


Menyediakan carta cuaca. Mengumpul setem Mengumpul poskad pelbagai ibu kota & tempat bersejarah. Mengumpul berbagai jenis daun kering. Menyiapkan zoo mini. Menyediakan akuarium yang mengandungi pelbagai ikan. Melabelkan barang di dalam kelas. Menghias kelas. Menyediakan buku skrap Melengkapkan setiap sudut pembelajaran seperti Sudut Bahasa, Sudut Sains, & Sudut Matematik. Mengadakan lakonan berdasarkan petikan yang dibaca. Membersihkan & menanam pelbagai jenis tanaman di kebun sains. Membuat lawatan ke kilang dsbnya yang berkaitan dengan topik pelajaran.

You might also like