Professional Documents
Culture Documents
Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Dalam Konteks Sekolah Dan Kurikulum Tersirat
Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Dalam Konteks Sekolah Dan Kurikulum Tersirat
Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam mengubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan.
Pengenalan
Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu. Peranan utama sekolah adalah mensosialisasikan kanak-kanak mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan budaya kumpulan etnik mereka.
SEKOLAH
Sekolah Wawasan
berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung / satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum & agama. 2 atau 3 buah sekolah yang berlainan aliran & pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama & berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya.
Perkongsian kawasan & kemudahan sekolah ini memungkinkan usahausaha penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman & toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi.
Matlamat
Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran.
Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid. Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum.
Sekolah Bestari
Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif
Teknologi sebagai pengupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari diwujudkan sebaga satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi proses pengajaranpembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat.
Proses P & P-- proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran-pembelajaran, akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Bahan P & P dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut: Bahasa Melayu Bahasa lnggeris Sains Matematik
Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan.
Selain itu, ibu bapa, komuniti, dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang Iebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak ini akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran, dan sebagainya.
Program ini dibentuk dengan merangkumkan sains fizik, kimia dan biologi alam sekitar dan interaksi komponen-komponen tersebut antara satu dengan lain dan dengan manusia. Program ini juga akan melibatkan pengambilan kursus-kursus pengurusan dan ekonomi dengan penekanan kepada kemahiran pengurusan alam sekitar.
Kurikulum Tersirat
Sekolah sbg satu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Sekolah yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah.
Sekolah juga wajar mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mencinta dan meluhurkan bendera negara, lagu kebangsaan, dan bahasa kebangsaan. Sikap, nilai, dan sahsiah yang sempurna juga harus diterapkan ke dalam diri murid oleh pihak sekolah.
~ Membentuk akhlak atau peribadi mulia supaya menjadi contoh teladan kepada orang lain. Pelajar-pelajar akan mencontohi tingkah laku guru. Contohnya, guru bercakap kasar di dalam kelas, maka murid akan bercakap kasar dalam kehidupan seharian juga. Guru harus memberi teguran apabila mendapati murid-murid melakukan tingkah laku yang tidak diingini. Guru harus memberikan pujian kepada murid yang membuat sesuatu yang baik atau betul.