Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Bendera Negeri-negeri Selat Melaka, Pulau Pinang, Dan Singapura merupakan Kawasan Yang telah diisytiharkan sebagai kawasan

NNS.

PENDAHULUAN
Negeri-negeri Selat atau juga dikenali sebagai Kawasan Penempatan Selat merupakan gabungan dari kawasan - kawasan yang dimiliki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Asia Tenggara, Iatelah diberi Pemerintahan Kolektif pada tahun 1826 sebagai Koloni Mahkota yang juga diberi kepada protectorates iaitu merujuk kepada "native princely states" yang meliputi Negerinegeri Melayu Bersekutu.

JAJAHAN TAKLUK AWAL


Pulau Pinang (Prince of Wales Island) Seberang Perai (Province Wellsesly)

Melaka Christmas Island, Cocos & Keeling (Australia)

Pulau Labuan Kepulauan & Jajahan Dinding ( Daerah Manjung Perak)

SEJARAH PENUBUHAN
NNS (1826-1946) Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen

London (1 April 1867)


Wilayah asal: Melaka, Singapura, Pulau Pinang dan Dinding

bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau Pinang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan India telah mengangkat Pulau Pinang menjadi Presidency ke-4 selepas Madras, Bombay dan Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketua negara. Singapura yang ditubuhkan pada 1819 dengan seorang Residen yang bertanggungjawab kepada Kerajaan India.

Sebelumnya iaitu di antara 1819-1823, semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu dan bukan dari Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura terus diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui pertukaran dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan Perjanjian InggerisBelanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan India.

Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk menyatupadukan ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan tujuan untuk mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. NNS ini terus menjadi Presidency ke-4 dan Pulau Pinang dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahanarahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran Negerinegeri Selat dipindahkan ke Singapura.

Kedudu kan Jauh

Cukai Pelabu han

Lanun

Akta Mata Wang

NNS: IndiaLondon

Kongsi Gelap

Bandu an

Wakil Tempa tan

KEDUDUKAN INDIA JAUH DARI NNS


Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidak ada pegawai-pegawai India yang mengetahui akan kedudukan sebenar Negeri-negeri Selat. perbezaan besar dari segi politik dan sosial, menyebabkan segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan India seringkali bertentangan dengan kehendakkehendak dan keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.

MASALAH LANUN
Kejadian rompakan berlaku berleluasa di Selat Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa puak seperti Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lainlain. membakar kapal-kapal perdagangan serta membunuh anak-anak kapal atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah pasti menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat.

KONGSI GELAP
Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanya mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Kerajaan India menggunakan sistem indirect rule iaitu memberi kebebasan kepada kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. sering terjadi pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan.

TIADA WAKIL TEMPATAN


Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan pentadbiran undang-undang digubal dan diluluskan di majlis perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahliahli dan pegawai-pegawai yang jahil mengenai keadaan NNS dan tidak sesuai dgn sosioekonomi masyarakat di NNS.

PETEMPATAN BANDUAN
menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah dihantar ke NNS dari India. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan menjejaskan imej NNS dan mengancam nyawa mereka. Besar kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selat akan merosot kerana saudagar asing akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan.

AKTA MATA WANG (1855)


akta ini menjadikan mata wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi menggantikan mata wang ringgit perak dan sen. Bantahan telah timbul oleh para pedagang kerana nilai Rupee yang tidak stabil berbanding ringgit.

PENGENAAN CUKAI PELABUHAN (1856)


Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi. Untuk mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan cukai pelabuhan. Pada tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan Indiauntuk mengenakan cukai pelabuhan di NNS. Taraf pelabuhan bebas di Singapura telah dihapuskan.

You might also like