Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

KRAF TRADISIONAL ANYAMAN

PEMBENTANG: FREDERICK BRYAN YONG SHAHRUL NIZAR BIN REDUAN

DEFINISI
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (175694) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

JENIS-JENIS ANYAMAN
JENIS ANYAMAN Anyaman Mengkuang Anyaman Pandan Anyaman Buluh BAHAN Daun mengkuang Daun pandan duri Jenis-jenis buluh yang sesuai HASIL ANYAMAN Tikar, tudung saji, bekas pakaian dll Tikar sembahyang, hiasan dinding Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dll

Anyaman Rotan
Anyaman Lidi Anyaman ribu-ribu

Rotan yang telah diproses


Lidi kelapa Paku pakis ribu-ribu

Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dll


Lekar, bekas buah, bekas telur Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas serba guna dll

TOKOH ANYAMAN PANDAN DAN MENGKUANG


Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.

LAIN-LAIN TOKOH YANG TELAH MENCIPTA MOTIF ANYAMAN


Cik Siah bt Jumaat (Terengganu) : kelarai Sambas Hajah Asiah bt Salleh (Terengganu) : kelerai Tapak Harimau Hajah Semek (Terengganu) : kelerai Mak Mek Esah bt Said (Kelantan) : kelerai Sisik Kelah Dayang Aisah bt Awang Husin (Sabah) : kelerai bunga

CONTOH-CONTOH KELERAI

ALATAN
Parang : digunakan memotong daun-daun pandan dan mengkuang dari pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun. Tempayan : digunakan untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang Besen/baldi : digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.

Pisau : digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah disisipkan akan meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu akan dikerat sebagai langkah terakhir proses anyaman. Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan sekeping besi nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun. Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang mempulur daun. Tali sabut ini diikat menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu jari dan jari telunjuk. Daun pandan dan mengkuang akan melalui di antara jari tersebut dengan kedudukan mempulurnya menghala ke atas.

Jangka :Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Tangkai jangka diperbuat dari buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu, ia bergantung pada jumlah serta jarak mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang kecil dan sebaliknya. Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan mengkuang menjadi bilah-bilah atau helaian daun.

Pelurut : Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah antara 17cm panjang dan empat hingga lima sentimeter lebar. Pelurut digunakan bagi melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan pelurut. Pelurut juga digunakan sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan

Penyisip : diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing di bahagian hujungnya Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses anyaman. Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman dari terburai

PEWARNAAN
Pewarnaan cara tradisi - tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan ialah: - kuning : kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air mendidih - kuning pinang masak : buah kesumba India ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih. Untuk warna yang terang, dicampur dengan kapur sirih - merah pinang masak : proses sama dengan warna kuning - biru kehitaman : daun mengkudu digunakan

Pewarnaan cara moden -menggunakan penyelup dyestuff (Samasa Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna- warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang digunakan. - Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup se;ama antara 15 hingga 20 minit.

CORAK ANYAMAN TIKAR


Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara selangseli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat 11 corak yang dianyam iaitu:

Corak Tapak Catur seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil cantuman warna cerah dan gelap Corak Mata Bilis menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan beras patah.

Corak Beras Patah menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini memberi gambaran seakan-akan beras patah.
Corak Palembang berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan putih.

Corak Bugis berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam bentuk berdiri dan serong. Corak Muar berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru. Corak Selang-seli penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari. Corak Berdiri kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.

Corak Serong corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam. Corak Ketapang Gilir Kacang seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap. Corak Malaysia corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru

LANGKAH ANYAMAN TIKAR


1. Bilah daun diletakkan bersilang dan bertindih di antara satu sama lain. 2. Hujung bilah (A2) dilipat keliling 3. Bilah daun baru ditambah (C) 4. Bilah daun baru ditambah (D) dan sebahagiannya bertindih dengan bilah (A) 5. Bilah (B2) dilipat ke atas melalui sebelah belakang bilah (C1-C2) 6. Bilah (B1) pula dilipat ke atas 7. Bilah (A1) dilipat ke bawah 8. Bilah (B2) dilipat ke bawah 9. Dua bilah baru ditambah (E dan F) 10. Bilah (C2) dilipat mengelilingi bilah (E) 11. Bilah (A1) dilipat ke atas dan bilah (D1) ke bawah

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMULAKAN ANYAMAN TIKAR (PROSES PENYEDIAAN DAUN)


1. Pemilihan dan pemotongan daun Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau muda, sekurang-kurangnya berusia kurang dua tahun. Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu yang sesuai untuk mengambil daun ialah pada waktu pagi atau petang bagi mengelakkan daun dari cepat layu. Daun ini kemudiaannya disusun berlapis-lapis, antara tiga hingga lima helai, dan dipotong di bahagian pangkal dan hujung daun. Selepas itu duri di bahagian tulang belakang(mempulur) daun dibuang.

2. Melayur daun Daun dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuningkuningan. Proses ini dilakukan supaya daun menjadi lembut dan lebih tahan lama. Daun yang lembut akan memudahkan proses menjangka.

3. Menjangka daun Menjangka merupakan proses membelah/ mengoyak/ mencarikkan daun tersebut menjadi bilah-bilah atau helaian daun yang kecil. Penggunaan alat jangka diperlukan bagi proses ini. Daun diletakkan di atas peha yang telah dialas dan jangka bermata tajam dicucuk pada daun dan ditarik pelahan-lahan.

4. Melurut Daun yang telah dijangka akan dibiarkan selama lebih kurang satu jam supaya kering. Kemudian daun tersebut dilurut menggunakan pelurut. Proses melurut dilakukan berulang kali supaya bilah atau helaian daun menjadi lembut dan tidak bergulung.

5. Merendam Selepas dilurut, bilah-bilah daun ini diikat atau ditongkolkan untuk direndam. Tongkol-tongkol direndam di dalam tempayan yang mengandungi air biasa selama dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali sehari. Bilah-bilah pandan/mengkuang direndam untuk melunturkan warna asalnya (hijau). Ikatan tongkol ini kemudian dibuka untuk dicuci dan dijemur.

SEKIAN

You might also like