Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Disediakan oleh : Tefanny Makius : Safuan Safri : Muhd.

Syahril

BIODATA RUDOLF DREIKURS

TEORI DREIKURS Rudulf Dreikurs (1897-1972) merupakan seorang psikatris dan pendidik yang popular di Amerika Syarikat. Beliau memperkembang sistem psikologi individu Alder supaya membina sesuatu kaedah pragmatik untuk memahami tujuan dan punca masalah tingkah laku kanak-kanak serta merangsangkan tingkah laku koperatif tanpa hukuman atau ganjaran. Dreikurs menumpukan fokus kajian untuk pra-remaja. Mengikut beliau, masalah tingkah laku kanak-kanak harus ditangani oleh pihak sekolah dan rumah bersama. Ini menunjukaan Dreikurs lebih menekankan pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Pada pendapat beliau, disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat.

Dreikurs menyatakan bahawa setiap tingkah laku mempunyai tujuan tertentu. Maka, beliau telah membina instrumen yang paling berkesan untukk memahami tingkah laku seseorang kanak-kanak. Pertama sekali, beliau menyatakan bahawa terdapat empat matlamat bertingkah laku yang tidak diingini. Dreikurs menyatakan bahawa seseorang individu bertingkah laku buruk akibat kekurangan keperluan kepunyaan dalaman serta kekurangan memberi sumbangan kepada sesuatu kumpulan yang berinteraksi dengannya. Matlamat kedua ialah bagi memenuhi kekurangan keperluan tersebut, individu akan berusaha menggunakan tingkah laku tidak diingini untuk mencapai matlamatnya. Dreikurs menyatakan bahawa sebab utama individu tertingkah laku buruk ialah keperluan perhatian. Matlamat ketiga bagi berlakunya sesuatu tingkah laku tidak diingin ialah sekiranya tidak dapat perhatian yang dihasrat, individu itu akan merajuk dan berusaha membalas dendam. Matlamat yang keempat pula melibatkan keadaan wujudnya inferioriti kompleks dalam diri kanak-kanak tersebut sekiranya gagal membalas dendam.


Ini menunjukkan semua kanak-kanak mempunyai perasaan untuk dimiliki. Mereka mahukan satu keadaan dimana mereka selalu dihargai dan juga diberikan penghargaan . Kebanyakan tingkah laku mereka adalah untuk menarik perhatian orang lain agar memberikan perhatian kepadanya. Segala kesilapan berkaitan dengan empat kesilapan, iaitu mendapatkan perhatian, kebolehan mencari, membalas dendam, dan mempamerkan ketidak puasan hati.

Bagi menangani tingkah laku tidak diingini tersebut, Dreikurs telah mengusulkan empat langkah menangani tingkah laku sedemikian. Langkah pertama ialah guru perlu berusaha mengenal pasti matlamat tersilap murid, iaitu dengan memberi perhatian kepada responnya terhadap tingkah laku buruk muridnya sambil memerhati tindak balas murid tersebut. Langkah kedua ialah guru tersebut harus menentang matlamat tersilap itu dengan keterangan yang munasabah melalui perbincangan logik tentang kesilapan yang diaplikasikan oleh muridnya. Dalam langkah ketiga, guru itu perlu mengelakkan rampasan kuasa dengan menarik balik imej autoriti guru, sebaliknya turunkan kuasa kepada murid bertingkah laku buruk iaitu memberi peluang mengarah dan membuat keputusan. Selain itu, Dreikurs juga mencadangkan langkah-langkah menangani tingkah laku membalas dendam, misalnya dengan memberi sokongan yang konsisten kepada murid bermasalah agar menonjolkan prestasi baiknya supaya mudah mendapat perhatian orang lain. Dalam langkah keempat pula, seseorang guru perlu memberi galakan kepada murid bermasalah dengan peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja.

Dengan andaian ini, Dreikurs telah memperkembangkan sistem akibat logikal dan akibat semula jadi yang merangkumi akibat tingkah laku yang buruk. Akibat logikal merupakan hasil tingkah laku yang berikutnya adalah rasional atau bukan-rasional yang mana kedua-duanya melibatkan murid membetulkan kesilapan yang dilakukannya. Misalnya, seorang murid yang tidak menyiapkan kerja dalam bilik darjah, perlu menyempurnakan kerja itu sebagai kerja rumah. Dreikurs menyatakan bahawa dalam bilik darjah yang demokratik, akibat logikal membawa implikasi bahawa murid mengetahui akibat tingkah laku yang tidak diingini terlebih dahulu. Keadaan ini adalah sebab mereka merupakan peserta yang tentukan peraturan dalam sesebuah bilik darjah.


Seterusnya ialah akibat semula jadi yang berlainan sungguh konsepnya dengan akibat logikal. Akibat semula jadi merupakan hasil tingkah laku yang berikutnya berlaku secara semula jadi. Mengikut akibat semula jadi ini, seseorang individu yang bertingkah laku buruk akan menerima akibat yang setimpal dengan tingkah laku buruknya itu. Misalnya, seorang murid yang menumbuk atau menendang dinding bilik darjah dengan kuat akan menjadikan tangan atau kakinya sendiri luka berikutan tingkah laku buruknya itu.

Kesimpulannya, matlamat keseluruhan Dreikurs ialah hukuman bukan suatu kaedah yang berkesan untuk menangani masalah disiplin. Malah, beliau berpendapat bahawa tindakan hukuman guru merupakan balas dendamnya terhadap murid selain menunjukkan autoriti guru selain membawa malu kepada murid yang dihukum itu. Dreikurs percaya strategi paling berkesan menangani masalah tingkah laku ialah pencegahan. Fokus utamanya ialah ke atas tingkah laku konstruktif dan bukan disiplin paksaan. Maka, beliau usulkan pembinaan bilik darjah demokratik dan stail pengajaran dengan menurunkan kuasa kepada murid agar setiap murid dapat menyumbang sebagai ahli bilik darjah. Beliau berpendapat bahawa dengan ini, murid akan mempunyai minat sosial dan memahami manfaat dirinya dalam penyertaan aktiviti bilik darjah.

You might also like