Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Permainan Konda Kondi

Disediakan oleh: Nik Faiz Mohd Faizzudin

Asal Usul
Permainan ini merupakan salah satu ciptaan masyarakat melayu pada zaman dahulu. Juga dikenali sebagai Perik Mata kerana memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain ketika memikirkan arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis.

Tujuan

Permainan

Permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelaknya daripada disambut oleh pemain lawan.

Kawasan

Permainan

Kawasan yang terbuka dan lapang

Peralatan
Dua batang kayu kecil berbentuk bulat. Berukuran 15cm dan 30 cm. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Kayu Anak dan kayu Ibu

Undang-undang Permainan
jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira mati. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira mati dan kumpulan B akan memulakan permainan pula.

Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira mati dan perlu memberhentikan permainan. Pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan.

Cara Bermain
Pemain dibahagikan kepada 2 pasukan yang yg sama byk bilangannya. Undian dibuat untuk menentukan pasukan yang memulakan dahulu. Pemain yg memulakan prmainan berdiri dekat lubang tmpt bermain. Pasukan lawatan brdiri pada arah bertentangan dengan kedudukan yg berselerak.

Kayu pendek (anak) diletakkan di dalam lubang secara melintang. Pemain akn menguis kayu anak kehadapan dengan menggunakan kayu ibu. Ukur jarak antara kayu anak dengan lubang dengan menggunakan kayu panjang. Mata dikira berdasarkan bilangan yg dibuat. Sekiranya pasukan lawan dapat menangkap kayu anak yg dikuis, pemain

Permainan diteruskan oleh ahli pasukan lain. Mata yg diperolehi oleh kesemua ahli pasukan akan dikumpulkan. Pasukan yg berjaya mengumpul mata paling banyak dikira pemenang.

You might also like