Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Teori Kecergasan Manusia

Pengenalan
Howard Gardner adalah seorang ahli psikologi pengembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau lebih dikenali melalui sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Pelbagai Kecerdasan (Multiple Intelligences). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semula jadi tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan.

Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Maka, beliau telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan tersebut boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Kelapanlapan kecerdasan adalah dihuraikan seperti berikut :

Linguistic intelligence ("word smart"): Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart") Spatial intelligence ("picture smart") Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart") Musical intelligence ("music smart") Interpersonal intelligence ("people smart") Intrapersonal intelligence ("self smart") Naturalist intelligence ("nature smart")

Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut: PERKATAAN (linguistic intelligence) NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence) GAMBAR (spatial intelligence) MUZIK (musical intelligence) REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence) PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence) PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

Gardner berpendapat bahawa seseorang individu boleh cemerlang dalam satu bidang tetapi dalam bidang yang lain kemungkinan mereka gagal melakukannya dengan baik. Sebagai contoh, seorang pelumba kereta F1 mungkin cemerlang dalam bidang tersebut tetapi tidak berjaya dalam bidang yang melibatkan penaakulan, begitu juga sebaliknya.

Walaubagaimanapun, Gardner (2005), telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu existential intelligent yang digelar oleh beliau sebagai intelligence of big question . Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Kesembilan kecerdasan yang rendah dalam jenis kecerdasan yang lain.

Kesimpulan
Oleh itu, kita sebagai seorang guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.

Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan. Kesimpulannya, dalam konteks pendidikan, gurulah yang memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

SEKIAN

You might also like