Sejarah Kesultanan Melayu Melaka

You might also like

You are on page 1of 28

SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA

(TH20103)
PENSYARAH:

DATUK HJ. MAZLAN BIN ABDULLAH


NAMA PEMBENTANG MUHAMMAD FARID BIN MD. NAVI NOR HIDAYAH BINTI JUSOF NO. MATRIX BT10110118 BT10110134

FAZITAH BINTI ABDUL MALIK

BT10110056

SOALAN 4 :

Bincangkan Asal Usul Parameswara dan Pengasasan Melaka serta Pemerintahannya

KMM : Pengenalan
Kesultanan Melayu Melaka telah dikenali sebagai salah sebuah empayar terbesar dalam Sejarah Melayu. Ia telah memulakan zaman kegemilangannya pada abad ke-14 hasil daripada usaha usaha yang dilakukan oleh pengasas Melaka iaitu PARAMESWARA.

KEDUDUKAN MELAKA

Asal Usul Parameswara


Sulalatus Salatin = Raja Iskandar Shah ( Keturunan Iskandar Zulkarnain) Catatan China & Portugis = Pai-li-mi-sula / parameswara / Permaisura (keturunan Sailendra (pemerintah kerajaan Srivijaya); Suma Oriental Tome Pires) Seorang anak Raja yang berasal dari Palembang, Sumatera (Indonesia) iaitu tanah jajahan takluk Majapahit Putera kepada Paduka Seri Maharaja (Damia Raja) dan ibunya, Damia Puteri merupakan anak kepada Tun Perpatih Permuka Berjajar (Raja Kecil Muda Bendahara Singapura yang pertama; Sri Tri Buana) Tome Pires = Pwara dilahirkan pada tahun 1334 dan pd tahun 1390, baginda menggantikan tampuk pemerintahan Ma-na-ha-paulin-pang sebagai penguasa Palembang Merupakan menantu Hayam Wuruk (m.m 1334-1389), Raja Majapahit yang terakhir

Tahun 1389 baginda terlibat dalam masalah perebutan takhta kerajaan Majapahit selepas kemangkatan Raja Hayam Wuruk Baginda tewas dan terpaksa melarikan diri bersama pengikutnya ke Utara Pulau Sumatera sehinggalah tiba di Temasik (Singapura) yang berada di bawah naungan Siam pada masa tersebut Rombongan Parameswara telah disambut baik oleh pemerintah Temasik iaitu Tamagi Parameswara telah melakukan rampasan kuasa dengan membunuh Tamagi dan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Temasik Kedudukan baginda di Temasik tergugat apabila ditumpaskan oleh Kerajaan Siam dan Jawa

Parameswara terpaksa berundur dari Temasik dan tiba di beberapa buah kampung seperti Muar, Biawak Busuk, Sungai Ujong dan sehinggalah tiba di Kuala Sungai Bertam (Sungai Melaka) Sej. Melayu = Raja Iskandar merupakan raja terakhir Singapura Anak Sang Rajuna Tapa telah menjadi gundik baginda tetapi dibunuh kerana difitnah oleh gundik2 lain SRT berpakat dgn Bentara Majapahit di Tanah Jawa dan memintanya melanggar (menyerang) Singapura Singapura kalah, Raja Iskandar dan para pengikutnya terpaksa melarikan diri meninggalkan Singapura dan terus ke muar sehinggalah sampai ke Sungai Bertam

Suma Oriental = Dikatakan bahawa semasa berada di Muar, sekumpulan orang2 Selat telah berjumpa dgn Parameswara dan memohon agar baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih sesuai, iaitu Bertam Kuala Sungai Bertam (Sungai Melaka) = - Merupakan sebuah perkampungan kecil yang menjadi tempat persinggahan pedagang2 kecil - Sebahagian besar penduduknya terdiri daripada Orang laut dan Orang Selat yang menjadi nelayan serta pedagang kecil - Mereka menerima baik kedatangan Parameswara dan menjadikannya ketua di tempat tersebut

Pengasasan Melaka
Tarikh pengasasan Melaka = Perdebatan mengenai tarikh sebenar pengasasan Melaka telah menimbulkan banyak keraguan, walau bagaimanapun ramai sarjana bersetuju bahawa pengasasan Melaka adalah ekoran dpd kejatuhan Majapahit iaitu pada sekitar akhir kurun ke-14; Tome Pires (Suma Oriental) tahun 1400M; Sumber Sejarah Melayu (Raffles ms 18) tahun 1394M; O.W. Walters tahun 1399/1400M; Rekod Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming) tahun 1403M (ketibaan Yin Ching ke melaka); Catatan Ma Huan dan Fei Xin tahun 1409M (kunjungan zheng he ke melaka (wu yu) yang dihantar oleh maharaja ming)

1
2 3

Peristiwa Pelanduk Putih

Kedudukan Geografi yang Strategik

Muara Sg. Bertam sangat dalam & sesuai bg. Pelabuhan kapal2 besar

Bukit2 sebagai kubu semula jadi

Asal Usul Nama Melaka = Bersempena dengan nama pokok tempat Parameswara berehat ketika keluar berburu di mana baginda melihat peristiwa pelanduk putih menendang anjing baginda sehingga jatuh ke sungai Pokok Melaka; Gasper Correa (1551) Malagas/ Mulagas- sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin (sebelum kedatangan Pwara); Suma Oriental Malaya yang bermaksud tempat perlindungan; India Malayakolam/ Malayaka negeri orang melayu; Pedagang Arab - Mulagah tempat berjumpa; Pendapat lain Mirabolons sejenis buah yang dikeringkan; Multaqam tempat berkumpul ; Malakat/ Malaqqa tempat berniaga

POLITIK
Pada abad ke-15, melaka telah menjadi pusat kegiatan politik,ekoran daripa sistem pntdbiran yang sistemetik. Sistem pentadbiran dimelaka mempunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki pemerintahan iaitu :- golongan pemeritah ->raja/sultan,pbesar - golongan diperintah ->rakyat biasa,hamba Sultan memainkan peranan yang terpenting dan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.

Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya.

Pembentukan Undang2 Melaka : Untuk memastikan kestabilan politik dan Negara,Kerajaan Melaka pada masa tersebut telah mengubal undang-undang yang bertujuan untuk melancarkan pentadbiran Terdapat dua undang-undang di Melaka. -hukum kanun melaka-> merupakan undangundang darat melaka yang mana merangkumi peraturan -undang-undang laut melaka ->dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut

EKONOMI
Menggalakkan para pedagang dari luar datang ke Melaka untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Ekonomi Melaka sangat terkenal pada ketika itu dan menjadi persinggahan pedagang2 luar. Melaka menjadi pusat ekonomi yang maju disebabkan kedudukannya yang strategik yang berada di laluan selat Melaka. Pada zaman pemerintahan parameswara Melaka telah menjadi sebuah pusat perdagangan yang makmur dan tersebar di seluruh dunia.

Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya


terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Oleh itu Melaka menjadi pelabuhan yang sangat sibuk.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah

pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan


ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of

Venice.)
Pada tahun 1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, beliau melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo. 1412,parameswara menghantar lagi utusan dengan hadiah-hadiah ( ASAL-USUL NEGERI2 DI MALAYSIA)

Para pedagang dari India, Arab dan Jawa membawa bunga cengkih,buah pala,bunga pala, lada hitam dan emas untuk diniagakan di Melaka Pedagang dari Burma membawa Beras, kayu jati,batu delima dan perak

SOSIAL
Melaka telah menjadi sebuah pusat pengumpulan barangan dan
pengagihan barangan yang pada mulanya sebuah kampung nelayan. Parameswara telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan

China sebagai langkah keselamatan negeri itu. Kerajaan Ming di bawah


pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka.

Maharaja China telah mengurniakan alat-alat kebesaran seperti cop


mohor, satu persalinan pakaian daripada sutera dan payung kuning kepada Parameswara sebagai tanda bahawa Kerajaan China bersedia

melindungi Kerajaan Melaka dari ancaman musuh

kemudahan pelabuhan yang membekal air bersih, makanan dan khidmat membaiki kapal dititikberatkan; hubungan diplomatik dengan kuasa lain seperti Siam dan China diusahakan dan bantuan Orang Laut untuk menjaga keselamatan perairan Melaka diberi sepenuh perhatian. Parameswara telah cuba menjamin keselamatan kapal-kapal dagang dengan memerintah orang-orang Bugis dan Selat untuk mengawal kawasan perairan. Orang2 ini juga merupakan pasukan keselamatan yang ditugaskan untuk menarik perhatian dan menggalakkan pedagang singgah di Melaka

Hasilnya, kuasa asing mula singgah di situ, tidak saja untuk mendapatkan bekalan air bersih tetapi untuk menjalankan perdagangan. Pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama Mulaqah yang bermaksud pertemuan selain Malakat iaitu perhimpunan segala dagang. Antara institusi yang menjadi simbol dan pegangan diraja yang telah diwujudkan Parameswara ialah Salasilah Diraja,Perjanjian Sri Tri Buana- Demang Lebar Daun, alat- alat kebesaran Diraja, Bahasa dab Gelaran, Adat istiadat dan Larangan, Peraturan dan Undang-

undang, berpegang teguh dengan Agama Islam dan Susunan


Kerajaan Selepas kemangkatan Parameswara, hubungan Melaka-China terus

terjalin demi kepentingan dan kemajuan perdagangan Melaka

Kronologi pemerintahan parameswara 1388/89 1390/91 = 3 tahun di Palembang 1391/92 1396/97 = 6 tahun di Singapura 1397/98 1398/99 = dalam perjalanan ke Melaka, mendirikan kota di Muar 1399/40 1412/13 = 14 tahun di Melaka dan mangkat pada tahun 1413 (Rahmat bin Saripan; Pebukaan Negeri Melaka) Terdapat juga perdebatan antara para penulis bahawa Parameswara mangkat pada tahun 1424 dengan nama Megat Iskandar Shah

Perkembangan kesultanan melayu melaka


1. TAHAP PEMBUKAAN (1400 1424)

2. TAHAP PENGUKUHAN (1424 1446)

3. TAHAP KEGEMILANGAN (1446 1488)

4. TAHAP KEJATUHAN (1488 1511)

KESIMPULAN
Akhirnya Melaka menjadi pusat pedagangan dan pelabuhan yang sangat masyur di dunia hasil usaha yang dilakukan oleh Parameswara yang merupakan seorang pemerintah yang sangat bijaksana. Pendek kata parameswara telah berjaya meletakkan asas kerajaan yang kukuh dalam Alam Melayu pada masa itu. Pada zaman pemerintahan baginda juga perhubungan antara Melaka dengan Negara China berjalan lancar sehinggakan Parameswara telah menghantar utusan dari Melaka ke Negara China sebanyak enam kali dengan tujuan untuk mengukuhkan perhubungan persahabatan dan juga perniagaan. Baginda juga telah berjaya memerintah Melaka selama 14/20 tahun dan mangkat pada tahun 1414/1424 dan sebelum dikebumikan, puteranya Sri Maharaja Muhammad Syah telah diiytiharkan sebagai raja Melaka yang kedua.
Pengasasan Melaka dan sistem pentadbiran yang cekap oleh Parameswara telah membawa kepada asas pemerintahan sultan2 selepasnya. KMM jatuh pada tahun 1511.

RUJUKAN
1. 2. 3. Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Selangor: Marwilis

Publisher and Distributors Sdn.Bhd;


Kong Yuanzhi. 2000. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia; Muhammad Yusoff Hashim. 1989.Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka;


Prof. Khoo Kay Kim. 1982. Melaka dan Sejarahnya. Melaka: Persatuan Sejarah Malaysia, Cawangan Melaka; 4. 5. Mohd Jamil Mukmin.1994. Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara: Institut

Kajian Sejarah dan Patriositisme Malaysia (IKSEP);


Wisma ILBS.2000. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. International Law Book Services;

6.

Djohan Hanafian.1995. Melayu-Jawa- Citra Budaya dan Sejarah Palembang. Jakarta: PT Raja Grafindo Persada, Jakarta;

7.

Noraini Mohd Yusof.2005. Pengaruh Melaka. Selangor: Uni- Text Distributors Sdn Bhd;

8.

Ghazali Lateh dan SMSI. 2006. Fakta Sejarah 1. Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd;

9.

Melaka- Historic Tourism.2001. Melaka: Melaka State Government;

10. Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan. 1979: United Selangor Sdn Bhd;

11. Rahmat Bin Saripan. Pembukaan Negeri Melaka- Kertas Kerja 1;


12. Zakiah Hanum.1989. Asal-usul Negeri Negeri di Malaysia: Times Books International;

13.

Abdul Rahman Haji Ismail.2005. Malaysia:

Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka; 14. Pengajian Malaysia-Sejarah Tanah Melayu.

Petaling Jaya,Selangor : International Law Book Services; 15. Zawiah Ahmad, Ismail Ahmad. Siri Pendidikan

Lengkap- Sejarah. Selangor: Mikamas Sdn Bhd.

Good Luck you all..!!

Alhamdulillah.. kenyang Ilmu.

You might also like