Banding Beza Fitrah Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Agama

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Banding beza fitrah kejadian manusia mengikut perspektif agama dan biologi

Nama : 1. Nur Afifah Bt Razak 2. Sangeetha 3. Nurul Husna 4. Nooramiza

Apa itu fitrah manusia?


Perkataan fitrah berasal daripada bahasa Arab yang bererti sifat, asal, kejadian, kesucian, bakat atau tabiat. Fitrah merupakan : 1. Satu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental. 2. Suatu ketetapan tuhan sejak manusia itu belum dilahirkan yang merangkumi aspek potensi bakat semula jadi keupayaan mental dan fizikal.

Perspektif agama
Ragib Al Isfahami ,Fitrah merujuk kepada kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang menciptakannya. Al-Ghazali (1971) mengatakan bahawa setiap insan wajib mengenali Allah S.W.T yang merupakan fitrah manusia dalam usaha mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. -Beliau menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu unsur roh dan jasad.

Kehidupan beragama merupakan fitrah manusia di muka bumi ini.Hal ini ditegaskan Allah S.W.T dalam (surah Ali-Imran:19) Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah S.W.T. hanyalah Islam. -Persamaan taraf Tiada paksaan untuk memasuki agama islam. Kesimpulan : secara fitrahnya manusia dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik yang dianugerahkan oleh penciptanya.

Perspektif biologi
Fitrah manusia mengikut perspektif biologi memperlihatkan asas-asas genetik seperti baka dan persekitaran yang menyumbang kepada pembentukkan diri seseorang. Baka yang mempengaruhi perbezaan individu dari aspek : 1. Mental tahap kecerdasan seseorang 2. Fizikal warna rambut, mata, kulit, tinggi. 3. Emosi temperamen atau kesabaran menghadapi cabaran.

Persekitaran - Faktor persekitaran juga menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah kejadian manusia daripada aspek berikut: Latar belakang keluarga Pengaruh rakan sebaya Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Sumber teknologi Guru dan sekolah.

Fitrah kejadian manusia menurut perspektif biologi Manusia dilahirkan dengan sifat-sifat atau ciri-ciri yang diwarisi daripada ibu bapa mereka sendiri. Perkembangan intelek dan potensi diri individu boleh dipengaruhi oleh rakan sebaya Latarbelakang keluarga boleh mempengaruhi tingkah laku dan personaliti manusia Sumber teknologi turut menyumbang kepada perbezaan individu.(ilmu) Interaksi yang kompleks antara gen-gen dapat menjadikan sikap seseorang itu cenderung ke arah kebaikan mahupun kezaliman

Fitrah kejadian manusia menurut perspektif agama Manusia dilahirkan dengan sifat-sifat atau ciri-ciri yang dianugerahkan oleh penciptanya Perkembangan intelek dan potensi individu adalah merupakan suatu nikmat yang dikurniakan. Ilmu agama dan juga hidayah dari tuhan dapat mengubah tingkah laku seseorang individu Ilmu dapat diperolehi hanya dengan kehendak tuhan, dan ilmu yang diperolehi itu datangnya daripada tuhan Baik atau tidak bergantung kepada penghayatan terhadap ilmu agama, serta mempraktikkan dalam kehidupan seharian

Sifat fizikal dipengaruhi oleh faktor keturunan Kebudayaan dan kesenian masyarakat menyumbang kepada falsafah hidup yang berbeza.

Sifat fizikal adalah anugerah daripada tuhan bertujuan supaya kita berfikir Segalanya berlaku berdasarkan kadar penghayatan dalam agama.

You might also like