Bab 3 Pluraliti Dan Masyarakat Pluralistik Di Malaysia

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Bab3

Pluraliti Dan Masyarakat Pluralistik Di Malaysia (Minggu 4 24-28.01.2011)

Pengenalan
Pluralisme budaya bukan fenomena baharu dalam Alam Melayu. Pertemuan dan pertembungan budayabudaya besar dunia melahirkan fenomena istimewa kepluralitian budaya. Bab ini menjelaskan hakikat sejarah dan membahagikan 2 tahap: kepluralitian budaya dalam Alam Melayu dan di Malaysia.

Pluralisme Budaya Alam Melayu


Sebelum kedatangan kuasa Eropah Alam Melayu tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia kepluralitian bersifat semula jadi dan bukan paksaan.

Tujuan migrasi berdagang secara sukarela, mencari kehidupan dan kekayaan, tujuan pendidikan dan keagamaan membawa proses pengindiaan (Indianisation) pengaruh pada aspek agama (Hinduisme dan Buddhisme), politik (sistem kerajaan, Orang Besar) dan kebudayaan (bahasa, pertunjukan pentas).

Bahasa: Penggunaan bahasa Sanskrit. Sastera India : Epik Hindu Ramayana.

Wayang Kulit Ramayana dan Mahabhrata. 4. Pengaruh tarian : Natyasastra Bharata Muni

mempengaruhi seni rakyat tradisional wayang kulit Gedek, Ramakien; Nora Chatri atau Menora; Main puteri, Ronggeng & Boria.

bersama ahli keluarga atas persetujuan sebulat suara untuk menetap mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan. Terdapat unsur-unsur akomodasi berkahwin dengan penduduk tempatan, saling bertukaran amalan dan adat resam.

Pembentukan Masyarakat Pluralistik oleh Penjajah


Semasa penjajah British datang ke Alam Melayu Eropah mengalami perubahan epistemologi pemisahan antara negara (state) dan agama (church). Majoriti menyokong sains moden dan menyebabkan agama menjadi anutan individu. Ilmu sains menjadi asas kepada segala aspek kehidupan duniawi manusia termasuk ilmu pemerintahan dan pentadbiran.

Maka, Pihak British menguasai pentadbiran negara manakala hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu di bawah pengawasan sultan. British mengamalkan pengagihan kuasa kehakiman, eksekutif dan perundangan. Bernard Cohn kolonialisme bukan sahaja menakluki ruang fizikal tetapi juga ruang epistemologi atau sistem pemikiran.

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia


Perbincangan tentang pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia tertumpu kepada Melayu, Cina dan India kerana mereka memainkan peranan dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomipolitik British. Perkembangan perusahan bijih timah dan getah pada abad ke-19 & 20 mengakibatkan penghijarahan orang Cina dan India.

Kewujudan pelbagai kaum mengakibatkan satu masyarakat majmuk setiap kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan. Terdapat persefahaman dan hubungan yang baik antara komuniti Melayu, Cina dan India sama-sama berjuang untuk kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka


Politik Kestabilan politk kerjasama antara etnik dengan melaksanakan sistem demokrasi. 1955 Parti Perikatan (UMNO, MCA & MIC) memperjuangkan kemerdekaan mengamalkan sikap bertolak ansur turut mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik. 1974 Barisan Nasional

Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia undang-undang tertinggi sumber kepada segala perundangan lain. Panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik berlandaskan suatu kontrak sosial persetujuan antara kaum.

Pendidikan Sebelum Penyata Razak 1956 wujud 4 aliran pendidikan yang berlainan aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India tidak terdapat satu sistem pendidikan nasional. Terbahagi kepada 3 peringkat: Pertama Pendidikan British rendah dan menengah golongan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.

Kedua sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British menjadikan orang Melayu petani yang lebih baik. British juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Quran. Ketiga sekolah vernakular Cina dan India. Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

Kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat dari sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi matlamat. Pascamerdeka sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata perlajaran & orientasi untuk mencapai satu identiti kebangsaan Malaysia Penyata Razak (1956) & Penyata Rahman Talib (1960)

Bahasa Melayu bahasa rasmi untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain. Namun, ada pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu mempunyai motif ekonomi yang tersirat statistik kemasukan pelajar ke IPT bidang kejuruteraan, sains dan perubatan.

Ekonomi Setelah kemerdekaan, rancangan pembangunan ekonomi terbahagi kepada 4 peringkat: 1. Rancangan pramerdeka Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955); Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama (1956-1960).

2. Perancangan selepas merdeka Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-1965); Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). 3. Perancangan dalam era DEB. 4. Dasar-dasar Pembangunan Negara.

Pada umumnya, sistem ekonomi dipengaruhi oleh sistem ekonomi pasaran bebas (laissez faire); kewujudan sistem ekonomi dualisme Ekonomi Moden & Ekonomi Tradisional - mengidentifikasikan agihan tenaga kerja mengikut kumpulan etnik.

Sektor ketiga (tertiary sector) terdapat ketidakseimbangan antara etnik sektor kerajaan etnik Melayu (termasuk polis); sektor ketiga swasta etnik Cina (bidang pengangkutan, perniagaan dan kewangan) etnik India (pengakutan awam, perniagaan dan kewangan). Dari segi purata pendapatan bulanan kategori Bumiputera ketinggalan.

Kesimpulan
Pluralistik Malaysia muncul akibat hasil interaksi beberapa faktor sejarah pluraliti budaya semula jadi (sebelum penjajahan), penghijrahan (zaman penjajahan). Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup secara berasingan dan mengekalkan kebudayaan masing-masing terdapat semangat persefahaman dan keharmonian kaum yang erat.

You might also like