Apakah Pedagogi Kelas Bercantum

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Apakah pedagogi kelas bercantum?

Pengenalan
Kelas bercantum atau kelas campuran dibuat disebabkan oleh bilangan murid dalam sebuah kelas tidak mencukupi untuk dijadikan kelas biasa. Murid-murid yang digabungkan terdiri dari murid yang mempunyai tahun pembelajaran yang berbeza. Contoh: Tahun 1 bergabung dengan tahun 2 Ianya tidak terhad kepada sekolah kurang bilangan murid sahaja .

Definisi
Mengikut Ee Ah Meng, kelas bercantum ialah sebuah kelas sekolah rendah di mana terdapat murid-murid lebih daripada satu darjah dan diajar serentak oleh seorang guru. Percantuman dibuat disebabkan oleh bilangan murid dalam sebuah kelas tidak mencukupi untuk dijadikan kelas biasa. Ia boleh juga diadakan kerana peruntukan guru di sekolah itu tidak mencukupi untuk mengajar setiap darjah secara berasingan.

Ciri-ciri
a) Murid-murid di dalam kelas bercantum adalah berbeza peringkat umur mereka b) Bilangan muridnya kurang daripada 15 orang dan tidak mengizinkan untuk dijadikan satu kelas tunggal c) Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru adalah mengikut bilangan kelas.
Sumber: Buku Panduan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia (1982)

Masalah-masalah Kelas Bercantum


a) Masalah Pembelajaran
Dalam satu-satu kelas bercantum ada kalanya salah satu kumpulan murid ditinggalkan, iaitu semasa gurunya menyampaikan pelajaran kepada kumpulan murid lain dalam kelas tersebut. Murid-murid sesuatu kumpulan mengalami berbagaibagai gangguan apabila guru mengajar kumpulan lain dalam kelas yang sama. Pengawasan dan bimbingan guru terhadap satu-satu kumpulan dan individu terutamanya dalam kerja-kerja amali boleh dikatakan tidak dapat dilakukan.

Masalah-masalah Kelas Bercantum


b) Masalah Guru

Guru tidak diberi latihan khas untuk mengelola , mengendalikan dan mengawasi kerja kumpulan dalam kelas bercantum. Guru perlu menyediakan bahan untuk memenuhi keperluan murid yang lebih beraneka peringkat dan kebolehannya. Guru terpaksa membuat rancangan pelajaran yang sesuai untuk dua atau lebih kumpulan murid dalam satu waktu. Kekurangan panduan untuk guru menyedia dan meggunakan bahan-bahan pembelajaran yang berkaitan dengan pengelolaan kumpulan,individu dan aktiviti pembelajaran sendiri.

Peranan Guru
i) Melatih murid dengan tugasan harian ii) Melatih murid bertanggungjawab mengendali tugas secara bergilir-gilir iii) Membahagi masa yang seimbang antara dua kelas dalam pengajaran dan pembelajaran iv) Mengurus aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahun1 dan tahun 2 v) Memperluaskan konsep peer tutoring / pembimbing rakan sebaya

Peranan Guru
vi) Menyediakan jadual dan panduan terancang dan banyak membantu sahsiah murid dari segi sifat-sifat kepimpinan, toleransi dan tolong menolong. vii) Menggalakkan interaksi sesama murid viii) Guru perlu memastikan murid-murid melibatkan diri secara aktif

SENARAI ALAT BANTU MENGAJAR DARIPADA PERSEKITARAN


Tempurung Bertangga 10 Tempurung Bertangga 2 Congkak Batu Seremban

Sekian, Terima Kasih!!!

You might also like