Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 48

KATA TUGAS

-KATA PRAFRASA -KATA PASCAKATA


Disediakan oleh: SHAIFULLAH HASAN BASRI PISMP AMBILAN JAN 2010 SEM 5 BM/ PJ/ MZK

Apa itu FRASA?


Unit yang boleh terdiri daripada susunan yang mengandungi sekurang- kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih

Apa itu PRAFRASA?


Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Ianya juga mempunyai fungsi dan tugas dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang

Berapakah jenis kata prafrasa?


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kata bantu Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata arah Kata bilangan

1. Kata bantu
1. 2. 3. Jenis perkataan yang bertugas membantu FK FA FSN dengan menimbulkan makna- makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam

Jenis kata bantu


Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan lampau, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan Contoh perkataan: telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum

Kata bantu ragam menerangkan tentang ragam perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh perkataan: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat

2. Kata penguat
Perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif Berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif

Jenis kata penguat


Penguat hadapan Perkataan yang terletak di hadapan kata adjektif Contoh perkataan: terlalu, paling, agak

Penguat belakang Perkataan yang terletak dibelakang kata adjektif Contoh perkataan: sekali, benar, nian

Penguat bebas Perkataan yang letaknya atau kedua- duanya bebas Contoh perkataan: amat, sangat, sungguh

3. Kata penegas
Disebut sebagai partikel Sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian- bahagian tertentu dalam ayat

Jenis kata penegas


1. Menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian- bahagiannya Contoh perkataan: -kah, -tah, -lah Disebabkan proses pendepanan

2.Menegaskan frasa subjek serta bahagianbahagiannya dan frasa predikat serta bahagian- bahagiannya Contoh perkataan: juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat

4. Kata nafi
Menjadi unsur nafi frasa- frasa predikat 1. FN 2. FK 3. FA 4. FSN Dua bentuk kata nafi bukan tidak

Perkataan bukan unsur nafi bagi: FN FSN Perkataan tidak unsur nafi bagi : FK FA bukan boleh hadir sebelum FK dn FA jika mendukung maksud pertentangan

5. Kata pemeri
Unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa- frasa utama dalam predikat Pemerian dilakukan melalui dua cara: 1. secara persamaan atau ekuatif dengan gunakan perkataan ialah 2. Secara huraian atau kualitatif dengan gunakan perkataan adalah

Kata pemeri ialah hadir di hadapan FN Kata pemeri adalah hadir di hadapan FA, FSN Umumnya tidak boleh hadir bersama- sama kata nafi Terdapat beberapa kekecualian boleh wujud dalam binaan kata nafi dan FA

Kurang digalakkan dalam membentuk ayatayat bahasa Melayu Tidak boleh hadir dihadapan FK atau kata Kerja

6. Kata sendi nama


Perkataan yang terletak di hadapan FN Contoh perkataan kata sendi nama di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, akan , oleh, hingga, antara, untuk, dengan, dalam, sampai

Perkataan di khusus dihadapan FN yang tunjukkan tempat. ditulis berpisah daripada kata nama tidak boleh digunakan di hadapan FN yang menerangkan waktu, masa, atau zaman

Perkataan ke - Digunakan di hadapan FN tunjukkan tempat atau arah yang dituju dan waktu atau masa - Dieja terpisah daripada kata nama - Tidak boleh digunakan dihadapan FN merujuk manusia atau binatang - Sering berpadanan dengan sendi nama dari untuk membawa maksud arah ke suatu tempat atau waktu

Perkataan dari - Digunakan dihadapan FN yang tunjukkan arah tempat, waktu atau masa

Perkataan daripada - Hadir dihadapan FN yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, asal kejadian dan sumber, unsur perbandingan atau perbezaan

Perkataan kepada - Digunakan dihadapan FN yang tunjukkan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan - Digunakan dihadapan FN merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia - Sering berpadanan dengan kata sendi nama daripada tetapi penggunaannya tidak merujuk tempat

Perkataan pada - Digunakan dihadapan FN yang tunjukkan keterangan waktu dan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja, digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu - Tidak boleh digunakan dihadapan kata nama yang membawa maksud sasaran - Digunakan juga dalam bentuk- bentuk ungkapan

Perkataan untuk dan bagi - Digunakan dihadapan FN dengan fungsi tertentu iaitu: 1. Tunjukkan kegunaan untuk sesuatu 2. Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan

Perkataan demi - Digunakan dihadapan FN dengan mambawa makna tujuan - Perkataan untuk yang sering digunakan dalam bentuk demi untuk dianggap lewah dan seharusnya digugurkan - Digunakan juga sebagai unsur penegas dalam ungkapan - Digunakan dalam ungkapan untuk melahirkan makna urutan satu atau kumpulan

Perkataan tentang - Unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad, iaitu FN yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan - Sering juga digantikan dengan penggunaan perkataan mengenai dan melalui walaupun ianya tergolong dalam kata kerja

Perkataan seperti, bagai, umpama, laksana - Digunakan dihadapan FN dengan mambawa maksud perbandingan

Perkataan dengan - Digunakan dihadapan FN dengan mambawa maksud seperti berikut: 1. Membawa maksud bersama- sama atau beserta 2. Membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan 3. Membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat 4. Menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama

Perkataan sejak dan semenjak - Digunakan dihadapan FN dengan mambawa maksud penanda waktu atau masa

Perkataan terhadap - Digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut yang tentu sama ada manusia, haiwan atau benda - Kecenderungan untuk menjadi unsur membawa maksud rujukan umum atau mujarad dan harus diganti dengan kata sendi nama tentang

Perkataan akan - Digunakan dihadapan FN yang merujuk manusia dan penggunaanya mesti di dahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif - Terdapat penggunaan kan sahaja digunakan dalam bentuk bahasa lisan

Perkataan oleh - Digunakan dihadapan FN yang membawa maksud berikut: 1. Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk- bentuk berikut: di-, ter- dan kena 2. Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab - Dapat juga ditugar ganti dengan kata sendi lantaran yang membawa maksud yang sama

Perkataan oleh kerana yang menunjukkan maksud sebab adalah salah. Bentuk yang betul adalah oleh sebab Hal ini kerana, oleh merupakan kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan

Perkataan hingga dan sampai - Digunakan dihadapan FN yang merujuk perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat - Dapat bertukar ganti antara satu sama lain

Perkataan dalam dan antara - Digunakan dihadapan FN yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak - dalam dan antara juga berfungsi juga sebagai kata arah dengan mengikuti kata sendi nama di

7. Kata arah
Perkataan yang hadir sebelum FN dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan Contoh perkataan: atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara

8. Kata bilangan
Sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada FN Terbahagi kepada 5: 1. Menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya yang disebut sebagai kardinal - Contoh perkataan: dua, dua puluh, tiga ratus, sepuluh ribu, sejuta

2. Menunjukkan bilangan tak tentu - Contoh perkataan: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit dan sebagainya lagi - Perkataan ini telah menujukkan jamak dan tidak perlu diulang kata nama yang mengikutinya

3. Membawa maksud himpunan - Contoh perkataan: beratus- ratus, beriburibu, berabad- abad, berguni- guni dan sebagainya

4. Membawa maksud pisahan - Contoh perkataan: masing- masing, setiap, tiap- tiap dan sebagainya

5. Membawa maksud pecahan - Contoh perkataan: setengah, sepertiga, separuh, dua pertiga dan sebagainya - Perkataan setengah- setengah membawa maksud sebilangan daripada sesuatu dan ini berbeza daripada perkataan setengah yang bermaksud separuh

Apa itu PASCAKATA?


Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya berfungsi sebagai penekan dan pembenda Pascakata terbahagi kepada 2: 1. Kata penekan 2. Kata pembenda

1. Kata penekan
Satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabungdengannya Contoh perkataan: sesungguhnya, nampaknya, bahawasanya

2. Kata pembenda
Bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama Contoh perkataan: lajunya, sakitnya, lantangnya

Sekian, Terima Kasih -Bengkel BMM 3109-

You might also like